Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Hans menerima sebuah email daripada pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang menjemput Hans untuk menghadiri pelancaran Ramadan Buffet Kampong Boy di hotel tersebut.
Ini kali pertama Hans berpeluang menjejakkan kaki di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Sebelum ini cuma pandang dari luar sahaja masa zaman balik kampung naik bas daripada Puduraya yang sekarang diberi nama baru Pudu Sentral tu. Dari luar nampak macam tak besar pun hotel ini tetapi bila masuk dalam sahaja....walawehhhhhh! Memang besar dan cantik rupanya!
Alhamdulillah! Ramadan Buffet Kampong Boy ini bukan sekadar untuk Hans menikmati juadah-juadah yang disediakan tetapi yang seronoknya tu sebab berpeluang meraikan majlis berbuka puasa ini bersama-sama dengan 35 orang anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni.
Terima kasih kepada kumpulan pemuzik ini yang menghiburkan Hans serta semua tetamu yang hadir dengan irama muzik yang sungguh merdu. Seronok sangat bila dapat layan irama lagu tradisional.
Blogger pun dikira media tahu. Hehehe! Yang seronok sebab orang-orang yang semeja dengan Hans daripada wakil media yang berbeza. Dua orang daripada stesen TV AlHijrah yang Hans baru jumpa baru-baru ini di Menara Kuala Lumpur semasa proses mencerap anak bulan Ramadan tu. Salah seorang nama Hakim. Dan dua orang lagi wakil daripada Utusan Malaysia. Seorang nama Fatimah dan seorang lagi tu Hans kurang pasti tetapi merupakan seorang lelaki berumur dan sangat kelakar. Kira meriah lah meja Hans dengan macam-macam kisah daripada lelaki Utusan tu. Hahaha!
Inilah anak-anak yatim serta asnaf yang Hans sebutkan di awal-awal penulisan tadi. Muka masing-masing lapar jer. Hahaha! Sebenarnya pihak Ancasa Hotel telah membawa adik-adik comel ini ke JAKEL MALL, Kuala Lumpur untuk membeli pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang. Dah dapat baju raya, lepas tu dapat pula duit raya bernilai RM50 untuk setiap orang daripada Ancasa Hotel. Wow! Seronok lah hangpa semua noh! Hehehe! Jadi, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang, maka adik-adik comel ini diberi keutamaan untuk mengambil makanan untuk sesi berbuka puasa.
Alhamdulilllah! Rezeki anak-anak yatim ini memang murah sangat-sangat apabila tibanya bulan Ramadan. Paling menarik apabila syarikat ADABI bekerjasama dengan Ancasa Hotel & Spa untuk menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa ini.
Terima kasih kepada kumpulan pemuzik ini yang menghiburkan Hans serta semua tetamu yang hadir dengan irama muzik yang sungguh merdu. Seronok sangat bila dapat layan irama lagu tradisional.
Blogger pun dikira media tahu. Hehehe! Yang seronok sebab orang-orang yang semeja dengan Hans daripada wakil media yang berbeza. Dua orang daripada stesen TV AlHijrah yang Hans baru jumpa baru-baru ini di Menara Kuala Lumpur semasa proses mencerap anak bulan Ramadan tu. Salah seorang nama Hakim. Dan dua orang lagi wakil daripada Utusan Malaysia. Seorang nama Fatimah dan seorang lagi tu Hans kurang pasti tetapi merupakan seorang lelaki berumur dan sangat kelakar. Kira meriah lah meja Hans dengan macam-macam kisah daripada lelaki Utusan tu. Hahaha!
Inilah anak-anak yatim serta asnaf yang Hans sebutkan di awal-awal penulisan tadi. Muka masing-masing lapar jer. Hahaha! Sebenarnya pihak Ancasa Hotel telah membawa adik-adik comel ini ke JAKEL MALL, Kuala Lumpur untuk membeli pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang. Dah dapat baju raya, lepas tu dapat pula duit raya bernilai RM50 untuk setiap orang daripada Ancasa Hotel. Wow! Seronok lah hangpa semua noh! Hehehe! Jadi, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang, maka adik-adik comel ini diberi keutamaan untuk mengambil makanan untuk sesi berbuka puasa.
Seperti biasa lah, antara menu wajib yang perlu diberi perhatian dan fokus ialah menu KAMBING PANGGANG. Disebabkan Hans agak pantas menuju ke kawasan kambing yang terdampar di atas papan cincang tu, jadi tak perlu beratur lama untuk mendapatkan potongan dan hirisan daging kambing panggang yang lembut dan sedap ini.
Hans tak pasti ini nasi apa sebab siap ada kurma weh atas dia. Tetapi, prinsip Hans setakat ini kalau makan buffet sama ada tak makan nasi atau makan dalam kuantiti yang sedikit. Boleh tahan lah rasa nasi ini bila makan dengan kambing panggang tadi.
Hans tak pasti adakah ini ayam belanda sebab yang Hans perasan kepak ayam ini memang besar. Rasa ayam nih macam ayam yang terdapat dekat nasi ayam tu. Hehehe! Jadi, mari kita tengok apakah menu-menu menarik lain yang ditawarkan di Ramadan Buffet Kampong Boy ini.
PAJERI NENAS
TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API
SAMBAL UDANG PETAI
LEMAK PUTIH PUCUK MANIS
IKAN BAWAL KARI ASAM
DAGING SINGGANG
AYAM ROS MADU
KAMBING MASAK REMPAH
Boleh dikatakan semua menu-menu di atas Hans makan untuk menilai sendiri sama ada sedap atau tidak. Antara menu yang Hans rasa sedap di tekak sebentar tadi ialah Kambing Masak Rempah, Daging Singgang dan Telur Itik Masak Lemak Cili Api. Habis sahaja pusingan pertama ini maka jangan buang masa...ayuh teruskan dengan pusingan kedua! Apa pula menu-menu lain yang menarik di mata Hans selepas ini?
BUBUR LAMBUK
PELBAGAI JENIS ULAM-ULAMAN DAN SAMBAL
STEAMBOAT LOK-LOK
MEE DAN LAKSA
KERABU TAUGEH
KERABU APA ENTAH..HAHA!
HANS TAK TAHU NAMA APA TETAPI ISINYA IALAH IKAN
DAGING BAKAR
HANS TAK PASTI SEBAB TAK AMBIL PULA TADI.
Ada banyak juga kawasan gerai makanan lain yang Hans tak sempat nak ambil gambar macam tempat murtabak, satay, rojak sotong, celup-celup dan goreng-goreng cekodok pisang. Tetapi, apa yang menarik perhatian Hans ialah susunan pencuci mulut di Ramadan Buffet Kampong Boy nih. Cuba hangpa semua tengok gambar-gambar di bawah tu. Rambang mata tak nak memilih?
Alhamdulillah! Memang sangat berpuas hati dengan menu-menu yang disediakan untuk Ramadan Buffet Kampong Boy ini. Ada juga Hans dengar mulut-mulut orang ini yang katanya tidak suka berbuka puasa di hotel-hotel kerana katanya takut tidak sempat nak solat Maghrib. Tetapi, dekat Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur nih, korang memang tak perlu risau. Cuma jalan kaki dan naik tangga sedikit sahaja dan terus berjumpa dengan surau yang bersaiz agak luas, sejuk serta selesa. Jadi, alasan mengatakan susah nak solat memang tak boleh diterima bila berbuka puasa di sini. Hehehe!
Memandangkan Hans dibenarkan bawa seorang rakan jadi inilah rakan Hans yang menemani Hans berbuka puasa disini. Namanya Rashidi dan masih bujang. Tiba-tiba dia buang tebiat nak bergambar dekat kawasan pekerja memasak apam balik dengan memotong daging kambing panggang. Hans layankan jer lah! Hahaha!
Wah! Ini seronok bila jadi pihak media dan blogger ini sebab dapat cenderahati daripada pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Yang kelakarnya masa sesi pendaftaran tu, Hans merupakan orang pertama yang sampai iaitu pada pukul 5.10 petang macam tu. Asalnya risau takut jalan sesak dan lambat sampai tetapi kali ini Hans tersampai awal pula. Hahaha!
Jadi, kepada sesiapa yang ingin merasa masakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, anda boleh mendapatkan baucar Ramadan Buffet bertemakan Kampong Boy dengan melihat butiran di bawah ini.
Ramadan Buffet Kampong Boy
Alamat:
Ancasa Hotel & Spa,
Jalan Tun Tan Cheng Lock,
50050 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tarikh:
17 Mei 2018 - 13 Jun 2018
Harga:
RM68 (Dewasa)
RM40 (Kanak-Kanak Berumur 4 Tahun Hingga 12 Tahun)
Nombor Telefon:
+603 2026 6060
Amboi sakan dia ye posing. Alhamdulillah rezeki diorang bulan puasa ni.
ردحذفhahaha
حذفtak sakan pun posing
biasa-biasa jer
hehehe
Menu die nampak menarik lah. Pelbagai pilihan. Ada menu bubur lambuk dgn kambing panggang. Rugilah kalau pergi tapi tak merasa kan.hehe.. kampong boy.. sgt sesuai n sinonim ntk di ingati.
ردحذفheheeh
حذفyups
dah sampai tu kena rasa semua
rasa sikit-sikit
kalau rasa banyak nanti kenyang cepat pula
hahaha
bgs smp awal..kalo stuck dlm jammed lg haru..almaklumla bln puasa jammed lain mcm..meriah menu2 tu sambil merai ank2 yatim
ردحذفhehehe
حذفtu lah
tersampai awal sangat pula
hahaha
alhamdulillah seronok tengok anak-anak yatim tu gembira
Amboi amboi, Hans! Makan sedap2 yer... Lapar pulak PH tengok pelbagai hidangan yang disediakan terutamanya dessert yang berderet-deret tuh!
ردحذفhehehe
حذفalhamdulillah rezeki di bulan Ramadan
yang kata tak sempat solat Maghrib tu sbb depa pulun makan habis2an..boleh je stop dulu, gi solat, then sambung balik makan..
ردحذفcantik susunan dessert tu..mmg rambang mata..huhu..
hahahaha
حذفbetul tu..boleh je stop kejap lepas tu sambung makan kan :)
yups...susunan dessert depa memang lawa
harga pun not bad..
ردحذفyes
حذفharga kira murah sangat dah untuk buffet hotel
waaaaaa bgs ancasa hotel nih, baru betul kan kata berbuka puasa meraikan anak2 yatim n asnaf mereka diberi layanan sama rata, bkn mereka kene ddk bwh yg vvip di layan mcm raja...
ردحذفdhla dpt duit raya,dpt baju raya... mkn2 lg...
tgk segala menu aduhla... telan liur sambil pikir nk msk apa ptg nih... sedapnya lahai
yups
حذفkelebihan untuk mereka yang kekurangan :)
menarik dan nmpk sedap
ردحذفalhamdulillah
حذفmemang menarik
hehehe
Ramai juga anak anak yatim dijemput dan diraikan tu.. Alhamdulillah..awal juga hans sampai tu.. Hee 😄
ردحذفalhamdulillah
حذفrezeki mereka di bulan Ramadan
hahaha yups tersampai awal...takut jammed sekali jalan tak jammed pula
semuanya sedap2 belaka... x ajk sy ponggggg ;-)
ردحذفnih pun hotel yang ajak
حذفhahaha
lepas berbuka, solat magrib berspa kejap, eh... ;)
ردحذفspa tu tak adalah
حذفxsempat nak spa nya pun
haha
Woow .. banyak sekali menunya,yaa ...
ردحذفSemuanya terlihat enak.
Mantap buffetnya.
alhamdulillah
حذفrezeki
Meriahnya lauk pauk dia..lepas makan ni mau tak pi terawikh pasal sendat kat perut..
ردحذفtarawih dekat rumah lah jawabnya
حذفahahaha
bagus pihak Ancasa sebab buat prgm sebegini..
ردحذفmakanan pun sedap2 tu
alhamdulillah
حذفusaha murni
lauk-lauk dia sedap-sedap
Bestnya~ Laparnya tengok gambar-gambar tu~
ردحذفkalau lapar silalah makan di hotel ancasa..hehe
حذفsemua Nampak sedap... dgn harga yg boleh tahan
ردحذفyups
حذفharga kira murah dah untuk buffet hotel
Semua nampak sedap.
ردحذفhehehe
حذفmemang puas hati makan
ohoooi makanan2 depa hidang kemain.. hehe..
ردحذفhehehe biasa lah tu
حذفnama pun buffet :)
Alhamdulilah dpt bebuka dgn anak2 yatim, rambang mata tgk menu, semua best2 and tuan blog pulak, amboi sakan kau posing hans😁😁😉😉😉
ردحذفhahaha posing biasa-biasa jer tu
حذفMenu nampak menarik... kalau drive ke sana, senang parking tak?
ردحذفpergi awal In Sha Allah senang parking...boleh parking dekat basement hotel
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com