Kemiskinan Melayu Cam Di Phnom Penh Kemboja

Assalammualaikum semua. Seperti yang dijanjikan, kali ini Hans nak kongsikan tentang aktiviti amal Hospitals Beyond Boundaries (HBB) memberi bantuan kepada masyarakat miskin Kemboja yang tinggal di atas bot sekitar tepi sungai Mekong dan Tonle Sap di Phnom Penh, Kemboja. 


Sebelum ini Hans pernah berkesempatan melakukan penggambaran tentang masyarakat Islam Champa Kemboja yang tinggal di atas bot kerana tidak mampu membeli tanah mahu pun rumah disebabkan harga tanah yang mahal. Cuma Hans kurang pasti di kawasan mana kerana sebenarnya banyak juga kawasan-kawasan sungai yang didiami oleh mereka yang miskin ini.


Ibarat dua dunia berbeza! Di sebelah sana sedang galak dengan aktiviti pembangunan yang sangat pesat. Bangunan-bangunan tinggi dan mewah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Manakala di kawasan ini pula, penempatan yang dibina oleh komuniti miskin ini sememangnya sangat daif dan kotor. Ironinya, di belakang kawasan mereka tinggal ini ada hotel residen mewah yang besar dan luas. Satu pemandangan yang menggambarkan kehidupan mereka yang miskin dan tersepit di sebalik kemewahan pihak yang lain.


Sempat bergambar sekejap di kawasan hadapan penempatan komuniti Islam Champa disini. Tetapi, disini juga ada masyarakat bukan Islam yang miskin dan turut sama tinggal bersama. Ada yang tinggal di rumah yang seperti bangsal dan reban ayam. Dan banyak juga yang tinggal di atas bot yang kecil dan sempit.


Macam kawasan yang Hans pergi dulu untuk rakaman rancangan Primadona, komuniti dekat kawasan tersebut masa tu tak ramai. Jadi, keadaannya agak bersih. Tetapi, disebabkan kawasan ini sangat padat jadi boleh lihat di hadapan bot dan sampan mereka penuh dengan plastik dan sampah yang berkumpul. Hans pasti sesiapa sahaja yang datang dan melihat sendiri kawasan ini semestinya akan tersentuh dan secara tidak langsung mengajar hati untuk bersyukur di atas segala rezeki dan kurniaan daripada Allah selama ini.

Hans tak dapat naik ke dalam bot kerana ruang yang bot yang sudah dipenuhi rakan sekerja yang lain. Bayangkan bot yang kecil ini dihuni oleh lima hingga tujuh orang dalam satu-satu masa. Masalahnya Hans memang tak dapat bayangkan sebab tak tahu macam mana mereka boleh tidur di dalam kawasan dan ruang yang sangat sempit dan terhad dalam jumlah yang ramai.


Jadi, aktiviti sukarelawan HBB pada kali ini ialah melakukan pemeriksaan ringkas, memberi ubat-ubatan serta nasihat perubatan kepada masyarakat disini seperti pemeriksaan penyakit darah tinggi, demam, masalah cacing dan sebagainya. Kanak-kanak di kawasan ini juga menerima rawatan  daripada pihak HBB. Jika dilihat pada gambar di atas, ada seorang kanak-kanak lelaki dan rambutnya berwarna perang. Dan sebenarnya agak ramai juga kanak-kanak kecil disini yang rambutnya berwarna perang. Pada mulanya, Hans ingat budak-budak nih warnakan rambut. Dalam hati terfikir, siapa yang bagi sumbangan dekat budak-budak nih untuk warnakan rambut. Tetapi, apabila diberitahu oleh sukarelawan HBB baru lah Hans tahu punca sebenar. Rupa-rupanya rambut mereka berwarna perang disebabkan mereka kekurangan zat-zat tertentu di dalam badan akibat pemakanan yang tidak seimbang serta keadaan persekitaran yang tidak bersih.

Saja ambilkan gambar rakan-rakan sekerja yang sedang merakam aktiviti sukarelawan HBB memberi bantuan kepada komuniti masyarakat disini. Budak-budak kecil dekat sini pula bukan main semangat lagi lah sebab tengok kamera-kamera yang krew program Legasi Luar Biasa nih pegang. Biasa lah kan budak-budak. Nasib dekat sini tak bawa drone. Kalau tidak tak tahu lah apa jadi. 


Untuk penggambaran kali ini, ada tiga pengalaman yang Hans masih ingat sehingga kisah ini ditulis disini. Pertama tentang anjing-anjing garang yang berada di hadapan kampung yang menyalak kepada kami sewaktu hendak masuk. Tetapi, yang kelakar tu orang-orang sini selamba jer tak takut dan bantu kami masuk ke dalam. Anjing-anjing tu pula takut dengan mereka. Hahaha! Pengalaman kedua pula ialah Hans terpijak sesuatu di kawasan sampah dan Hans tak tahu nak anggap benda yang Hans pijak tu apa tetapi agak memualkan dan berbau. Tercemar lah sekejap tapak kasut. Pengalaman ketiga pula melihat ada anak kecil yang tinggal di atas bot minum air sungai tu depan mata Hans. Agak terkelu juga lah sebab memang dah pasti air sungai tu kotor sebab boleh tengok sampah-sampah depan bot penduduk sini tu bertimbun-timbun. Tetapi, inilah realiti kehidupan masyarakat miskin disini.


Ada pihak minta kami sampaikan gula-gula lolipop kepada kanak-kanak dekat sini. Sebelum ini, Hans ada pengalaman melihat bagaimana bantuan diberikan sewaktu melawat Kampong Cham pada 4 tahun lepas. Jadi, bila Hans melihat suasana disini Hans tak ada rasa terkejut sangat tetapi untuk rakan-rakan sekerja yang pertama kali melihat keadaan ini memang rasa sedikit terkejut dan menginsafkan. Mungkin bagi sesetengah orang, apa lah sangat nilai sebatang gula-gula lolipop. Tetapi, bagi kanak-kanak ini mungkin lolipop itu senilai emas atau bitcoin yang mungkin nak dapat rasa sekali dalam setahun pun belum tentu. Tertarik juga dengan ayat salah satu rakan sekerja Hans,"Aku terfikir mungkin apa yang aku pandang sekarang ini sama macam mana orang kaya pandang manusia-manusia yang berebut-rebut kutip duit berterbangan dalam satu majlis." Bagi Hans ada kebenaran juga kata-kata tu.


Jadi, inilah secara ringkas yang dapat Hans kongsikan tentang aktiviti amal HBB di Phnom Penh, Kemboja. Dan kenapa Hans suka dengan usaha HBB ini ialah kerana mereka melatih anak-anak tempatan Kemboja sendiri untuk berkhidmat dengan masyarakat mereka. Bagi Hans ini satu usaha yang sangat bagus kerana Hans percaya cuma anak tempatan Kemboja yang mampu mengubah nasib, mentaliti dan taraf kehidupan masyarakat Islam disini kerana mereka yang lebih faham dan mengerti tentang orang-orang mereka. Kita ini cuma mampu membantu dan membuka jalan tetapi selebihnya harus digerakkan sendiri oleh komuniti masyarakat ini sendiri. 

Untuk makluman semua juga, HBB bukan sahaja memberi bantuan kepada masyarakat Kemboja. Mereka juga turut membantu rakyat Malaysia terutamanya gelandangan di kawasan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. HBB sememangnya mempunyai pelbagai lagi aktiviti dan perancangan untuk menambahkan lagi jenis dan bentuk bantuan kepada masyarakat.

1) Anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang HBB?

2) Anda berminat untuk menjadi sukarelawan HBB?

3) Anda berminat untuk memberi sumbangan dana dan sebagainya?

4) Anda berminat untuk menaja aktiviti-aktiviti HBB?


Sila lihat info dibawah sebagai rujukan anda untuk berhubung dengan pihak HBB.

Hospitals Beyond Boundaries (HBB)

Alamat:
9119,
Jalan Kerdas 1,
Batu 6,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Email:
enquiries@hbb.org.my

Laman Facebook:

Laman Web:


Sebagai tanda sokongan kepada HBB, Hans dengan ini menyeru kepada semua pembaca supaya berkongsi tentang artikel ini di laman sosial masing-masing. Sebarkan agar usaha murni yang cukup baik ini mendapat sokongan lebih ramai pihak dan secara tidak langsung lebih banyak insan yang kurang bernasib baik dapat dibantu dan mendapat pembelaan yang sewajarnya. 


P/S : Semoga Lebih Ramai Rakyat Malaysia Melakukan Aktiviti Sukarelawan Dengan Cara Yang Betul :)

38 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Menarik sungguh pengalaman Hans tu..kesian kt diaorg..yg susah nakin daif yg kaya..mewah segala

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah rezeki dapat tengok dan selami
      dapat jadikan iktibar
      semoga kit dijauhi daripada kemiskinan
      amin

      حذف
  2. Nampak ketara kehidupan mereka di sana yang hidup serba kekurangan. Yang miskin makin miskin yang kaya lagi kaya. Kesiannya diorang

    ردحذف
  3. Kalau ada peluang nak juga join aktiviti macam ni. Perlu di war warkan lagi ni.

    ردحذف
  4. Kesiannya dengan hidup merejat kat situ.. kita patut bersyukur dgn apa yg kita ade skrg kan

    ردحذف
  5. Kesiannya dengan hidup merejat kat situ.. kita patut bersyukur dgn apa yg kita ade skrg kan

    ردحذف
    الردود
    1. bersyukur tu kena bersyukur
      tetapi dalam masa yang sama kena lihat negara yang maju untuk jadi maju macam mereka
      sebab malaysia dah bukan macam kemboja dah...sumber banyak

      حذف
  6. Insaf seketika baca ni, sb kdg2 leka dari bersyukur dgn yang ada. Do sharing kat FB

    ردحذف
    الردود
    1. yups itulah
      sesekali bila tengok yang susah nih memang buat kita rasa syukur
      thanks sudi kongsi di FB

      حذف
  7. Kalau tengok benda-benda macam ni memang menginsafkan. Tapi buat masa sekarang hanya mampu kirimkan doa je dulu. InsyaAllah suatu hari nanti ada peluang, nak jugak join badan-badan sukarelawan ni

    ردحذف
  8. Allahu.. kesiannya ya bila baca keadaan depa ya. Semoga kita yang dalam keadaan yang lebih baik nie sentiasa bersyukur..

    ردحذف
  9. Kesiannya tengok mereka.. Kawan husniey pernah ke sana buat aktiviti sukarelawan siap bawa bahan basahla untuk buat lauk pauk, diaorang kepala ayam benda2 dalaman yang selalu kita buang tu semuanya dimakannya.. Bila hidup begitu menjadikan mereka lebih bersyukur kan..

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      kalau sesiapa ada anak tu...kalau bawa pergi tempat macam nih...mesti balik Malaysia insaf dalam 2-3 bulan
      hehehe

      حذف
  10. Mereka tinggal atas bot je? Allahuakbar kesiannya..

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      ada yang tinggal di bangsal saiz reban ayam jer
      memang kesian

      حذف
  11. pengalaman yg menarik dapat join aktiviti macam ni :)

    ردحذف
  12. Sedihnya bila tengok keadaan diaorang yang macam ni T_T

    ردحذف
    الردود
    1. itulah
      bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha membantu mana yang memerlukan

      حذف
  13. sama saja kehidupan dengan kaum Pala'u di Semporna.. hidup di dalam bot

    ردحذف
  14. Orang kita pun rasa nya biasa melalui zaman susah begitu. Tahun tahun sebelum merdeka. Biasa mendengar cerita dulu dulu betapa susahnya nenek moyang kita. Kanak kanak waktu it perut buncit penuh cacing.
    HBB membuat kerja kerja yang harus di puji.

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      zaman-zaman dulu tapi rasanya sesusah dulu masih ada rumah tempat berteduh
      hehehe

      حذف
    2. Tempat tinggal yang ada pun hanyalah pondok dan bangsal bangsal.

      حذف
  15. Tudia.. tak pernah terfikir seteruk ni.. Good job ya'olls :)

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah
      sebarkan untuk menarik ramai lagi membantu :)

      حذف
  16. ms menyusuri laluan ke tasik tonle sap, saya perhatikan masyarakat yg tggl di tebing sg... mmg sgt daif...x pasti mereka agama apa... rumah dan tandas di tmpt yg sm... kotor, sampah sarap x yah ckp laa...anak2 x berpakaian pn ada... sdg kn sekrg thn 2018 bkn thn 2018 sebelum masehi!

    ردحذف
  17. Sedihnya tgk.. duk rasa kita susah sgt tp diaorg lagi susah... seronok hans dpt menjejak dan hebah kesusahan diaorg tu

    ردحذف
  18. kesiannya kat depa, sedih plak tengok,,

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم