Majlis Berbuka Puasa (Reunion)

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah pada 1 Jun 2018 bersamaan hari Jumaat, Hans berkesempatan berbuka puasa dengan budak-budak kelas Masscom DMCB 2nd Batch zaman belajar di UiTM Lendu, Melaka dulu. Memandang hampir tujuh atau lapan tahun tidak berjumpa jadi memang Hans sangat bersemangat nak pergi berbuka sambil membawang beramai-ramai apabila berjumpa nanti. Hahaha!  


Disebabkan sekarang musim hujan wajib turun di waktu petang yang permai, jadi Hans memilih untuk naik grab sahaja. Malang sememangnya tidak berbau, pada hari kejadian memang keadaan cerah sehingga ke malam. Kalau Hans tahu memang Hans merempit naik motosikal sahaja. Jimat sikit duit! Hahaha.


Jadi, pada kali ini Hans dan rakan-rakan yang lain berkesempatan berbuka puasa di Teratak Restaurant yang berada di dalam bangunan Glo Damansara yang terletak di belakang stesen MRT TTDI. Harga untuk seorang cuma RM38 sahaja dan bagi Hans harga ini boleh dikatakan masih dalam kadar yang sangat murah. Lagi menarik tu ada seorang rakan Hans nih yang bermurah hati belanja kami semua pada majlis berbuka puasa tersebut. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki buat insan yang dermawan tersebut. Hehe!


Ikutkan Hans sampai terlalu awal iaitu dalam pukul 4 petang. Jadi, Hans ambil keputusan untuk naik MRT pergi ke One Utama untuk cuci-cuci mata dulu. Bermula pukul 6.30 petang, seorang demi seorang yang tiba di Teratak Restaurant. Ada yang dah berkahwin datang dengan anak dan suami. Ada yang dah kahwin tinggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Hahaha! Mana yang masih bujang datang bawa diri sendiri. Menariknya wajah masing-masing masih kekal sama cuma adalah seorang dua dah berubah sikit wajah jadi bapa budak dah.


Saja Hans letak gambar kontroversi dekat sini. Hahaha! Jangan membawang di bulan puasa. Kedua-duanya ialah lelaki normal yang sudah bertahun-tahun berkahwin dan mempunyai ramai anak. Jadi, jangan mengata (tagline siapa nih kalau korang tahu?). Hahaha! 


Memang seronok sangat bila dapat berjumpa dan berborak panjang. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam nih. Nak kata ramai sangat pun tak lagi nih sebab ada lagi 30 orang yang tak dapat datang. Apa-apapun, macam-macam perkara dan isu lah yang dibawang bersama-sama sebelum dan selepas berbuka. Cuma bila masing-masing dah menginjak ke umur 19 tahun nih memang topik perbincangan pun yang berbentuk ilmiah juga lah. Nampak lah masing-masing dah matang. Topik yang laqa pun ada tetapi tak banyak sangat. Kena lah ada topik yang santai sikit. Serius sangat pun tak boleh juga. Hahaha!


Budak Masscom selalunya terkenal dengan kegilaan dan kreativiti di dalam bergambar mahu pun di dalam video. Tetapi, macam yang Hans katakan tadi, mungkin disebabkan faktor usia menginjak ke umur 19 tahun menyebabkan masing-masing bergambar dalam keadaan yang sangat sopan dan tertib. Tetapi, masih ada beberapa rakan Hans lagi yang ada sel-sel kegilaan bergambar. Jadi, biarkan sel-sel tersebut sentiasa berhubung. Hahaha!


Alhamdulillah! Perjumpaan dan pertemuan semula yang mungkin agak singkat tetapi berjaya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Sebenarnya jumlah yang hadir ini cuma di dalam suku bilangan budak kelas sahaja sebab ada ramai lagi yang tidak dapat hadir disebabkan jarak lokasi, kekangan kerja dan ada juga yang tidak dapat dihubungi. In Sha Allah, kalau ada rezeki lagi berkumpul macam ini, diharap lebih ramai yang dapat hadir untuk memeriahkan lagi sesi reunion ini. Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis berbuka puasa budak-budak kelas Masscom DMCB 2nd Batch UiTM Lendu, Melaka.

P/S : Masa Nih Hans Tak Ambil Gambar Makanan Sebab Sibuk Berborak. Tetapi, Lauk Pauk Dekat Teratak Restaurant Nih Sedap-Sedap Juga Terutama Sup Tulangnya. Terangkat Beb!

36 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Seronoknya dapat buat reunion masa bulan puasa.

    ردحذف
    الردود
    1. memang seronok
      tambah-tambah dah bertahun-tahun tak bersua muka
      hehehe

      حذف
  2. aku skrg kawan u dgn sekolah menengah ja senang nk ajak plan buat reunion ni. yg sekolah rendah dgn matrik ssh sket.

    tp macam mn pun mmg fun time la dapat gini tmbh lak klu lma x jumpak. hehe

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe tu lah pasal
      ini pun dah banyak kali plan....akhirnya terlaksana juga walaupun tak semua dapat datang

      حذف
  3. Syukur Alhamdulillah memang seronok dapat berkumpul begini.

    Adik Tukang Kebun pun dulu Uitm Lendu, Melaka ambil kursus yang sama dengan Tuan Blog ini.

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah syukur
      owh yer ker?
      dia masuk tahun bila?

      حذف
  4. Lagi sekali jumpa pada masa akan datang tentu dah ada yang sudah bertukar status. Yang single dah bercouple. :)

    ردحذف
  5. wahh bestnya dapat jumpa balik kawan2 masa belajar. mesti semua org asyik throwback perangai gila2 masa belajar dulu, bila buat reunion mcm tak percaya ramai yg dah berkeluarga :D

    ردحذف
    الردود
    1. ahahaha
      yups
      tambah-tambah bila ada perangai yang sama jer macam zaman study dulu padahal dah jadi bapa orang...lagi lah kena kutuk berjemaah
      hahaha

      حذف
  6. bila dh lama xjmpa..buat reunion buka puasa sama2 sure meriah..mcm2 cerita kn..murah juga menu buka puasa kt ttdi tu

    ردحذف
  7. wah..bestnya hans..kalau kita, memang susah la, sebab jauh-jauh semua. bila jumpa ni sakan la macam-macam nak berceritakan..bestnyaa...

    ردحذف
  8. Mesti seronok habis, bertemu dan makan2 dengan member2 lama.

    ردحذف
  9. Reunion memang menggamit kenangan.

    ردحذف
  10. wah makan sedap, orang belanja,jumpa kawan lama...seronok sungguh =)

    ردحذف
  11. Syoknyaaa buka puasa ramai2, memang meriah...Tetiba rindu kawan2 yang dah bersepah ke utara dan selatan semua T_T

    ردحذف
  12. Seronok nya reunion, bkn senang nak kumpul ramai2

    ردحذف
    الردود
    1. tu lah
      susah nak kumpul semua sebab masing2 ada komitmen

      حذف
  13. Excitednya dapat reunion macam ni.
    Itulah membawang sakan gambar food pun terlupa.
    Tapi kadang tak juga terlupa cuma segan sebab bukan semua kawan-kawan tu blogger so mereka tak faham motif kita snap gambar.

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      kawan-kawan saya budak masscom so faham jer
      lagi pun diorang tahu saya blogger
      haha

      حذف
  14. الردود
    1. hehehe
      kalau ada ramai lagi yang datang...lagi meriah

      حذف
  15. ramadhan ni memang perfect utk buat reunion time berbuka.
    next is raya time.
    sillaturrahim jgn putus meskipun semua da berkeluarga dan berkerjaya.
    lebih kita perlukan satu sama lain. agar dpt bantu membantu.

    ردحذف
  16. Seronok reunion ni, tambah-tambah kalau dah lama x jumpa kawan.

    ردحذف
  17. Wah, bestnya dapat jumpa kawan-kawan lama...

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم