Pengalaman Bekerja Sebagai Penulis Skrip - Part 4

Assalammualaikum semua. Jadi, untuk pengalaman seterusnya ini mari baca lagi beberapa program yang Hans pernah terlibat sebagai penulis skrip. Kali ini rasanya tak panjang sangat kut. Hehehe!


Rancangan seterusnya yang Hans terlibat ialah Konti Karat dimana pengacara progam ini ialah Shuib Sepahtu. Sebelum ini pernah berurusan dengan Shuib yang bertindak sebagai tetamu jemputan dalam program Primadona. Tetapi, kali ini berpeluang menulis skrip untuk Shuib adalah satu perkara yang berbeza. Seronok dapat bekerjasama dengan Shuib kerana orangnya merendah diri, komited dan sangat bersungguh-sungguh untuk menjayakan rancangan.

HAQIEM RUSLI ANTARA SALAH SEORANG TETAMU JEMPUTAN DALAM PROGRAM INI

Waktu Hans buat rancangan nih lah Hans dapat jumpa ramai artis-artis muda yang menjadi idola dan pujaan anak muda zaman sekarang macam Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wani Hasrita dan Irfan Haris. Secara jujurnya, masa awal-awal memang Hans kurang minat pada artis-artis muda nih seperti Khai Bahar yang pada mulanya dikenali melalui aplikasi SMULE. Pada awalnya Hans beranggapan suara mamat nih kalau menyanyi secara live mesti tak sedap. Tetapi, bila dengar Khai Bahar nyanyi secara langsung punya lah sedap dan terus rasa minat dekat lagu-lagu dia. Hahaha!

KUMPULAN PRODUKSI KONTI KARAT BERSAMA SHUIB

Apa-apapun, memang seronok buat program nih walaupun sangat penat sebab rakaman hanya 4 hari untuk 8 episod. Jadi, memang sedikit mencabar dari segi waktu rehat lah tetapi rancangan nih memang santai.


Akhirnya, buat pertama kali Hans berpeluang buat rancangan kanak-kanak iaitu program Tahfiz Muda musim kedua. Secara jujurnya, Hans sangat takut nak buat rancangan nih sebab Hans sangat rimas kalau budak-budak nih banyak songeh. Karang ada juga kena lempang dengan Hans nanti. Hahahaha! Tetapi, apabila dah buat memang lain jadinya. Serius rasa seronok gila dan sayang semua budak tahfiz muda nih. Hehehe!


Rasa seronok sangat-sangat bila aktiviti yang Hans buatkan untuk mereka boleh dikatakan semuanya mereka suka. Ya Allah! Kalau buat rancangan realiti orang dewasa nih, asal ada aktiviti luar sikit mulalah mengadu penat lah...nak fokus pada pertandingan lah....mengantuk lah! Tetapi, dengan budak-budak nih senang! Semua benda mereka suka buat. Tetapi, bab paling mencabar bila nak interview budak-budak nih. Ada yang adik Fatimah tu bila Hans tanya soalan dia malu nak jawab. Mungkin sebab Hans hensem sangat kut. Ada yang peserta lelaki nih bila Hans tanya soalan, entah apa lah yang dia jawab. Pening kepala oiiiii! Hahaha!

KUMPULAN PRODUKSI TAHFIZ MUDA MUSIM KEDUA  

Apa-apapun, memang seronok betul buat Tahfiz Muda nih. Kalau ada lagi musim seterusnya memang Hans teringin lagi nak buat sebab seronok kerja dengan budak-budak nih. Haih! Bilalah nak boleh dapat anak sendiri nih? Kahwin pun belum lagi! Hahaha!


Program terakhir buat masa nih yang Hans buat ialah program SL1M Peringkat Zon Tengah 2018. Ini kali pertama Hans menulis skrip dan bekerjasama dengan AG dan Nabil. Dua orang manusia tu memang kelakar dan sempoi habis. Lepas tu si Nabil nih memang suka mengusik orang. Ada jer benda dia nak menyakat Hans tapi Hans layankan jer. Hahaha!


Memang program nih Hans belajar banyak benda baru apabila ia program ini melibatkan Perdana Menteri serta ramai tetamu VVIP yang terlibat. Jadi, agak bersyukur sebab dapat melihat sendiri bagaimana program ini diuruskan daripada awal sehingga tamat.

KUMPULAN PRODUKSI SLIM 2018 PERINGKAT ZON TENGAH

Jadi, setakat ini dululah pengalaman Hans sepanjang hampir enam tahun bekerja sebagai penulis skrip. Selepas ini ada rezeki lagi Hans akan kumpulkan program yang Hans buat untuk tahun ini dan sambungkan kepada episod kelima pula yer. Doakan rezeki Hans dapat buat banyak lagi program-program yang menarik dan hebat. Assalammualaikum!

92 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wahhhh tak sangka di balik program2 best kt astro tuh, ada hans di belakang nya....

    kumpul ilmu n pengalaman banyak2 skrg ni dik, di hari muka nnti memudahkan kita

    BalasPadam
  2. teruja mia... bukan senang nak dapat pengalaman macam ni... teruskan menulis skrip... yeahhhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      doakan Hans dapat banyak program best dan hebat2 yer

      Padam
  3. Macam mana yer tugas sebagai penulis skrip nie.. harap hans lebih berjaya utk masa akan dtg.. ngk rancangan yg hans libatkan diri semuanya hebat2 dan rancangan astro yg dikenali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pekerjaan saya nih...tugas saya bukan sekadar tulis jer...sebelum tulis kena buat rujukan...kena fikir idea baru...kena buat perjalanan cerita...macam-macam juga lah..bergantung kepada jenis rancangan yang saya buat sebab setiap rancangan lain format nya :)
      doakan saya lebih berjaya yer
      amin

      Padam
  4. Wow bestnya bekerja sbg penulis skrip, mcm penulis skrip yg suksess jer ni. Seronok gak dpt berkenalan dgn penulis skrip.

    Antara sbb akk beetahan lama bekerja dgn budak2 ialah seronok. Budak2 hati tulus, tak byk songeh mcm org besar. Kalau org dewasa ni ada je yg tak kena, tu salah, ni tak betul, tapi budak2 nak tunjuk ajar pun senang je dorg ikut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      suksess tu tak tahu nak cakap...penilaian orang...rasanya ramai lagi luar sana yang lagi power2 :)
      yes..seronok juga lah kerja dengan budak2
      hehehe

      Padam
  5. wow bestnya dapat jumpa Khai dengan Haqiem! Suara Khai dengan Haqiem memang sedap bila live nak pulak Haqiem sebab dia memang dari kecik dah join talent show :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...sedap suara dua2 tu
      hari pun jumpa Haqiem lagi sekali dekat SL1M
      tapi jumpa belakang pentas jer lah
      tak ada tegur pun..berselisih jer..haha

      Padam
  6. Balasan
    1. tengok pada rancangan
      tapi boleh dikata selalu juga lah kalau dekat ofis tu

      Padam
  7. Goodluck in your Career Hans..
    Wah kagum sungguh kerja menulis skrip ni bukanlah mudah..
    Kena ambil mood jugak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      kadang2 mai otak jammed tak tau nak buat apa tu kacau sikit
      hahaha

      Padam
  8. Wah so exciting jadi penulis skrip! Tapi tak mudah kan? Can be challenging but good for you!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      boleh jadi senang dan boleh jadi mencabar
      bergantung pada situasi
      hehee

      Padam
  9. Nampak mencabar juga. Tapi boleh dapat exposure nak buat skrip untuk pelbagai rancangan dan nak berjumpa dengan berbagai jenis golongan.

    BalasPadam
  10. wahh menarik... all the best in your future career! Jadi lebih hebat dari sebelumnyaa.. boleh jadi contoh nie... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      terima kasih atas sokongan
      doakan saya yer

      Padam
  11. Semoga rezeki Hans makin bertambah. InshaAllah Aaminnn....

    BalasPadam
  12. Rupanya penulis skrip ni kerjanya bukan menulis semata-mata ye. Lya ada juga simpan angan-angan nak belajr menulis skrip, I mean format nya and everything sebab tak jumpa di internet cara-cara yang betul untuk belajar. It'll be wonderful kalau Hans boleh buat post on that particular topic ;)
    Anyway semoga rezeki terus bertambah dan terus sukses

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      susah sikit nak cakap sebab format kadang2 tak sama...kadang2 reka format sendiri jer
      skrip untuk drama lain
      skrip untuk dokumentari pun lain
      hehehe

      Padam
  13. Akhirnya saya amat suka dengan penulisan Han..

    santai dan kelakar..

    orangnya begitu juga ka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu nak describe
      kalau tak kenal mungkin akan kata saya sombong atau garang sebab muka saya ketat sikit...hahaha
      tapi kalau dah jumpa dan sekepala memang riuh lah sikit
      tengok keadaan
      hahaha

      Padam
  14. Untungnya dapat kerja dengan orang2 glamer ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu lah untung ker tak
      gaji sama jer kerja dengan yang glamour pun
      hahaha

      Padam
  15. Bestnya Hans. Banyak pengalaman Dari segala jenis show Dan event. Nakntanya macam mana Hans dapatkan idea tulis skrip. Mama ni idea nak tulis blog pun kdg2 buntu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah rezeki terpilih kerja dalam bidang nih
      sebelum mula rakaman rancangan tu Hans dah buat dulu treatment
      bila tak sesuai baru ubah
      kadang-kadang kena cepat fikir apa nak ubah bila ada yang terpaksa cancel last minute
      mana nak dapat idea tu entah lah..kadang2 dalam toilet..kadang2 masa naik motor..kadang2 suasana sekitar...hehehe

      Padam
    2. Haha gitu.. semoga idea Hans sentiasa mencurah2 ye

      Padam
  16. menarik sangat entry2 pasal pengalaman macam nie. best kerja sebagai penulis skrip, dapat bekerjasama dengan artis2 tempatan dan mesti banyak pengalaman best2 kan :D

    lepas nie boleh share macam mana nak jadi penulis skrip pulak :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah seronok
      jadi penulis?
      takdir dan rezeki dari Allah
      hehehe

      Padam
  17. wah.... serious tak sangka, berpeluang kenal ngan penulis skrip rancangan tv yang hebat. Teruskan Hans. kita support 200%. hik3 #spreadlove

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha
      biasa jer lah Hans nih
      terima kasih
      doakan kejayaan Hans

      Padam
  18. Wah, lepas kumpul lagi pengalaman share ya, best baca ^^
    Semoga maju jaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      kena tunggu hujung tahun lah jawabnya
      hehehe

      Padam
  19. Eeehhhh..tak sangka lah Hans ni popular yee...dasyat lah.. apa2 pun all the best ye Hans.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa
      bila pula saya popular kak
      tak ada yang kenal pun
      hahaha

      Padam
  20. byk la kenal artis..pengalaman yang berharga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kenal artis
      artis tak kenal saya pun
      hehehe

      Padam
  21. Menarik juga kerjaya sebagai penulis skrip ni kan.. banyak benda yang boleh kita pelajari.. bukan setakat 123 sahaja merangkumi semua peringkat.. Good job Hans..

    BalasPadam
  22. pehhhhhh! e'in kawan dengan retis rupenyeeeeeeeeeee :p

    BalasPadam
  23. sekali lagi nak cakap kat awak, best nye keje awak dapat meet up & work with people, but me, kene kawan & ngadap pc & server & system heeee huuuu

    BalasPadam
  24. mmg seronok tengok dan lepas tu mmg penat giler kan...esp bila nk kena layan kerenah orang..mmg kena jadi org yg sabar..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      tapi kerja belakang tabir nih semua selalu cakap lepas jer
      tak ada nak sabar-sabar sangat
      hahaha

      Padam
  25. wah tak sangka rupanya kamu banyak bekerjasama dengan artis. Tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki kak
      hahaha
      tapi artis-artis tu belum tentu ingat saya pun
      hahaha

      Padam
  26. Tak jemu baca part 1 sampai ke part 4 terus menerus. Very interesting. Penuli skrip- very exciting job. Wish you more success.

    BalasPadam
  27. Woowww bestnya, thanks kongsi cerita & pengalaman Hans..!!!

    BalasPadam
  28. boleh laa ajar sy tulis skrip pasni ;-)

    BalasPadam
  29. Wahh seronoknya . Semoga sentiasa berjaya dengan kerjaya Hans 😁

    BalasPadam
  30. Dah habis baca entry pt 1 - pt 4 tapi masih tak tahu penulis skrip tu kerjanya apa, bagaimana, macam mana ngeh!ngeh!ngeh! #tolongjangankecam.

    Wow! bestlah dapat jumpa pelbagai jenis orang. Tapikan yang paling Mrs. A notice Imam Muda Ashraf eh! tetiba cia..cia..cia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau baca betul-betul ada saya tulis tentang persoalan-persoalan yang awak tanya tu

      Padam
  31. seronoknya !! best jumpa orang baru kan... :)

    BalasPadam
  32. bestnyaaa jumpaa dengan ramai people!

    BalasPadam
  33. da baca semua 4 episod. what can i say is... kalau hans ada program di melaka, please la inform aida ye ha ha ha....
    especially program anak-anak or kekeluargaan.
    nak nonton camne produksi bekerja. di balik tabir. gonna be fun kot kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap produksi lain juga cara kerjanya
      ada yg kecil
      ada yang besar
      hahaha In Sha Allah kalau teringat

      Padam
  34. hahaha..nak lempang..biasalah budak banyak akal..banyak songeh n peel dia.kuikuikui

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum buat rancangan kanak2
      bila dah buat tak rasa nak lempang pun
      hehe

      Padam
  35. Semoga Hans berjaya dalam kerjaya Hans. Seronok baca perjalanan kerjaya Hans ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      sentiasa doakan kejayaan Hans yer
      amin

      Padam
  36. all the best...bidang penulisan luas skopnya..lepas ni boleh ke skrip drama/filem & lirik lagu..

    BalasPadam
  37. Hahaha..comel-comel je budak-budak Tahfiz Muda tu, untung ada experience macam ni kerja best

    BalasPadam
  38. woaah, keren-kereen! hal-hal dibalik layar macam ni jarang dietahui publik ::)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehee
      saja kongsikan sedikit dengan rakan2 blog :)

      Padam
  39. seronoknya baca pengalaman hans nih..so kira hans ni bekerja secara freelance ke atau tetap dgn astro ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya freelance jer
      ada nak offer job sila roger2 saya yer
      hehehe

      Padam
  40. Seronok baca pengalaman Hans sebagai penulis skrip. Baru tahu juga peranan penulis skrip ni dimana dan cara kerja macam mana. Selama ni ingatkan penulis banyak baca banyak tulis depan laptop ja. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca memang kena banyak sebab nak buat rujukan
      tulis memang depan laptop
      tapi banyak lah benda lain lagi kena buat
      bergantung kepada jenis rancangan
      :)

      Padam
  41. wahh byk pengalaman ni...semoga bertambah maju lepas ni..amin2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama