Assalammualaikum semua. Pada 6 Julai 2018 yang lepas, Hans berjalan-jalan dekat IOI City Mall Puchong sebab nak cari beg clutch baru sebab yang lama tu dah macam azab sangat dah rupanya. Hahaha! Jadi, selepas dah selesai membeli dan penat tawaf satu pasaraya tu tiba-tiba Hans rasa teringin nak makan laksa.
Banyak kawan-kawan Hans yang bagitahu yang asam laksa dekat sini sedap. Jadi, persoalan utama sekali bila tengok sahaja nama restoran mestilah ramai yang bertanya makanan dekat sini halal atau tidak. Jadi, kepada yang mementingkan makanan halal tu, hangpa semua tidak perlu risau sebab Ah Cheng Laksa ini memang ada sijil halal dan boleh semak dekat laman web kalau ada yang masih was-was.
Rupa-rupanya Ah Cheng Laksa ini sudah wujud sejak tahun 1960 lagi. Jadi, sudah hampir 58 tahun restoran ini bertapak di Malaysia. Kalau dah lama macam itu masih lagi bertahan itu tandanya memang sedap lah. Jadi, kali ini Hans memang tekad nak makan asam laksa dekat sini. Pekerja restoran pula tanya Hans nak saiz biasa atau junior. Hans tanya lah pekerja tu balik apa beza antara kedua-duanya. Lepas tu dia tunjuk lah kalau saiz junior itu mangkuk laksanya kecil sahaja. Terus Hans cakap bagi yang saiz biasa sahaja sebab Hans lapar. Hahaha!
Lepas Hans bayar dekat kaunter, Hans pun terima lah benda di atas nih. Yang kelakar tu sebab dapat Alor Setar tu. Macam mana dia tahu Hans orang Aloq Setaq nih? Silap-silap semua sama jer. Hahaha! Jadi, bersabar lah sekejap Hans menunggu sambil cuci mata tengok keadaan sekeliling.
Kawasan tempat makan Ah Cheng Laksa di dalam IOI City Mall Puchong nih memang bersih dan cantik. Hans ada juga intai-intai tengok dapur sewaktu mula-mula sampai dekat sini dan memang tengok pun kemas dan bersih. Jadi, tak hairan lah kalau sijil kebersihan untuk premis ini sijil Gred A yang menandakan memang sangat bersih. Nak makan pun rasa berselera dan tak ada rasa risau takut balik rumah nanti cirit-birit ker apa.
Yehaaaaaaa!!! Sampai sudah asam laksa yang diidam-idamkan sejak beberapa minit tadi. Sekarang tiba masa untuk makan. Kalau hangpa nak datang makan dekat sini, petis udang dan cili api boleh ambil sendiri bersebelahan dengan kaunter pembayaran tadi. Alhamdulillah! Rasa asam laksa yang terdapat di Ah Cheng Laksa ini memang terbaik. Bagi Hans memang berbaloi lah makan sebab kuantiti pun banyak dan rasa kuahnya pun boleh layan. Isi ikan pun memang banyak dalam kuah dan rasa segar sangat. Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu kali ini :
SKALA SEDAP:
3.9 / 5
Kuantiti Makanan:
Sedang-Sedang Elok Untuk Perut Hans
Rasa:
Rasa:
Memang Boleh Tahan Sedap! Kuah Pekat Dengan Isi Ikan! Sayur-Sayur Pun Segar!
Servis:
Pantas
Kebersihan:
Sangat Bersih
Pantas
Kebersihan:
Sangat Bersih
Harga memang Hans dah lupa berapa sebab resit terbuang pula. Hahaha! Tetapi, kiranya tidak lah mahal dan bukan lah terlampau murah sangat. Harga normal makan makanan di pasaraya. Apa-apapun, bagi Hans memang sangat berbaloi dan disini bukan sekadar ada asam laksa sahaja tetapi ada pelbagai lagi menu-menu menarik yang pasti buat hangpa semua yang melihat akan tertelan air liur sebab memang semua menu dekat sini sedap-sedap belaka. Jadi, selamat mencuba dan rasai sendiri pengalaman makan di Ah Cheng Laksa ini.
P/S : BULAN NIH BULAN HARI LAHIR HANS. ADA SESIAPA NAK BAGI HANS HADIAH TAK? SILA PM HANS UNTUK HANS BAGI ALAMAT BAGI MEMUDAHKAN URUSAN PENGHANTARAN HADIAH. NAMPAK TAK HANS TAK PUTUS ASA BAGITAHU BENDA INI DI SETIAP ENTRY. HAHAHA!
Macam sedap je asam laksa ni..
ردحذفTerliur pulak tengok
hahaha...
حذفbagi Hans sedap masa makan tu
tak tahu lah lapar ke apa tapi habis lah kira sampai ke kuah
hahaha
Nampak sedap. Boleh gi try nanti. Tetiba lapar tetengah malam ni. Haha
ردحذفmemang sedap
حذفhahaha
tengok tengah-tengah malam nih memang mengundang rasa lapar
saya orang alor setar. dulu waktu bujang selalu makan laksa dekat star parade. laksa situ tokey cina, pekerja indon2 belaka. memang sedap lah situ. tapi bila dah kawen xbrani nak makan. kat situ tak der sijil halal hahahahah adehhh
ردحذفowh...kedai lain lah kut...hahaha
حذفkalau Ah Cheng Laksa nih ada sijil halal
jadi rasa selamat lah nak makan
hehe
Saja tau Hans ni. Ni yang perut kruk kruk mintak isi malam malam gini
ردحذفkahkahkah
حذفbukan selalu lapar tengah malam
okay lah tu...sarapan tadi mesti makan berselera jer
Favorite ai Ah Cheng Laksa ni.. Curry Laksa dia the best for me..
ردحذفowh ada kari laksa ke?
حذفingat mee kari jer ada
saya kari nih kalau dengan nasi suka lah
hahaha
Sedap nampaknya :)
ردحذفrasanya pun sedap bro
حذفcubalah rasa
mana tahu nanti jadi antara tempat makan kegemaran
hehehe
Dulu selalu juga makan. Skrg je dh kurang sebab ada gastrk.
ردحذفada gastrik tak boleh makan laksa ker sis?
حذفperghhh nasib Hans selamat lagi dari gastrik
laksa dah makanan kegemaran
hehehe
Banyaknya menu laksa dia, sedapnyaa..Sis pengemar laksa penang yumssss
ردحذفsaya suka laksa kedah
حذفtapi semua laksa pun saya makan jer
hehehe
ada kt area opis tp tk try lg
ردحذفnanti cuba lah try
حذفmana tahu kena dengan selera
hehe
Tq for sharing.. Nnt boleh try ni.. Nampak pun sedap..
ردحذفwelcome
حذفsaya memang suka kongsi
cuma lain orang lain citarasa
hehehe
perghhh.. sedap ni :)
ردحذفhahaha
حذفbagi Hans sedap lah untuk makan di luar
cuba lah EJulz
Kin pun pernah makan ni dekat cyberjaya. memang sedap. terangkat! org sentiasa ramai
ردحذفhehehe tu lah
حذفharga pun kira berpatutan lah juga
PH dah banyak kali makan asam laksa kat Ah Cheng Laksa. Boleh tahan sedap. Tapi makanan lain kat sana tu...err...tak berapa happening hee..hee...
ردحذفowh...mee kari dia pun tak best ek?
حذفkira laksa dia jer lah padu?
hehehe
Saya ada try ni di Sogo yang asam laksa tu rasanya
ردحذفada ker dekat Sogo?
حذفsaya jarang sangat ke sana
hehehe
Ughh buat tringat rasa asam laksa kat training centre aritok, mabeles! Sedap ni
ردحذفhahahaha
حذفsabar-sabar
Macam sedapppppp. Kena try ni!
ردحذفtry lah
حذفmana tahu kena dengan selera
hehe
wahhh...sedap pulak nampak laksa ni. kalau kak laili order yang saiz junior. 1 mangkuk asam laksa, 1 mangkuk curry laksa. dapat makan 2 heheheh
ردحذفkari laksa tak tau sedap ker tak
حذفhahaha
terbaik..
ردحذفtengok rupa dan pengaruh penulisan yang menggoda..
dah rasa teringin pulak nak mencuba..
keep it up bro..
kalau jumpa nanti silalah cuba
حذفhehehehe
Kira Ah Cheng Laksa ni laksa penang la kan?
ردحذفsebab ada petis udang tu kira laksa penang la tu
حذفhehe
Memang le sedap...dah tibai banyak kali laksa ah cheng nih...tapi ada perasan tak logo halal xde kat kedai tu...hmmm
ردحذفyups
حذفlama juga dah tak makan
cuma setakat nih bersangka baik jer lah.
haha
semalam baru makan Ah Cheng asam laksa di DPulze cyber.. sampai kering mangkuk kuahnya saya hirup.. memang sedap.
ردحذفpeminat laksa memang suka :)
حذفSokong #bmf
ردحذفNi terkini dpt dr wasap apa cer??
ردحذفAsslmkum...utk mklumn semua jemaah muslimin / muslimat agar dpt menasihati anak2 mereka dari memakan LAKSA AH CHENG..Premis kt ALLAMANDA Putrajaya
...ianya TIDAK HALAL..serta tiada logo Halal..apa yg menyakitkn hati kndungan laksa AhCheng ini mngandungi DARAH BABI..Ini diakui sendiri oleh tokeh Cina asal P.Pinang ini..ia akui perencah dicampor ke dlm kuah ini ada mngndungi " darah babi"..Tujuannya: laksa ini disediakan utk bukan Islam..terutama kaum Cina yg minat kuah laksa. Dia akui laksa ini bukan utk orng Melayu (Islam) khusususnya!. Ini pengakuan ikhlas dari pemilik AhCheng Laksa. Cuma yg herannya Melayu pulk yg kebulor makan laksa ini..90% yg msuk kesini ialah Melayu.
Sekian..moga dpt tlong viralkan.tq
Kena rajin membaca Cik Anis oit.
حذفJangan baca benda yang orang tulis sebelah pihak jer.
Cuba cari pula jawapan balas dari pihak Ah Cheng Laksa.
Nombor sijil halal dari Jakim pun ada.
Lepas tu sila-sila buat semakan dengan Jakim pula.
Orang kita nih asal ada jer orang buat status panjang2 sikit tulis haram lah apa lah terus percaya bulat-bulat.
Halal hub Jakim mention USJ1 saja yg halal. Yg lain belum apply.
حذفhttps://m.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636/1409103762582226/?type=3
thanks for info :)
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com