Mari Mengundi

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah Hans dah selamat sampai di kampung halaman tercinta iaitu Alor Setar, Kedah. Semangat balik malam-malam buta naik bas dari TBS semata-mata nak mengundi. Misi selamatkan negara. Hahaha!


Jadi, tak sampai berapa jam sahaja lagi tiba untuk Hans dan seluruh rakyat Malaysia lain yang ada rasa tanggungjawab mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi calon-calon yang dirasakan mampu untuk membantu rakyat dan membawa nama Malaysia gah di seantero dunia.


Alhamdulillah! Masih lokasi yang sama mengundi dan tak jauh dari rumah. Ada sesiapa mengundi dekat lokasi yang sama dengan Hans tak? Hehehe!


Jadi, ini adalah calon-calon yang bertanding di kawasan Hans mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Hans sendiri pun dah tahu dah siapa calon yang Hans nak undi. Kepada yang tak mendaftar untuk mengundi tu, jangan pula nanti hangpa dok bising kalau YB kawasan hangpa tiba-tiba tak buat kerja kan. Siapa suruh hangpa tak daftar mengundi. Hahaha! Kepada yang dah daftar tu pergi lah mengundi. Tak kisah lah calon yang hangpa undi tu menang atau tidak. Tunjukkan suara hangpa tu di atas kertas undi supaya calon-calon yang bakal menang tu buat kerja dan yang tak menang tu pun berusaha buat kerja untuk menangi hati hangpa semua nih pada pilihan raya yang akan datang.

P/S : Fenomena Mengundi Di Kalangan Generasi Muda Kali Ini Ada Pembaharuan Dan Peningkatan Yang Ketara. Tiket Bas Balik Ke Utara Dan Pantai Timur Untuk 7hb Mei 2018 Habis Dijual Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Pada Malam Tadi. Dah Macam Cuti Nak Balik Raya. Tahniah Anak Muda Malaysia!

22 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. selamat mengundi..akak kt gombak je

    ردحذف
  2. alhamdulillah selamat balik kampung ke kedah terchinta ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah selamat sampai
      tak sabar mengundi esok
      hehehe

      حذف
  3. Selamat mengundi. berhati-hati di jalan raya. :)

    ردحذف
  4. Mari lah mari kita mengundi 😁 tak sabar rasanya nak memangkah parti pilihan hati 😈😈😈

    ردحذف
  5. sehari sblm sy sggh TBS. lain mcm suasananya. kalau sblm ni byk bangla, indon, myanmar kt sini.... kali ni ramai org kita... mmg betul mcm nk blk raya hahaha

    ردحذف
  6. ramai golongan muda mengundi kali ni kan..tu yang sampai bertukar kerajaan. Harap kerajaan baru ni dapat membawa perubahan positif

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah setakat ini banyak perkara positif
      tak sia-sia balik mengundi

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم