Assalammualaikum semua dan seperti yang dijanjikan Hans nak berkongsi pula kisah makan malam di Phnom Penh, Kemboja. Jadi, pada malamnya Hans dan rakan sekerja dibawa oleh para sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) menuju ke kawasan tempat makan yang bersusun berhadapan dengan Sungai Mekong. Kami menaiki tuk tuk dan melalui deretan restoran yang menghidangkan arak dan daging babi sebelum akhirnya tiba di penghujung restoran yang menyajikan makanan halal iaitu TEY TEY OYSTER.
Restoran Tey Tey Oyster ini menyajikan makanan laut yang halal dan kami hanya membiarkan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) sahaja memesan juadah-juadah untuk kami. Jadi, tiba-tiba makanan yang sudah siap dibawa ke meja dan dihidangkan kepada kami.
Udang Ketam Masak Sos Lada Hitam yang sangat sedap. Memandangkan Hans tak makan ketam jadi memang udang yang menjadi sasaran utama Hans pada malam tersebut. Menariknya pihak restoran menggunakan lada yang segar. Hans pada mulanya ingatkan buah apa jadi saja lah cuba-cuba gigit. Tiba-tiba rasa pedas dan baru perasan lada rupanya. Hahaha!
Tomyam Phnom Penh yang ada udang, ketam dan sotong. Masih tidak boleh melawan rasa tomyam Thailand tetapi rasanya tetap sedap. Dah orang belanja tu makan saja lah. Banyak bunyi pula! Hahaha!
Ada udang bakar dan ketam bakar. Seperti biasa sebab Hans tak makan ketam jadi memang Hans fokus pada udang sahaja. Rasa udang bakar dia sangat sedap dan manis. Memang tak pernah lagi lah rasa udang bakar yang sedap macam dekat sini. Berselera betul makan weh!
Nasi putih ini lain sikit berbanding nasi putih Malaysia. Dah macam nasi jepun pun ada. Macam pulut pun ada. Apa-apapun, janji sedap!
Tengah seronok makan dan lauk di hadapan meja pun dah habis, masa tu memang tawakal dan bersyukur sahaja lah sebab perut dah terisi. Tiba-tiba sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) ini tanya dekat meja Hans dan rakan-rakan, "Nak lagi ker lauk? Kalau nak kami nak bagi nih!" Rezeki jangan ditolak! Jadi, memang rezeki lah dapat makan sedap-sedap dalam kuantiti yang banyak. Syukur alhamdulillah!
Masing-masing minum air dalam tin sahaja dan Hans memilih air cincau sebagai minuman pada malam tersebut. Eragold jenama air tin nih. Rasa macam air Yeos pun ada. Hahaha!
Alhamdulillah! Licin bersih lauk pauk atas meja! Harga tak tahu sebab Hans makan percuma sahaja. Orang belanja kan. Hahaha! Tetapi, skala kesedapan untuk makanan-makanan ini ialah 4.5 / 5 yer. Serius sangat sedap dan berbaloi! Memang berbaloi lah sebab dah Hans makan percuma. Sedap pula tu! Hahaha!
Selepas itu kumpulan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) nih tanya Hans, "Nak makan aiskrim kelapa macam Sangkaya yang dekat Kuala Lumpur tu tak? Rasa dia lagi sedap dari Sangkaya tau!" Hans pun mesti lah jawab nak kan. Gila tak nak! Hahaha! Jadi, untuk makan aiskrim kelapa ini kena pergi ker Phnom Penh Night Market. Dijadikan cerita hujan lebat pula jadi terpaksa menunggu hujan berhenti sebelum boleh bergerak kesana.
Kami sampai agak lewat dimana hampir kebanyakan premis sudah mengemas barang masing-masing untuk pulang. Tetapi, alhamdulillah kalau dah namanya rezeki tu memang tak kemana. Hans berpeluang menikmati aiskrim kelapa yang berharga 1.25 dollar bersamaan dengan RM5.00 dan apa yang Hans boleh cakap memang rasanya lebih sedap berbanding Sangkaya dan harganya jauh lebih murah. Ini kalau kata Hans sampai awal lagi memang Hans pesan lagi satu nih sebab sedap. Hahaha! Jadi, memandangkan hari sudah malam maka Hans pun pulang ke hotel untuk berehat sebab esok nak sambung kerja pula. Apa-apapun, satu pengalaman menarik dapat menikmati makanan halal yang sedap-sedap di Phnom Penh, Kemboja ini.
P/S : Selepas ini Hans akan kongsikan tentang pengalaman Hans menyertai Dr Hannan memberi rawatan perubatan kepada penduduk Kemboja yang tinggal di atas bot di sebuah kawasan yang sangap daif dan agak kotor. Nantikan!
Kenapa tak makan ketam... alahan ke...
ردحذفyer alahan :)
حذفMewah betul dengan lauk seafood.
ردحذفhahahah memang mewah
حذفpenuh pinggan
kalu sy punya ms lbh aritu, mmg sy terjah dah ke sini...
ردحذفhehehe
حذفnanti try lah terjah
sedap ohhhhh
sedapnya seafood!!
ردحذفalhamdulillah
حذفbersyukur boleh makan seafood
hehehe
Makanan yang first tu nampak sangat menyelerakan.
ردحذفitu memang sedap
حذفhehehe
Tak sabar nak baca pengalaman hans beri rawatan perubatan tu 👍
ردحذفalhamdulillah
حذفbaru update
selamat membaca :)
sedap hingga menjilat jari gitu!
ردحذفkuku pun siap jilat
حذفhahaha
sedap makanan dia
Wah...makan sedap2 ya, Hans? PH tak minat sangat bab seafood tapi kalau orang belanja tu, makan jugak hee..hee...
ردحذفheheheh
حذفseafood sedap
tambah cara dia masak pula sedap lagi
diorang pakai duit dollar rupanya :D
ردحذفsedapnya seafoodddd
duit dollar dengan riel (matawang kemboja)
حذفsyoknya apabila sambil kerja sambil jalan jalan
ردحذفsambil menyelam minum air
حذفhehehe
Carry on Don't Stop Posting.
ردحذفthanks for your support
حذفpagi-pagi jalan sini lapar perut tengok makanan sedap hehehe
ردحذفhehehe
حذفjangan lupa makan
hu..tengok lauknya pun dah rasa lapar
ردحذفhehehe
حذفsila makan sebelum makin lapar
Mewah nya makanan. Nampak sedap semua.
ردحذفhehehehe
حذفbukan nampak jer sedap
makan pun sedap
hehee
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com