Pengalaman Bekerja Sebagai Penulis Skrip - Part 3

Assalammualaikum semua. Petang-petang nih lepas dah penat mengemas bilik dan basuh baju jadi mari mulakan dengan sambungan seterusnya kisah pengalaman Hans sepanjang bekerja sebagai penulis skrip.


Semasa Hans buat rancangan Primadona sebelum nih, memang Hans rasa teringin juga nak buat rancangan geng-geng otai nih. Untuk seorang penulis skrip, bila dapat buat rancangan yang dia tak pernah buat atau yang dia teringin nak buat memang satu peluang keemasan yang cukup bermakna.Dijadikan cerita Hans ada rezeki dapat buat rancangan Kilauan Emas Otai nih dan ini sememangnya satu peluang yang sangat menarik dan tak elok dilepaskan. Yang bagusnya bila buat rancangan orang-orang tua nih, peserta-peserta dia semua berdisiplin dari segi masa. Bab menepati waktu nih memang buat Hans kagum betul dengan mereka semua.


Tetapi, biasalah dalam setandan pisang pasti ada yang busuk. Mana-mana rancangan realiti pun mesti akan ada kes yang sama dimana apabila kena berdepan dengan peserta yang ada kerenah atau banyak songeh ini memang sangat mencabar jiwa Hans sebenarnya. Nak marah malas lah sebab dah tua kan. Tetapi, kadang-kadang terkeluar juga marah tu. Hahaha! Apa-apapun, hampir semua geng otai nih memang sempoi habis. Bakat mereka pun memang bagus dan hebat cuma sayang di Malaysia nih memang selalunya mendambakan orang-orang muda jer lah kan. Kalau dekat Hollywood memang otai-otai macam nih sentiasa meletup. Apa-apapun, sesiapa yang tengok mesti kenal Wak Mustar kan? Wak Mustar memang spesis manusia muka seposen yang kelakar. Hahaha!


Masa Nih Dapat Bekerjasama Dengan Zara Zya! Sekali Lagi Muka Hans Nampak Aneh Disitu! Hahaha!


Sebagai penulis skrip memang ini satu cabaran yang besar juga untuk Hans sebab banyak benda nak fikir dan urus serta apa aktiviti yang sesuai yang boleh dibuat untuk warga veteran nih. Nak buat aktiviti lasak masing-masing tangan kaki menggeletar dah. Hehehe! Jadi, terpaksa fikirkan aktiviti-aktiviti di dalam kelas yang menarik dan alhamdulillah berjaya menghadapi semua ini bersama rakan-rakan lain.



Alhamdulillah! Antara kesyukuran paling besar dan sangat ternilai bila Hans terlibat sebagai penulis skrip nih apabila terpilih buat rancangan Indahnya Umrah. Sepatutnya penulis lain yang buat tetapi dikhabarkan yang penulis tersebut tak dapat keluar Malaysia kerana katanya disenarai hitamkan PTPTN maka Hans terpilih di saat-saat akhir. Memang serius rezeki yang sangat hebat. Bayangkan Hans dapat panggilan pada pukul 12.00 tengahari dan selewat-lewatnya sebelum Isyak, Hans dikehendaki bagi salinan passport dan gambar passport jika berminat nak buat rancangan nih. Masa tu Hans memang berbelah bahagi. Bukan pasal apa. Memang teringin sangat nak pergi tetapi dalam masa yang sama risau juga sebab sedar Hans nih dosa pun banyak. Tambah terpengaruh dengan bacaan majalah Mastika masa kecil-kecil dulu lagi. Hahahaha! Lepas telefon mak dan mak suruh Hans pergi jadi Hans pun terus lah bergegas ke UTC Pudu Sentral tu hidupkan balik passport semua.

Rindunya Dekat Rumah Allah Nih!


Memang serius satu pengalaman yang menarik dapat lakukan umrah di sana cuma Hans tak kongsikan di blog sebab pada masa tu Hans memang kurang aktif sikit dekat blog. Serius rasa tenang sangat di sana dan doa-doa Hans di sana alhamdulillah banyak sangat yang makbul. Yang seronoknya tu masa dekat Mekah, Hans jadi manusia yang sangat-sangat penyabar. Banyak situasi sebenarnya yang menguji kesabaran Hans tetapi Hans memang sabar. Kalau dekat Malaysia tak ada maknanya...mahu terus mencarut jer. Hahaha!

Inilah Kali kedua Dalam Hidup Kepala Hans Jadi Botak Licin! Hahaha!


Apa-apapun, memang rindu sangat dengan Mekah dan Madinah. Serius inilah pengalaman kerja paling seronok dan bermaknan sepanjang Hans menjadi penulis skrip. Alhamdulillah syukur! Semoga Hans dijemput lagi oleh Allah untuk ke sana bersama keluarga. Amin. Doakan!



Hans berpeluang sekali lagi buat program Pencetus Ummah musim ke-4 dan sekali lagi Hans terlibat dengan Serambi iaitu kisah-kisah dan aktiviti peserta sebelum persembahan mereka di Mimbar Pencetus Ummah. Alhamdulillah kali nih dapat bekerjasama dengan Ibu Fauziah Nawi pula. Memang sempoi Fauziah Nawi nih. Seronok kerja dengan dia. Dan Hans sebenarnya agak bosan bila sebut jer rancangan realiti agama  mesti asyik- asyik nak kena tunjuk semua benda baik jer sedangkan kita ini manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ewahhh! Hahaha!


Ujibakat Pencetus Ummah Di Johor Bahru! 


Jadi, memang peserta-peserta musim nih banyak makan hati dengan Hans sebab banyak jer benda yang Hans buat yang mereka terpaksa hadap. Aktiviti banyak! Kena kelentong dengan Hans lagi untuk sesi candid kamera dimana masa tu Hans berpakat dengan Dato' Ustaz Badli Shah. Peserta-peserta nih ingat tak ada rakaman sebab krew produksi dah keluar dari bilik padahal sebenarnya kamera tu masih lagi merakam. Ustaz Bad pula ditugaskan untuk bertanya soalan siapa yang mereka rasa bagus dan siapa yang mereka rasa lemah. Apa lagi....masing-masing pun jujur habis lah bagitahu Ustaz Bad walhal masa tu Hans dengan kawan-kawan dalam bilik krew ketawa macam nak mati sebab dapat rakam pengakuan berani mati setiap seorang dari mereka nih. Hahahaha!


Masa Nih Tengah Rakam Episod Akhir Serambi Pencetus Ummah 4


Sampai sekarang ada yang bila jumpa Hans mesti akan sebut bab candid kamera tu. Hahahaha! Cabaran juga bila buat rancangan berbentuk diari kehidupan peserta ini ialah Hans kena jadi profesional. Sebagai manusia nak tak nak kita tak boleh lari daripada ada satu rasa suka atau menyokong seseorang itu disebabkan kebaikan akhlak atau apa yang kita rasa baik tentang seseorang peserta tersebut. Tetapi, sebagai penulis skrip kita kena layan semua peserta sama rata. Beri peluang sama banyak untuk sesi mereka keluar televisyen. Senang kata tak boleh ada sikap pilih kasih. Dan alhamdulillah Hans berjaya juga daripada segi itu.



INI IALAH PU RIZ

Selepas program pun Hans masih rapat dengan kebanyakan peserta dan dalam masa yang sama juga jadi pembantu PU Riz. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak panggil PU Riz untuk sebarang tawaran ceramah ke drama ke iklan ke duta ker....boleh hubungi atau mesej Hans yer.



Dari rancangan agama, Hans kembali pula kepada rancangan realiti terbaru iaitu Rockanova. Jauh larinya tu. Hahaha! Masa nih pula Hans berpeluang bekerjasama dengan Adriana yang dalam Buruk Cantik Thinker Studios tu. Rancangan ini memang betul-betul mencabar sebab masing-masing ada pandangan tersendiri tentang rock. Tetapi, sebagai penulis skrip nak tak nak akhirnya terpaksa lah terima konsep program yang diingini dan dipersetujui oleh orang-orang yang membuat keputusan. Maka bermula perjalanan Hans melihat dunia rocker-rocker nih. 

MASA NIH UJIBAKAT ROCKANOVA DENGAT ANGGERIK MALL


Hans sekali lagi diberi kepercayaan untuk buat Rock On Rockanova dimana ia adalah kisah-kisah dan aktiviti peserta sebelum menjelang konsert mereka setiap minggu. Sebelum nih dah pernah layan Ustaz-Ustaz. Sebelum nih dah pernah layan Otai-Otai. Kali nih nak kena hadap pula geng-geng rock nih. Dengan geng-geng rocker nih kena guna pendekatan lain pula. Kali nih memang Hans jadi garang gila. Tak pernah-pernah jadi garang terlampau nih.


ANTARA KREW PRODUKSI ROCK ON ROCKANOVA


Memang konsep yang Hans buat untuk geng nih pun lain sikit. Sebab setiap episod pertama setiap minggu selepas konsert, mereka kena duduk ramai-ramai dan kena jawab soalan panas berhadapan dengan yang lain. Asal geng-geng nih bagi jawapan selamat jer memang Hans suruh tukar. Akhirnya setiap minggu mereka menjadi manusia yang jujur bagitahu jer apa mereka rasa tentang kawan-kawan mereka sampai ada sesama sendiri yang masam muka. Tetapi, itu masa dalam program jer lah. Bila dah habis nih rasa-rasanya semua okay lah kut. Hahahaha!



Lepas tu Rockanova nih ada pula program raya yang diberi judul Tak Balik Raya Tak Rock. Perghhhh! Masa nih memang berkicap lah masa rakaman dekat Sekinchan. Cuma ada dua hari jer masa rakaman. Belum cerita dengan cuaca panas dan hujan masa penggambaran lagi. Ada satu babak tu budak-budak nih tengah tunggu bas dan tiba-tiba hujan. Memang basah lencun lah kan sebab tak ada tempat nak berteduh. Lepas tu panas balik dan kering balik lah baju seluar semua. Memang masa nih terasa kerja macam Bangla sikit. Hahaha!

LOKASI LAKONAN HANS YANG SENDU TU DEKAT SINI. BELAKANG TU VAN JENAZAH! HAHAHA!

Dalam nih Hans kena berlakon jadi watak sampingan. Babak yang Hans keluar tu adalah dalam 10 saat kut. Hans kena jadi pegawai yang tangkap orang tak puasa. Nasib lah dekat kampung tak ada Astro. Kalau tak mahu kena bahan dengan mak abah sendiri. Hahahaha! Apa-apapun, satu pengalaman menarik lah terlibat dalam penggambaran telemovie nih.


Alhamdulillah! Hans kembali semula dalam program keagamaan. Program Malaysia #QuranHour ini memang sangat mencabar sebab ialah melibatkan Sultan dan semestinya majlis perlu mengikut protokol istana. Hans pula terlibat di dalam menulis skrip untuk pengacara majlis dan sememangnya sangat mencabar. Apa-apapun, memang satu pengalaman baru sebab ini pertama kali Hans terlibat dengan majlis yang ada protokol istana.

HANS TAK ADA MASA NIH SEBAB MALAS NAK BERGAMBAR! LETIH GILA MASA NIH! HAHA!

Dan satu pengalaman yang menarik kerana dapat bekerjasama dan menulis skrip untuk ramai host daripada setiap saluran televisyen iaitu Astro, TV3, RTM dan Al Hijrah pada program tersebut. Memang seronok lah kan. Semuanya berjalan lancar cuma waktu tu ialah bulan Ramadan. Tak adalah rasa lapar pun cuma memang masa tu tak sabar-sabar nak balik kampung jer. Hahaha!


Dah habis program Malaysia Quran Hour ada lagi sambungannya iaitu program World #QuranHour. Program kali ini tak susah sangat sebab Hans hanya buat skrip untuk host sahaja dan host pun cuma dua orang sahaja. Program yang kali ini memang santai sedikit lah untuk Hans. Tak ada sebarang masalah. Semua berjalan lancar. 

BERSAMBUNG..

82 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wah...bestnya keje han..mesti dapat banyak pengalaman & share ilmu dengan orang hebat kan...
    terbaiklah!!!

    ردحذف
    الردود
    1. In Sha Allah
      saya suka jer kerja saya nih
      ada lah kelebihan dan kekurangan nya
      hehehe

      حذف
  2. Hopefully lepas ni dapat job yg gempak2 lagi hehe ~aamiin ^^

    ردحذف
    الردود
    1. Amin
      doakan saya yer sentiasa dilimpahkan rezeki oleh Allah yer
      :)

      حذف
  3. Wah..!
    Orang kuat di belakang tabir rupanya.
    Tahniah!
    Moga terus sukses.

    ردحذف
    الردود
    1. tak ada lah kuat sangat
      biasa2 jer lah
      hahaha
      terima kasih
      doakan saya dilimpahkan rezeki oleh Allah :)
      Amin

      حذف
  4. semoga terus berkarya lagi.

    ردحذف
  5. wahh alhamdulilah rezeki. sambil buat rancangan, sambil boleh menunaikan umrah. :)

    ردحذف
  6. macam payah pula kerja sebagai penulis.. siap dapat pergi umrah tu sangat untung..

    ردحذف
    الردود
    1. ada lah susah ada juga senang
      yups rezeki Alhamdulillah

      حذف
  7. Happeninggg... teruskan berkarya *thumbs up*
    Hahaa ya biasalah iman dan kesabaran ni, ada hari depa naik, ada hari depa turun. Yakin dengan rezeki Allah Taala untuk setiap hambaNya yang rajin serta bertawakal :)

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah
      memang seronok berkarya
      harap2 sentiasa dapat job tak putus2
      doakan saya yer
      amin

      حذف
  8. tak pernah tahu behind the scene penulis skrip.. menarik2 semoga makin banyak peluang dan rezeki yang dapat =D

    ردحذف
  9. Alhamdulillah... murah rezeki awak... Orang lain kalau nak buat umrah, jenuh nak mengumpul budget...

    ردحذف
  10. Wah banyak pengalaman hans tu nampaknya. Semoga terus berjaya ye.

    ردحذف
  11. Alhamdulillah..semoga rezeki makin mencurah2 yer

    ردحذف
  12. waaaaa.... sambil baca sambil rasa kagum kt ko dik oi
    yelah bkn calang2 kan keje ni, mcm2 ragam manusia di dunia glamer lg

    ردحذف
  13. Menarik kerjaya. Boleh berjumpa macam2 orang. Tambah kenalan. hehehe semoga terus sukses !

    ردحذف
  14. alahamdulillah dgn rezeki melimpah2. semuga sentiasa dianugerahkan dgn rezeki yg diberkati. Beruntuing dpt buat umrah sekali...

    ردحذف
  15. Alhamdulillah hans. smoga terus sukses dan sntiasa berusaha.. inshaAllah!

    ردحذف
  16. my dream JOB!!
    but u gets the luck
    xpeee... hehehe wishing you tons of luck tau

    ردحذف
  17. hebatnya. good job hans.. Bila ada passion, disitulah ada jalannya kan.

    ردحذف
  18. semoga awak terus berjaya dalam dunia penulisan skrip

    ردحذف
  19. menariknya...skrip macam mana kalau untuk rancangan realiti tu? mcm kilauan emai otai tu..skrip utk peserta ke?
    so lepas ni rancangan tv yg mana plak heheh :)

    ردحذف
    الردود
    1. skrip untuk host jer...
      untuk peserta mana leh reka skrip..haha..tapi kena pandai pilih situasi apa yang berlaku antara peserta yang menarik dan dari situ kena sediakan soalan untuk interview peserta...lepas tu nak bagi peserta mengaku lagi...mencabar juga..hehe

      حذف
  20. Best bila baca pengalaman Hans sebagai penulis skrip. Program yang hebat semua tu...

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      In Sha Allah Zumal
      semoga bagi inspirasi pada sesiapa yang ada minat macam Hans

      حذف
  21. الردود
    1. alhamdulillah
      boleh lah nanti nak cerita dekat anak cucu
      harap2 dapat kahwin dan ada anak
      amin

      حذف
  22. banyak program yang tak familiar sebab rumah takde astro tapi bestnya dapat rezeki pergi Mekah sana. Peluang keemasan sangat tu :D

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu
      memang tak jangka pun
      padahal beberapa bulan sebelum tu memang terdetik hati teringin nak pergi sana
      sekali Allah makbulkan dengan cara macam nih
      alhamdulillah

      حذف
  23. ye lar , keje macam nie memang akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia dan akan sentiasa ade pengalaman baru dan tempat baru yang hendak diterokai .. selamat maju jaya Hans...

    ردحذف
    الردود
    1. haahha
      yups
      kadang2 boleh tahu juga lah gosip artis tu betul ker tidak
      hahaha
      terima kasih doakan saya

      حذف
  24. oo rupanya hans ni orang belakang tabir ye
    thumbs up !
    bnyk pengalaman sebab macam macam 'falvor' ada dalam hans punya kerja.

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah
      pengalaman dari segi bidang penyiaran
      doakan saya lebih berjaya yer
      amin

      حذف
  25. Selalu tgk tv aje..tak pernah nak tau cabaran dan kerja2 dibalik tabir..
    Good sharing

    ردحذف
  26. menarik la...

    saya baca habis..

    saya seolah olah tengelam dalam dunia hans

    ردحذف
  27. Seronoknya mama baca pengalaman Hans tp rezeki dpt pergi baitullah Tu la yg paling x ternilai kan

    ردحذف
  28. Alhamdulillah dapat pergi mekah..tahniah hans.. sati pengalaman indah tu.. semoga perjalanan hans di masa2 akan datang terua dipermudahkan

    ردحذف
  29. Alhamdulillah rezeki jadi tetamu Allah.

    ردحذف
  30. wahh.. dulu masa praktikal pernah buat skrip utk hiburan minggu ini... pada tahun 1996.. dah 20 tahun dulu..

    ردحذف
    الردود
    1. wah legend nih
      sekarang Tuan kerja dekat bidang nih lagi ker?

      حذف
  31. rs nyer part dpt buat umrah tu laa klimaks dlm kerjaya hans kan? tahniah!!!

    ردحذف
    الردود
    1. klimaks tu tak boleh nak cakap sebab jauh lagi perjalanan di hadapan
      cuma itu antara salah satu pengalaman tak ternilai sepanjang kerja

      حذف
  32. Bestnya kisah2 menulis skrip hans.. Siap berlakon lagi. Memang hebat...

    ردحذف
  33. gi umrah? seriously? alhamdulillah, hans. rezeki Allah tak pernah salah alamat.
    last minute plak tu.
    tu la kan. dlm bekerja ni, kalau kita sepenuh hati dan ikhlas, pekerjaan tu akan beri byk manfaat pada kita. sape sangka kan?
    tahniah.

    ردحذف
    الردود
    1. yo lah...kalau tidak mana datangnya gambar depan kaabah tu...haha
      yes...memang rezeki betul
      memang last minute
      berkejar2 pergi settle kan semua urusan dalam petang tu juga dan alhamdulillah dipermudahkan

      حذف
  34. bestnya..mcm2 pengalaman..dapat side job lg..jd PA PU Riz..nanti bolehlah contact kalau ada nak buat program..in shaa Allah..
    ya, betul, dlm kerja kita kena professional, sikap pilih kasih akan buat org lain kurang senang dgn kita..

    ردحذف
    الردود
    1. In Sha Allah
      kalau kena dengan masa dia free dan ada rezeki boleh jer :)

      حذف
  35. Macam macam program yaa. Dari keagamaan sampai ke rock. Memang salah Mastika buatkan Hans takut nak pi Mekah. hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      sebenarnya ada kes selipar hans 'hilang'
      bila hilang tu yang teringat mastika tu
      sekali rupanya salah letak
      hahahaha

      حذف
  36. Pu Riz mcm pelakon Hindustan lah

    ردحذف
  37. seronok baca pengalaman Hans. Banyak benda yang boleh dipelajari sewaktu bekerja kan? ada baik dan ada yang buruk.

    ردحذف
  38. Wah bestnya. Luas pengalaman. Teringin juga nk rasa pengalaman macam ni. Papepon terbaik bro!

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم