Makanan Halal Di Phnom Penh

Assalammualaikum semua dan seperti yang dijanjikan Hans nak berkongsi pula kisah makan malam di Phnom Penh, Kemboja. Jadi, pada malamnya Hans dan rakan sekerja dibawa oleh para sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) menuju ke kawasan tempat makan yang bersusun berhadapan dengan Sungai Mekong. Kami menaiki tuk tuk dan melalui deretan restoran yang menghidangkan arak dan daging babi sebelum akhirnya tiba di penghujung restoran yang menyajikan makanan halal iaitu TEY TEY OYSTER.


Restoran Tey Tey Oyster ini menyajikan makanan laut yang halal dan kami hanya membiarkan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) sahaja memesan juadah-juadah untuk kami. Jadi, tiba-tiba makanan yang sudah siap dibawa ke meja dan dihidangkan kepada kami.


Udang Ketam Masak Sos Lada Hitam yang sangat sedap. Memandangkan Hans tak makan ketam jadi memang udang yang menjadi sasaran utama Hans pada malam tersebut. Menariknya pihak restoran menggunakan lada yang segar. Hans pada mulanya ingatkan buah apa jadi saja lah cuba-cuba gigit. Tiba-tiba rasa pedas dan baru perasan lada rupanya. Hahaha!


Tomyam Phnom Penh yang ada udang, ketam dan sotong. Masih tidak boleh melawan rasa tomyam Thailand tetapi rasanya tetap sedap. Dah orang belanja tu makan saja lah. Banyak bunyi pula! Hahaha!


Ada udang bakar dan ketam bakar. Seperti biasa sebab Hans tak makan ketam jadi memang Hans fokus pada udang sahaja. Rasa udang bakar dia sangat sedap dan manis. Memang tak pernah lagi lah rasa udang bakar yang sedap macam dekat sini. Berselera betul makan weh!


Nasi putih ini lain sikit berbanding nasi putih Malaysia. Dah macam nasi jepun pun ada. Macam pulut pun ada. Apa-apapun, janji sedap!


Tengah seronok makan dan lauk di hadapan meja pun dah habis, masa tu memang tawakal dan bersyukur sahaja lah sebab perut dah terisi. Tiba-tiba sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) ini tanya dekat meja Hans dan rakan-rakan, "Nak lagi ker lauk? Kalau nak kami nak bagi nih!" Rezeki jangan ditolak! Jadi, memang rezeki lah dapat makan sedap-sedap dalam kuantiti yang banyak. Syukur alhamdulillah!


Masing-masing minum air dalam tin sahaja dan Hans memilih air cincau sebagai minuman pada malam tersebut. Eragold jenama air tin nih. Rasa macam air Yeos pun ada. Hahaha!


Alhamdulillah! Licin bersih lauk pauk atas meja! Harga tak tahu sebab Hans makan percuma sahaja. Orang belanja kan. Hahaha! Tetapi, skala kesedapan untuk makanan-makanan ini ialah 4.5 / 5 yer. Serius sangat sedap dan berbaloi! Memang berbaloi lah sebab dah Hans makan percuma. Sedap pula tu! Hahaha!


Selepas itu kumpulan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) nih tanya Hans, "Nak makan aiskrim kelapa macam Sangkaya yang dekat Kuala Lumpur tu tak? Rasa dia lagi sedap dari Sangkaya tau!" Hans pun mesti lah jawab nak kan. Gila tak nak! Hahaha! Jadi, untuk makan aiskrim kelapa ini kena pergi ker Phnom Penh Night Market. Dijadikan cerita hujan lebat pula jadi terpaksa menunggu hujan berhenti sebelum boleh bergerak kesana.


Kami sampai agak lewat dimana hampir kebanyakan premis sudah mengemas barang masing-masing untuk pulang. Tetapi, alhamdulillah kalau dah namanya rezeki tu memang tak kemana. Hans berpeluang menikmati aiskrim kelapa yang berharga 1.25 dollar bersamaan dengan RM5.00 dan apa yang Hans boleh cakap memang rasanya lebih sedap berbanding Sangkaya dan harganya jauh lebih murah. Ini kalau kata Hans sampai awal lagi memang Hans pesan lagi satu nih sebab sedap. Hahaha! Jadi, memandangkan hari sudah malam maka Hans pun pulang ke hotel untuk berehat sebab esok nak sambung kerja pula. Apa-apapun, satu pengalaman menarik dapat menikmati makanan halal yang sedap-sedap di Phnom Penh, Kemboja ini.  

P/S : Selepas ini Hans akan kongsikan tentang pengalaman Hans menyertai Dr Hannan memberi rawatan perubatan kepada penduduk Kemboja yang tinggal di atas bot di sebuah kawasan yang sangap daif dan agak kotor. Nantikan!

28 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Kenapa tak makan ketam... alahan ke...

    BalasPadam
  2. Mewah betul dengan lauk seafood.

    BalasPadam
  3. kalu sy punya ms lbh aritu, mmg sy terjah dah ke sini...

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. alhamdulillah
      bersyukur boleh makan seafood
      hehehe

      Padam
  5. Makanan yang first tu nampak sangat menyelerakan.

    BalasPadam
  6. Tak sabar nak baca pengalaman hans beri rawatan perubatan tu 👍

    BalasPadam
  7. sedap hingga menjilat jari gitu!

    BalasPadam
  8. Wah...makan sedap2 ya, Hans? PH tak minat sangat bab seafood tapi kalau orang belanja tu, makan jugak hee..hee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh
      seafood sedap
      tambah cara dia masak pula sedap lagi

      Padam
  9. diorang pakai duit dollar rupanya :D
    sedapnya seafoodddd

    BalasPadam
  10. syoknya apabila sambil kerja sambil jalan jalan

    BalasPadam
  11. Carry on Don't Stop Posting.

    BalasPadam
  12. pagi-pagi jalan sini lapar perut tengok makanan sedap hehehe

    BalasPadam
  13. hu..tengok lauknya pun dah rasa lapar

    BalasPadam
  14. Mewah nya makanan. Nampak sedap semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      bukan nampak jer sedap
      makan pun sedap
      hehee

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama