McDonald's Rio Burger

Assalammualaikum semua. Memandangkan dalam seminggu ini Hans asyik melantak lemang, biskut raya dan kek coklat jadi tiba-tiba tekak ini teringin pula nak merasa burger terbaru keluaran McDonald's iaitu McDonald's Burger Rio. Sebenarnya tak ada lah baru sangat pun sebab sebelum ini Burger Rio ini memang sudah diperkenalkan kepada penggemar burger di Malaysia pada tahun 2016 sempena Sukan Olimpik Rio di Brazil. Cuma pada masa tersebut Hans tidak terdetik hati nak cuba sebab terpengaruh dengan komen-komen yang mengatakan burger nih tak sedap. Hahaha!


Jadi, istimewanya untuk kali ini ialah Burger Rio bukan sekadar didatangkan dengan Burger Rio Daging sahaja tetapi turut memberi pilihan kepada pelanggan untuk mencuba Burger Rio Ayam. Harga untuk menu ini ialah RM14.95 untuk set lengkap yang didatangkan khas dengan kentang goreng serta pilihan minuman sama ada Coke McFreeze atau pun Fanta McFreeze. Kalau nak beli ala carte pula cuma bayar pada harga RM12.50.


Sudah menjadi kelaziman Hans untuk mewajibkan diri untuk ambil gambar kotak burger dulu sebelum makan. Walaupun sebenarnya Piala Dunia kini berlangsung di Rusia tetapi nak buat macam mana kan...sudah namanya pun Brazil Rio Burger jadi redha jer lah. Jadi,  seperti biasa mari Hans tunjukkan bagaimana rupa Burger Rio Daging yang berada di dalam kotak ini. 


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Tiba-tiba Hans rasa bersemangat pula bila buka kotak burger nih sebab rupa roti Burger Rio nih dah macam bola sepak. Hahaha! Cuma sayangnya Burger Rio ini tidak dibalut dengan kertas seperti Burger Nasi Lemak sebelum ini. Jadi, perlu lebih berhati-hati sewaktu makan supaya baju tidak comot. Hehehe. 


Proses bedah siasat berjalan seperti biasa apabila makan burger keluaran McDonald's ini. Sekali pandang nampak tiada apa yang lain pun. Ada daging lembu, hirisan sayur-sayuran seperti kobis dan lobak serta keju cheddar. Cuma menariknya ialah apabila burger ini menawarkan sos istimewa Rio yang menjadikan rasa burger ini lain dari yang lain.


Tudiaaaaaaaaaaaaaa!! Nampak tak? Hans sebagai penggemar sayur memang suka sangat lah bila sayur-sayuran diletakkan begitu banyak dekat burger nih di dalam keadaan yang rapi dan kemas. Menggeletar tangan masa nak ambil gambar nih sebab tak tahan rasa lapar melihat isi dalaman Burger Rio Daging nih. Hahaha!

.
Burger Rio Daging nih kalau anda perasan ada bijan warna hitam dan putih yang menjadikan roti tu nampak macam bola sepak. Memang menyelerakan betul lah. Jadi, apa tunggu lagi? Jom tengok Hans melantaks sebentar!


Alhamdulillah! Selesai berbuka dengan rasa kepuasan yang maksimum. Hahaha! Jadi, sewaktu gigitan pertama tu, memang Hans rasa Burger Rio ini ada kelainan yang sangat jelas dari segi rasa. Mana tak lainnya, tiba-tiba Hans terasa macam ada rasa kopi dalam burger nih. Tetapi, makin lama rasa kopi tu menjadi sebati dengan daging dan sayur-sayuran serta keju dan memberi satu rasa yang sangat sedap untuk tekak Hans. Dari segi kepedasan, Hans rasa biasa-biasa jer sebab Hans memang sejenis manusia yang suka makan pedas. Tak tahu lah kalau orang lain sebab ada yang kata pedas. Haha! Apa-apapun, serius memang Hans gembira menikmati Rio Burger nih.



Jadi, Hans sebenarnya agak menyesal bila teringatkan balik pada tahun 2016 di mana Hans terpengaruh dengan komen dan ulasan-ulasan segelintir pihak yang memberi komen tidak sedap terhadap Burger Rio ini. Alhamdulillah, McDonald's Malaysia masih sudi mengeluarkan Rio Burger ini dan sempat Hans merasa. Kalau tidak memang kempunan lah sebab terlepas merasa antara burger yang sedap dan unik rasanya yang dikeluarkan oleh pihak McDonald's. 



Jadi, kepada yang belum pernah makan lagi Burger Rio ini boleh lah pergi ke cawangan McDonalds berhampiran anda kerana menu ini dijual di dalam waktu yang terhad sahaja. Bagi Hans, Burger Rio Daging ini memang menepati citarasa Hans. Selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 4 / 5

P/S : NANTI HANS KONGSIKAN ULASAN TENTANG AISKRIM D24 MCFLURRY DURIAN PULA. HEHEHE!

34 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ada tgk buerger rio ni tp tk bli sbb bli durian mcflurry je aritu..nmpk roti bentuk ala2 bola tu menarik

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      semalam beli burger nih dengan durian mcflurry sekali

      حذف
  2. الردود
    1. betul tu...
      nanti ada duit lebih ingat nak beli lagi lah
      hahaha

      حذف
  3. haritu pun keluarsoalan yg sama jugak kenapa Rio bukannya Russia :P

    ردحذف
  4. Hurm... belum cuba lagi ni
    harap-harap sempatlah mencuba sebelum tamat promosi

    ردحذف
    الردود
    1. try lah sebelum tamat
      mana tahu sama selera
      hehe

      حذف
    2. dah try yang beef oklah Mrs. A suka cuma pedas dia tu ada lebih sikit dari burger hitam sebelum ni

      حذف
    3. burger hitam tu pun tak pedas lah
      hahaha

      حذف
  5. Nampak sedap lah burger ni. PH pun teruja nak try hee..hee...

    ردحذف
  6. Eh blm try lagi bege dgn eskrim baru mcD. Tgu keinginan mkn fast food dtg 😊😊

    ردحذف
    الردود
    1. heheheh
      kalau dah cuba jangan lupa kongsi pandangan dan citarasa tentang menu baru nih
      hehehe

      حذف
  7. nampak macam sedap, saya pun tak try lai burge ni. esok la nak gi cari. btw, tq for sharing

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      cari cepat sebelum terlepas
      untuk Hans memang nampak sedap dan rasa pun sedap
      hehe

      حذف
  8. Okay... balik kerja ni nak singgah McD laa... Beli Burger Rio ni...

    ردحذف
  9. best ni.Nak kena cari jugaklah satu. Tapi setiap kali ada menu terbaru,mesti tak sempat terjah..hukhukhuk..HARAap adalah rezeki nak merasa yang baru ni

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      Hans senang sebab mcd dekat dengan rumah dan tempat kerja

      حذف
  10. Happy eid mubarak!

    https://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html

    ردحذف
  11. Minggu ni ada jugak plan ke McD semata-mata teringin cuba burger Rio ni malangnya tak dapat sambutan dari gang lunch, mungkin this coming weekend baru cuba kot..

    Nampak menarik apatah lagi rate skala sedap Hans bagi 4/5, mesti sedap..

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      cuba lah makan
      mana tahu sama selera kita
      sebab sedap Hans bagi 4 tu
      hehe

      حذف
  12. Fuhh menyelerakan. Rasa macam nak makan sekarang jugakkk.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      makan lah sekarang sementara stok masih ada
      hehehe

      حذف
  13. Tak try lagi. Harap sedap sampai bila makan rasa nak berguling-guling macam Neymar

    ردحذف
  14. alah lapar pulak tengok mekdi ni. hahaa

    ردحذف
  15. smlm dah try beli yg beef , nasib baik sempat rasa lagi!hehee ingt kan dah habis ,seriusly mmg sedap cuma pedas dia lain mcm , walau pedas tetap rasa nk ngunyah jea , hans dah try ke mexicana burger yg baru ? kalau dah try , cuba review pulak

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم