Assalammualaikum semua. Jadi, untuk pengalaman seterusnya ini mari baca lagi beberapa program yang Hans pernah terlibat sebagai penulis skrip. Kali ini rasanya tak panjang sangat kut. Hehehe!
Rancangan seterusnya yang Hans terlibat ialah Konti Karat dimana pengacara progam ini ialah Shuib Sepahtu. Sebelum ini pernah berurusan dengan Shuib yang bertindak sebagai tetamu jemputan dalam program Primadona. Tetapi, kali ini berpeluang menulis skrip untuk Shuib adalah satu perkara yang berbeza. Seronok dapat bekerjasama dengan Shuib kerana orangnya merendah diri, komited dan sangat bersungguh-sungguh untuk menjayakan rancangan.
HAQIEM RUSLI ANTARA SALAH SEORANG TETAMU JEMPUTAN DALAM PROGRAM INI
Waktu Hans buat rancangan nih lah Hans dapat jumpa ramai artis-artis muda yang menjadi idola dan pujaan anak muda zaman sekarang macam Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wani Hasrita dan Irfan Haris. Secara jujurnya, masa awal-awal memang Hans kurang minat pada artis-artis muda nih seperti Khai Bahar yang pada mulanya dikenali melalui aplikasi SMULE. Pada awalnya Hans beranggapan suara mamat nih kalau menyanyi secara live mesti tak sedap. Tetapi, bila dengar Khai Bahar nyanyi secara langsung punya lah sedap dan terus rasa minat dekat lagu-lagu dia. Hahaha!
Apa-apapun, memang seronok buat program nih walaupun sangat penat sebab rakaman hanya 4 hari untuk 8 episod. Jadi, memang sedikit mencabar dari segi waktu rehat lah tetapi rancangan nih memang santai.
KUMPULAN PRODUKSI KONTI KARAT BERSAMA SHUIB
Akhirnya, buat pertama kali Hans berpeluang buat rancangan kanak-kanak iaitu program Tahfiz Muda musim kedua. Secara jujurnya, Hans sangat takut nak buat rancangan nih sebab Hans sangat rimas kalau budak-budak nih banyak songeh. Karang ada juga kena lempang dengan Hans nanti. Hahahaha! Tetapi, apabila dah buat memang lain jadinya. Serius rasa seronok gila dan sayang semua budak tahfiz muda nih. Hehehe!
Rasa seronok sangat-sangat bila aktiviti yang Hans buatkan untuk mereka boleh dikatakan semuanya mereka suka. Ya Allah! Kalau buat rancangan realiti orang dewasa nih, asal ada aktiviti luar sikit mulalah mengadu penat lah...nak fokus pada pertandingan lah....mengantuk lah! Tetapi, dengan budak-budak nih senang! Semua benda mereka suka buat. Tetapi, bab paling mencabar bila nak interview budak-budak nih. Ada yang adik Fatimah tu bila Hans tanya soalan dia malu nak jawab. Mungkin sebab Hans hensem sangat kut. Ada yang peserta lelaki nih bila Hans tanya soalan, entah apa lah yang dia jawab. Pening kepala oiiiii! Hahaha!
Apa-apapun, memang seronok betul buat Tahfiz Muda nih. Kalau ada lagi musim seterusnya memang Hans teringin lagi nak buat sebab seronok kerja dengan budak-budak nih. Haih! Bilalah nak boleh dapat anak sendiri nih? Kahwin pun belum lagi! Hahaha!
KUMPULAN PRODUKSI TAHFIZ MUDA MUSIM KEDUA
Apa-apapun, memang seronok betul buat Tahfiz Muda nih. Kalau ada lagi musim seterusnya memang Hans teringin lagi nak buat sebab seronok kerja dengan budak-budak nih. Haih! Bilalah nak boleh dapat anak sendiri nih? Kahwin pun belum lagi! Hahaha!
Program terakhir buat masa nih yang Hans buat ialah program SL1M Peringkat Zon Tengah 2018. Ini kali pertama Hans menulis skrip dan bekerjasama dengan AG dan Nabil. Dua orang manusia tu memang kelakar dan sempoi habis. Lepas tu si Nabil nih memang suka mengusik orang. Ada jer benda dia nak menyakat Hans tapi Hans layankan jer. Hahaha!
Memang program nih Hans belajar banyak benda baru apabila ia program ini melibatkan Perdana Menteri serta ramai tetamu VVIP yang terlibat. Jadi, agak bersyukur sebab dapat melihat sendiri bagaimana program ini diuruskan daripada awal sehingga tamat.
Jadi, setakat ini dululah pengalaman Hans sepanjang hampir enam tahun bekerja sebagai penulis skrip. Selepas ini ada rezeki lagi Hans akan kumpulkan program yang Hans buat untuk tahun ini dan sambungkan kepada episod kelima pula yer. Doakan rezeki Hans dapat buat banyak lagi program-program yang menarik dan hebat. Assalammualaikum!
Memang program nih Hans belajar banyak benda baru apabila ia program ini melibatkan Perdana Menteri serta ramai tetamu VVIP yang terlibat. Jadi, agak bersyukur sebab dapat melihat sendiri bagaimana program ini diuruskan daripada awal sehingga tamat.
KUMPULAN PRODUKSI SLIM 2018 PERINGKAT ZON TENGAH
Jadi, setakat ini dululah pengalaman Hans sepanjang hampir enam tahun bekerja sebagai penulis skrip. Selepas ini ada rezeki lagi Hans akan kumpulkan program yang Hans buat untuk tahun ini dan sambungkan kepada episod kelima pula yer. Doakan rezeki Hans dapat buat banyak lagi program-program yang menarik dan hebat. Assalammualaikum!
wahhhh tak sangka di balik program2 best kt astro tuh, ada hans di belakang nya....
ردحذفkumpul ilmu n pengalaman banyak2 skrg ni dik, di hari muka nnti memudahkan kita
In Sha Allah
حذفdoakan saya yer kak
teruja mia... bukan senang nak dapat pengalaman macam ni... teruskan menulis skrip... yeahhhh...
ردحذفIn Sha Allah
حذفdoakan Hans dapat banyak program best dan hebat2 yer
Macam mana yer tugas sebagai penulis skrip nie.. harap hans lebih berjaya utk masa akan dtg.. ngk rancangan yg hans libatkan diri semuanya hebat2 dan rancangan astro yg dikenali..
ردحذفuntuk pekerjaan saya nih...tugas saya bukan sekadar tulis jer...sebelum tulis kena buat rujukan...kena fikir idea baru...kena buat perjalanan cerita...macam-macam juga lah..bergantung kepada jenis rancangan yang saya buat sebab setiap rancangan lain format nya :)
حذفdoakan saya lebih berjaya yer
amin
Wow bestnya bekerja sbg penulis skrip, mcm penulis skrip yg suksess jer ni. Seronok gak dpt berkenalan dgn penulis skrip.
ردحذفAntara sbb akk beetahan lama bekerja dgn budak2 ialah seronok. Budak2 hati tulus, tak byk songeh mcm org besar. Kalau org dewasa ni ada je yg tak kena, tu salah, ni tak betul, tapi budak2 nak tunjuk ajar pun senang je dorg ikut.
hahaha
حذفsuksess tu tak tahu nak cakap...penilaian orang...rasanya ramai lagi luar sana yang lagi power2 :)
yes..seronok juga lah kerja dengan budak2
hehehe
wow bestnya dapat jumpa Khai dengan Haqiem! Suara Khai dengan Haqiem memang sedap bila live nak pulak Haqiem sebab dia memang dari kecik dah join talent show :)
ردحذفyups...sedap suara dua2 tu
حذفhari pun jumpa Haqiem lagi sekali dekat SL1M
tapi jumpa belakang pentas jer lah
tak ada tegur pun..berselisih jer..haha
Selalu jmpe arts la ni ye
ردحذفtengok pada rancangan
حذفtapi boleh dikata selalu juga lah kalau dekat ofis tu
Proud you...gud luck..!!
ردحذفteirma kasih atas sokongan dan doa :)
حذفGoodluck in your Career Hans..
ردحذفWah kagum sungguh kerja menulis skrip ni bukanlah mudah..
Kena ambil mood jugak kan..
yups
حذفkadang2 mai otak jammed tak tau nak buat apa tu kacau sikit
hahaha
Wah so exciting jadi penulis skrip! Tapi tak mudah kan? Can be challenging but good for you!
ردحذفyes
حذفboleh jadi senang dan boleh jadi mencabar
bergantung pada situasi
hehee
Nampak mencabar juga. Tapi boleh dapat exposure nak buat skrip untuk pelbagai rancangan dan nak berjumpa dengan berbagai jenis golongan.
ردحذفyes betul2
حذفwahh menarik... all the best in your future career! Jadi lebih hebat dari sebelumnyaa.. boleh jadi contoh nie... :D
ردحذفalhamdulillah
حذفterima kasih atas sokongan
doakan saya yer
Semoga rezeki Hans makin bertambah. InshaAllah Aaminnn....
ردحذفamin
حذفIn Sha Allah
sentiasa doakan Hans yer
Rupanya penulis skrip ni kerjanya bukan menulis semata-mata ye. Lya ada juga simpan angan-angan nak belajr menulis skrip, I mean format nya and everything sebab tak jumpa di internet cara-cara yang betul untuk belajar. It'll be wonderful kalau Hans boleh buat post on that particular topic ;)
ردحذفAnyway semoga rezeki terus bertambah dan terus sukses
hahaha
حذفsusah sikit nak cakap sebab format kadang2 tak sama...kadang2 reka format sendiri jer
skrip untuk drama lain
skrip untuk dokumentari pun lain
hehehe
Akhirnya saya amat suka dengan penulisan Han..
ردحذفsantai dan kelakar..
orangnya begitu juga ka...
tak tahu nak describe
حذفkalau tak kenal mungkin akan kata saya sombong atau garang sebab muka saya ketat sikit...hahaha
tapi kalau dah jumpa dan sekepala memang riuh lah sikit
tengok keadaan
hahaha
Untungnya dapat kerja dengan orang2 glamer ni.
ردحذفtak tahu lah untung ker tak
حذفgaji sama jer kerja dengan yang glamour pun
hahaha
Bestnya Hans. Banyak pengalaman Dari segala jenis show Dan event. Nakntanya macam mana Hans dapatkan idea tulis skrip. Mama ni idea nak tulis blog pun kdg2 buntu
ردحذفalhamdulillah rezeki terpilih kerja dalam bidang nih
حذفsebelum mula rakaman rancangan tu Hans dah buat dulu treatment
bila tak sesuai baru ubah
kadang-kadang kena cepat fikir apa nak ubah bila ada yang terpaksa cancel last minute
mana nak dapat idea tu entah lah..kadang2 dalam toilet..kadang2 masa naik motor..kadang2 suasana sekitar...hehehe
Haha gitu.. semoga idea Hans sentiasa mencurah2 ye
حذفIn Sha Allah
حذفamin
hehehe
menarik sangat entry2 pasal pengalaman macam nie. best kerja sebagai penulis skrip, dapat bekerjasama dengan artis2 tempatan dan mesti banyak pengalaman best2 kan :D
ردحذفlepas nie boleh share macam mana nak jadi penulis skrip pulak :3
alhamdulillah seronok
حذفjadi penulis?
takdir dan rezeki dari Allah
hehehe
Salam Hans. Blog yang menarik ni ...
ردحذفsalam
حذفterima kasih :)
wah.... serious tak sangka, berpeluang kenal ngan penulis skrip rancangan tv yang hebat. Teruskan Hans. kita support 200%. hik3 #spreadlove
ردحذفhaha
حذفbiasa jer lah Hans nih
terima kasih
doakan kejayaan Hans
Wah, lepas kumpul lagi pengalaman share ya, best baca ^^
ردحذفSemoga maju jaya..
In Sha Allah
حذفkena tunggu hujung tahun lah jawabnya
hehehe
Eeehhhh..tak sangka lah Hans ni popular yee...dasyat lah.. apa2 pun all the best ye Hans.
ردحذفhahahaa
حذفbila pula saya popular kak
tak ada yang kenal pun
hahaha
byk la kenal artis..pengalaman yang berharga..
ردحذفsaya kenal artis
حذفartis tak kenal saya pun
hehehe
Menarik juga kerjaya sebagai penulis skrip ni kan.. banyak benda yang boleh kita pelajari.. bukan setakat 123 sahaja merangkumi semua peringkat.. Good job Hans..
ردحذفterima kasih :)
حذفpehhhhhh! e'in kawan dengan retis rupenyeeeeeeeeeee :p
ردحذفsiapa yang retis tu?
حذفsekali lagi nak cakap kat awak, best nye keje awak dapat meet up & work with people, but me, kene kawan & ngadap pc & server & system heeee huuuu
ردحذفhehehhe
حذفkawan dengan PC pun okay lah
mmg seronok tengok dan lepas tu mmg penat giler kan...esp bila nk kena layan kerenah orang..mmg kena jadi org yg sabar..hehe
ردحذفyups
حذفtapi kerja belakang tabir nih semua selalu cakap lepas jer
tak ada nak sabar-sabar sangat
hahaha
wah tak sangka rupanya kamu banyak bekerjasama dengan artis. Tahniah
ردحذفrezeki kak
حذفhahaha
tapi artis-artis tu belum tentu ingat saya pun
hahaha
Tak jemu baca part 1 sampai ke part 4 terus menerus. Very interesting. Penuli skrip- very exciting job. Wish you more success.
ردحذفheheheh
حذفterima kasih doakan :)
Woowww bestnya, thanks kongsi cerita & pengalaman Hans..!!!
ردحذفhehhee
حذفsama2
boleh laa ajar sy tulis skrip pasni ;-)
ردحذفkena bayar lah masuk tuition
حذفhahaha
Wahh seronoknya . Semoga sentiasa berjaya dengan kerjaya Hans 😁
ردحذفIn Sha Allah
حذفAmin
terima kasih doakan
Dah habis baca entry pt 1 - pt 4 tapi masih tak tahu penulis skrip tu kerjanya apa, bagaimana, macam mana ngeh!ngeh!ngeh! #tolongjangankecam.
ردحذفWow! bestlah dapat jumpa pelbagai jenis orang. Tapikan yang paling Mrs. A notice Imam Muda Ashraf eh! tetiba cia..cia..cia...
kalau baca betul-betul ada saya tulis tentang persoalan-persoalan yang awak tanya tu
حذفterbaik la bro!!
ردحذفhehehe
حذفterima kasih :)
seronoknya !! best jumpa orang baru kan... :)
ردحذفalhamdulillah seronok :)
حذفbestnyaaa jumpaa dengan ramai people!
ردحذفhehehe
حذفalhamdulillah
tak jumpa sangat pun
da baca semua 4 episod. what can i say is... kalau hans ada program di melaka, please la inform aida ye ha ha ha....
ردحذفespecially program anak-anak or kekeluargaan.
nak nonton camne produksi bekerja. di balik tabir. gonna be fun kot kan :)
setiap produksi lain juga cara kerjanya
حذفada yg kecil
ada yang besar
hahaha In Sha Allah kalau teringat
hahaha..nak lempang..biasalah budak banyak akal..banyak songeh n peel dia.kuikuikui
ردحذفsebelum buat rancangan kanak2
حذفbila dah buat tak rasa nak lempang pun
hehe
Semoga Hans berjaya dalam kerjaya Hans. Seronok baca perjalanan kerjaya Hans ni
ردحذفalhamdulillah
حذفsentiasa doakan kejayaan Hans yer
amin
all the best...bidang penulisan luas skopnya..lepas ni boleh ke skrip drama/filem & lirik lagu..
ردحذفIn Sha Allah
حذفdoakan saya yer :)
Hahaha..comel-comel je budak-budak Tahfiz Muda tu, untung ada experience macam ni kerja best
ردحذفhahaha
حذفmemang comel2 semua
woaah, keren-kereen! hal-hal dibalik layar macam ni jarang dietahui publik ::)
ردحذفhehee
حذفsaja kongsikan sedikit dengan rakan2 blog :)
seronoknya baca pengalaman hans nih..so kira hans ni bekerja secara freelance ke atau tetap dgn astro ye?
ردحذفsaya freelance jer
حذفada nak offer job sila roger2 saya yer
hehehe
Seronok baca pengalaman Hans sebagai penulis skrip. Baru tahu juga peranan penulis skrip ni dimana dan cara kerja macam mana. Selama ni ingatkan penulis banyak baca banyak tulis depan laptop ja. hahaha
ردحذفbaca memang kena banyak sebab nak buat rujukan
حذفtulis memang depan laptop
tapi banyak lah benda lain lagi kena buat
bergantung kepada jenis rancangan
:)
Mama suka shuib sepahtu
ردحذفhahaha
حذفshuib bagus
humble je orang nya
wahh byk pengalaman ni...semoga bertambah maju lepas ni..amin2
ردحذفdoakan saya yer
حذفamin
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com