Assalammualaikum semua. Alhamdulillah Hans dah selamat sampai di kampung halaman tercinta iaitu Alor Setar, Kedah. Semangat balik malam-malam buta naik bas dari TBS semata-mata nak mengundi. Misi selamatkan negara. Hahaha!
Jadi, tak sampai berapa jam sahaja lagi tiba untuk Hans dan seluruh rakyat Malaysia lain yang ada rasa tanggungjawab mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi calon-calon yang dirasakan mampu untuk membantu rakyat dan membawa nama Malaysia gah di seantero dunia.
Alhamdulillah! Masih lokasi yang sama mengundi dan tak jauh dari rumah. Ada sesiapa mengundi dekat lokasi yang sama dengan Hans tak? Hehehe!
Jadi, ini adalah calon-calon yang bertanding di kawasan Hans mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Hans sendiri pun dah tahu dah siapa calon yang Hans nak undi. Kepada yang tak mendaftar untuk mengundi tu, jangan pula nanti hangpa dok bising kalau YB kawasan hangpa tiba-tiba tak buat kerja kan. Siapa suruh hangpa tak daftar mengundi. Hahaha! Kepada yang dah daftar tu pergi lah mengundi. Tak kisah lah calon yang hangpa undi tu menang atau tidak. Tunjukkan suara hangpa tu di atas kertas undi supaya calon-calon yang bakal menang tu buat kerja dan yang tak menang tu pun berusaha buat kerja untuk menangi hati hangpa semua nih pada pilihan raya yang akan datang.
P/S : Fenomena Mengundi Di Kalangan Generasi Muda Kali Ini Ada Pembaharuan Dan Peningkatan Yang Ketara. Tiket Bas Balik Ke Utara Dan Pantai Timur Untuk 7hb Mei 2018 Habis Dijual Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Pada Malam Tadi. Dah Macam Cuti Nak Balik Raya. Tahniah Anak Muda Malaysia!
selamat mengundi..akak kt gombak je
BalasPadamselamat mengundi sis
Padamalhamdulillah selamat balik kampung ke kedah terchinta ^_^
BalasPadamalhamdulillah selamat sampai
Padamtak sabar mengundi esok
hehehe
Selamat mengundi. berhati-hati di jalan raya. :)
BalasPadamnaik bas jer
Padamdah selamat sampai dah
Selamat mengundi.
BalasPadamselamat mengundi juga
PadamSelamat mengundi Hans.
BalasPadamselamat mengundi juga
PadamSelamat mengundi :)
BalasPadamselamat mengundi juga Yun Sing
PadamMari lah mari kita mengundi 😁 tak sabar rasanya nak memangkah parti pilihan hati 😈😈😈
BalasPadamhehe
Padammenang tak parti yang dipangkah?
Oh..orang Kedah rupanya :)
BalasPadamyer
Padamorang Aloq Setaq
Hans pun dari utara rupanya...
BalasPadamyer lah Zumal
Padamlah ingatkan dah tahu
hahaha
sehari sblm sy sggh TBS. lain mcm suasananya. kalau sblm ni byk bangla, indon, myanmar kt sini.... kali ni ramai org kita... mmg betul mcm nk blk raya hahaha
BalasPadamlagi dasyat dari nak balik raya
Padamramai golongan muda mengundi kali ni kan..tu yang sampai bertukar kerajaan. Harap kerajaan baru ni dapat membawa perubahan positif
BalasPadamalhamdulillah setakat ini banyak perkara positif
Padamtak sia-sia balik mengundi
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com