Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 - Part 2

Hari kedua program Media Challenge 2.0 anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia bermula dengan sarapan pagi di Treasure Hotels & Suites Melaka. Makanan disini sedap-sedap tetapi masa hari kedua ini tak sempat nak ambil gambar sebab Hans teruja nak naik ke bahagian atas hotel untuk ambil gambar. Hahaha!
Memang cantik sangat gambar yang diambil daripada bahagian atas hotel. Sebenarnya ada banyak lagi gambar sekitar dan dalaman hotel yang Hans ambil tetapi nanti Hans kongsikan dalam artikel khas untuk hotel.
Saja Abang Hans cuba selfie depan cermin bilik. Nasib teman sebilik tak ada masa ini. Kalau dia ada memang Hans tak ambil lah. Hahaha!
Baiklah! Jadi destinasi seterusnya di hari kedua ini ialah melawat Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Sedikit info berkaitan muzium ini. Ia dibina berdasarkan 'Sejarah Melayu' yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Selain daripada reka bentuk bangunan, pelbagai ukiran dan susun aturnya, pelawat berpeluang menambah pengetahuan berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama Balairong Seni, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan. Pelbagai model istana Melayu turut dipersembahkan di samping peragaan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.
Kalau dilihat pada tentatif program akan ada cabaran berkumpulan seterusnya di kawasan muzium ini tetapi sebelum itu kesemua peserta berpeluang menyaksikan dahulu persembahan silat sebelum melakukan aktiviti berkumpulan seterusnya.
Persembahan silat ini dilakukan oleh Persatuan Cahaya D'elima Perzim yang diiringi dengan persembahan Gamelan atau nama lainnya Barongan. Memang seronok tengok semua peringkat usia bersilat depan mata dengan pelbagai gaya tersendiri
Sempat lagi kumpulan Hans mengambil kesempatan bergambar dengan ahli kumpulan Persatuan Cahaya D'elima Perzim ini. Bukan selalu ada peluang nak bergambar macam nih.
Nak dijadikan cerita tiba-tiba mereka minta empat orang peserta untuk menyertai mereka bersilat. Baiklah! Peluang keemasan seperti ini jangan ditolak. Sudah tiba masanya untuk Hans melarikan diri. Hahaha! Pada masa inilah Hans lebih mengenali seorang blogger bernama Marc yang sangat riuh-rendah mulutnya seperti Chef Wan sebab dia suruh Hans cuba tetapi Hans tak mahu. Akhirnya, dia sendiri yang bertuah terpilih untuk melakukan demonstrasi bersilat. Hehehe! 
Jadi, selepas empat orang peserta telah dipilih dan Hans kembali berani untuk tampil ke depan untuk mengambil gambar. Hahaha! Memang rasa lega weh! Kalau tidak matilah nak nak melompat lah terbang lah dengan seluar jeans pula tu. Hahaha!
Saja buat time lapse video tetapi sebab tak ada tripod tambahan pula tangan memang jenis ala-ala parkinson sedikit memang tak berapa cantik sangat lah video ini. Tetapi, boleh lah dari tak ada kan? Hehehe!
Apa-apapun, Hans teringat si Marc ada mengatakan satu ayat kepada seorang peserta yang bagi Hans memang sangat tepat dan bermakna. Dia kata,"Saya kalau tak tahu buat pun tak apa maaa sebab saya Cina. Awak Melayu kalau tak tahu silat...payah lorrr!" Lebih kurang macam tu lah. Hahaha! Hakikatnya memang betul pun sebab silat sebenarnya merupakan khazanah orang Melayu yang wajib dipelihara zaman berzaman.
Memandangkan Hans mempunyai darah seni daripada Bollywood jadi saja lah suruh abang nih ajar main alat muzik ini. Payah juga rupa-rupanya nak main. Tengok dari jauh nampak macam senang sahaja. Cuma ketuk-ketuk tetapi sebenarnya kena tahu rentak dan irama lagu baru boleh ketuk dengan betul. Apa-apapun, satu percubaan yang menarik untuk Hans sebab tak pernah main alat muzik ini.
Sekarang tiba waktu yang dinanti-nantikan iaitu Cabaran Media yang seterusnya di dalam Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Kami semua dibawa ke balairong seni untuk mendengar taklimat dan penerangan ringkas berkenaan muzium ini terlebih dahulu. 
Melalui penerangan yang diberikan, Hans dengan gembiranya nak berkongsi dengan semua pembaca beberapa info menarik berkenaan senibina istana ini. Istana ini  dibina menggunakan pelbagai jenis kayu dan 80 peratus daripada keseluruhan istana ini diperbuat daripada kayu. Kayu cengal untuk tiang, tiang seri dan alang. Kayu resak pula digunakan untuk lantai dan dinding. Manakala kayu berlian pula digunakan untuk atap. Baki 20 peratus bahagian lagi menggunakan batu alas dan cermin berwarna.
Seronoknya kawasan Balairong Seri ini sepatutnya tidak boleh dimasuki oleh pengunjung tetapi keistimewaan diberikan kepada semua peserta dimana kami semua dibenarkan masuk, bergambar dan belajar cara merafak sembah kepada sultan.
Tetapi, pegawai muzium sudah memberi amaran bahawa kami tidak dibenarkan untuk bergambar di sebelah model Sultan itu. Jarak paling dekat sekali seperti gambar Hans di bawah ini.
Nasiblah model Sultan sahaja. Kalau betul itu Sultan Melaka alamatnya kena buang negeri lah hamba ini kerana duduk tidak sopan membelakangi Sultan. Ampun tuanku!
Balairong Seni ini sebenarnya merupakan kawasan Sultan bermesyuarat bersama para pembesar. Dan para pembesar ini pula mempunyai empat lapisan. Andai Sultan tiada di Melaka pada ketika itu maka Bendahara akan mengambil alih tugas Sultan untuk menjaga Melaka. 
Akhirnya tiba juga kepada cabaran ketiga Media Challenge 2.0 yang dinanti-nanti selama ini. Kali ini terdapat dua cabaran yang diberikan iaitu :

Cabaran Pertama : Menjawab soalan kuiz dan pembayangnya terdapat di dalam muzium ini.

Cabaran Kedua : Bermain tiga permainan tradisional

Biasalah menjawab kuiz sememangnya agak mencabar apabila tidak berjumpa dengan jawapan kepada soalan. Alhamdulillah akhirnya selesai juga menjawab dan seterusnya berkejar menyelesaikan tugas kedua bermain permainan tradisional yang dimulakan dengan permainan congkak. Lama betul Hans tak main congkak dan seingat Hans masa main dulu memang banyak betul versi permainannya. Hahaha! Kemudian  main permainan baling selipar ke arah susunan tin dimana Hans berjaya memastikan tin tersebut langsung tidak jatuh kerana entah kemana lah selipar yang Hans baling tu. Dan permainan seterusnya ialah menimbang bulu ayam ker bulu tangkis ker apa entah nama permainannya. Dan sekali lagi Hans gagal menimbang sebanyak tiga kali seperti yang disyaratkan sebab dapat timbang dua kali sahaja. Hans bukan orang sukan! Hahaha! 
Bergambar sekejap dengan abang ini sebab banyak benda yang dia kongsikan dan siap ajar Hans main peralatan muzik tradisional lagi. Ada rezeki berjumpa lagi yer.
Berakhir sudah cabaran di Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan seperti biasa salah satu tips bergambar yang Hans nak kongsikan ialah kalau tidak dapat bergambar di bahagian tengah, pastikan posisi kedudukan anda berdekatan dengan kain rentang bagi menyelamatkan wajah anda daripada disunting keluar daripada gambar. Hahaha!
Selamat tinggal Muzium Kesultanan Melayu Melaka yang sangat cantik dan tinggi nilai seni ukuran tradisionalnya. Kepada yang masih belum pernah datang ke muzium ini sila pastikan anda singgah melawat jika datang ke negeri Melaka. Rugi kalau tak datang sebab inilah harta khazanah budaya kita. Orang dari negara luar berebut-rebut datang tetapi sayanglah kalau kita sendiri yang merupakan rakyat Malaysia tidak datang kesini.
Jadi, cabaran seterusnya yang juga merupakan cabaran akhir kepada semua peserta pula berlangsung di Muzium Seni Bina Malaysia. Jadi, Hans kongsikan secara ringkas info berkaitan muzium ini yang dibuka kepada orang ramai bermula pada bulan September 2005. Tujuan utamanya adalah untuk mempamerkan keunikan warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Dan bangunan muzium ini sendiri sebenarnya merupakan sebuah bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke-18 oleh pemerintah Belanda untuk menempatkan pegawai-pegawainya disini.
Kemudian, bangunan ini dijadikan pejabat pentadbiran semasa pentadbiran Inggeris sebelum diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk dijadikan muzium sekitar tahun 2000 untuk memberi sedikit gambaran mengenai keunikan, keistimewaa dan ketinggian mutu warisan seni bina yang terdapat di Malaysia kepada masyarakat tempatan dan luar negara.
Jadi, Hans dan rakan-rakan media yang lain menerima sedikit taklimat ringkas serta cabaran terakhir kami pada hari ini dimana kami diberi soalan untuk dijawab. Pembayang kepada jawapan soalan ada di dalam sekitar muzium ini. Setelah selesai menjawab, setiap kumpulan diminta wifi bersama di suatu tempat yang disediakan.
Jadi, kumpulan Cool membahagikan setiap ahli peserta dengan satu soalan untuk diselesaikan dengan secepat mungkin. Alhamdulillah Hans berjaya menyelesaikan soalan yang diterima dengan cepat dan mudah dimana jawapan untuk soalan Hans ialah Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Kemudian Hans membantu rakan kumpulan untuk menyelesaikan soalan terakhir yang sangat mencabar iaitu berkaitan Singgora. Memang rasa tertekan betul nak cari jawapan untuk soalan ini tetapi akhirnya alhamdulillah bertemu juga dengan jawapan yang dicari. Mesti para pembaca yang membaca sekarang ini pun tak tahu kan apa sebenarnya Singgora tu? Sila google untuk maklumat lanjut. Hehehe!
Berakhir sudah cabaran terakhir di Muzium Seni Bina Malaysia dan seperti biasa satu lagi tips bergambar yang Hans nak kongsikan ialah kalau nak bergambar pastikan jangan bergambar di bahagian belakang. Ibarat melakukan kerja sia-sia berdiri di belakang jika wajah anda tidak kelihatan di dalam gambar. Jadi, pastikan posisi kedudukan anda berada di hadapan kain rentang jika anda berada di situasi seperti ini. Hahaha!
Walawehhhhh!!! Perut pun dah mula menari mengikut irama muzik metal. Jadi, kami semua dibawa ke Restoran Lot Lapan Lima untuk menikmati makanan tengahari. Lapaq bak hang!
Ada pelbagai lagi menu yang tak sempat nak ambil gambar sebab masa tu memang fokus nak melahap sahaja apa yang ada depan mata. Selain asam pedas ikan jenahak dan ayam goreng berempah, ada lagi pelbagai menu lain yang dihidangkan kepada kami semua seperti telur dadar, sayur campur, sambal sotong dan aneka buah-buahan yang dipotong dadu. Memang padu bak hang!
Inilah antara wajah-wajah manusia yang kegembiraan apabila perut telah terisi kekenyangan. Jadi, selepas makan tengahari maka kami pun dibawa pulang ke hotel untuk berehat memandangkan aktiviti seterusnya untuk melawat Encore Melaka bermula pada pukul 6.00 petang. Jadi, ada empat jam masa berehat yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Tengah duduk bersantai-santai di dalam bilik tiba-tiba mesej berdentam-dentum naik di whatsapps kumpulan Media Challenge 2.0 ini. Adalah hamba Allah ini kongsikan gambar depa melantak cendol durian depan hotel ini. Hans sebagai peminat makanan mana boleh tahan dengan dugaan duniawi seperti ini. Nak dijadikan cerita blogger Farah pula tanya siapa nak ikut makan cendol dengan dia. Hans pun memang terus okay sahaja lah. Siap letak waktu lagi pukul 3.30 petang. Hans ajak teman sebilik si Syafiq Redha pergi tetapi dia telah pun selamat berdengkur dengan rakusnya di atas tilam hotel yang empuk tu. Hans ajak si Otto dengan Marc untuk ikut serta sekali dan kedua-duanya okay sebelum Marc pun mengikut jejak langkah si Syafiq menuju ke alam yang lain.
Jadi, permulaannya yang menyertai trip makan cendol depan hotel ini cuma tiga orang sahaja iaitu Hans, Otto dan Farah sebelum disertai oleh Wendy, Ieejust dan Akak Rosmawati @ Mama Ble @ Acik selepas kami bertiga berjaya menjejaki kedai cendol tersebut. Nak dijadikan cerita pula blogger Dboy 'merajuk' sebab tak ajak dia makan cendol. Rupa-rupanya dia ada whatsapps suruh ajak tetapi Hans pula terlupa buka data internet! Hahaha!
Mencari cendol ini memang cukup sukar sekali sebab siapa sangka cendol ini berada di dalam kedai yang menjual barang makanan dan oleh-ole dari negeri Melaka. Memang ramai yang terkejut dan tak sangka makan cendol dekat dalam kedai ini. Ditambah pula dengan tuan kedai yang berwajah singa dan bersuara garang bertanyakan nak makan cendol biasa atau cendol durian sememangnya merupakan satu pengalaman yang terlalu luar biasa. Hahaha!
Alhamdulillah! Dengan bayaran sebanyak RM8 untuk semangkuk cendol durian, kami semua berjaya menghabiskan cendol ini dengan perasaan gembira diselangi oleh gelak ketawa mengenangkan wajah dan nada suara pemilik kedai yang memang menggerunkan.
Destinasi seterusnya ialah Encore Melaka yang merupakan salah satu daya tarikan pelancongan terbaru yang berada di negeri Melaka. Nak dijadikan cerita, kami terpaksa menanti hampir 30 minit kerana terperangkap di dalam sekatan pegawai JPJ sebelum tiba di bangunan yang cukup unik reka bentuknya ini. Kalau diikutkan jarak Encore Melaka ini dengan hotel memang tak jauh mana pun sebenarnya. Bangunan Encore Melaka ini memang berhadapan dengan laut dan waktu Hans disini memang angin dari laut betul-betul kuat. Jadi, peringatan kepada pemakai rambut palsu, sila berhati-hati jika tidak mahu identiti anda dikenali ramai. Haha!
Para peserta diminta untuk masuk ke dalam bagi mendengar taklimat berkenaan Encore Melaka serta projek-projek yang berada di sekelilingnya yang masih di dalam pembinaan. Hans sangat tertarik dengan replika projek sekitar kawasan Encore Melaka ini yang bagi Hans sangat cantik dan unik. Seronoknya kalau Hans jadi jutawan. Memang pasti Hans beli rumah dekat kawasan sini. 
Sebelum mendengar taklimat, setiap peserta berkesempatan menikmati makan malam dimana semua juadah ini disediakan oleh The Pines Hotel Melaka. Memang sedap-sedap makanan yang dihidangkan. Dan kalau anda perasan tentang gambar mee di atas yang berwarna hitam itu, mee itu dibuat dengan menggunakan dakwat sotong sebagai salah satu bahannya. Disebabkan itu warna mee tersebut menjadi hitam. Selepas makan, kami pun mendengar taklimat tentang Encore Melaka dan pelbagai lagi projek-projek yang bakal dibangunkan disekitarnya.
Cantik betul bangunan Encore Melaka ini apabila diwaktu malam. Kalau anda perasan lampu-lampu led yang berada di dinding bangunan sebenarnya ada yang melambangkan air laut dan ada yang melambangkan awan yang bergerak. Memang unik!
Sebagai salah seorang manusia yang meminati filem, teater dan apa-apa yang berkaitan dengan seni pementasan, peluang dapat menonton persembahan Encore Melaka Impression Series sememangnya merupakan saat yang amat Hans nanti-nantikan sepanjang program ini berlangsung.
Alhamdulillah rezeki dapat menonton secara percuma. Kalau ada antara anda yang berminat untuk menonton persembahan di Encore Melaka, harga tiket standard ialah RM128 manakala harga tiket premium pula bernilai RM228. Memang harga agak mahal tetapi sebenarnya berbaloi dengan teknologi yang digunakan serta keselesaan yang anda rasa ketika menonton persembahan disini.
Alhamdulillah! Terima kasih kepada pemilik gambar ini kerana berjaya merakam wajah kacak peserta-peserta lelaki di barisan belakang tersebut. Hahaha! Untuk pengetahuan semua, salah satu keistimewaan Encore Melaka ini ialah tempat penduduk penonton sebenarnya berputar 360 darjah dan ini sememangnya menjadi salah satu daya tarikan buat sesiapa sahaja yang berpeluang datang dan duduk di kerusi penonton ini.
Jadi, pementasan disini mempunyai tujuh jenis cerita. Memandangkan Hans ini kaki wayang jadi Hans memang sudah terbawa-bawalah dengan larangan di dalam mengambil gambar atau merakam sebarang tayangan. Rupa-rupanya bersepah manusia-manusia yang mengambil gambar dan merakam setiap kisah yang dipersembahkan. Jadi kisah pertama bertajuk Parameswara dan kisah kedua pula diberi nama Cheng Ho memang Hans tak sempatlah nak rakam.
Kisah ketiga pula berjudul Nyonya & Wedding dimana untuk kisah ini memang menarik dan berjaya menyegarkan mata Hans untuk lebih fokus kepada persembahan mereka. Hahaha! Memang terbaiklah! 
Kisah seterusnya berjudul Six Mothers. Hans sebenarnya sampai sekarang masih musykil tentang kaitan kisah ini dengan Melaka tetapi Hans sukakan pementasan ini disebabkan ia berhubung kait dengan hubungan ibu dan anak. Boleh pula Hans bergenang air mata tengok kisah ini. Hati tisu betul lah! Hahaha!

Kisah seterusnya pula berjudul Pregnant Mothers. Hans tidak berminat dengan kisahnya tetapi sukakan teknologi pencahayaan serta penggunaan air yang sangat menarik dan membuatkan Hans rasa teruja menyaksikan setiap pergerakan pelakon-pelakonnya. 
Kisah seterusnya pula berjudul Wau dan menjadi buah mulut di kalangan kami kenapa Wau dikaitkan dengan Melaka sedangkan Wau sebenarnya berasal daripada pantai timur. Tetapi, kami layankan sahaja persembahan kisah tersebut. 
Akhirnya tiba lah ke persembahan terakhir yang begitu berwarna-warni dan sangat meriah. Hans sukakan pencahayaan pementasan Encore Melaka untuk kisah terakhir ini. Jadi, secara keseluruhan Hans memang berpuas hati dengan teknologi yang digunakan dimana kadang-kadang Hans keliru juga sama ada tempat duduk penonton yang berpusing atau pentas yang berpusing. Teknologi pementasan juga sangat moden dan menarik. Cuma kisah-kisah yang dipersembahkan ini masih belum cukup kuat untuk meninggalkan impak kepada Hans. Ada dalam tiga atau empat kisah sahaja yang menarik dan selebihnya seperti tiada kesinambungan dengan sejarah Melaka. Bagaimanapun, bakat-bakat dan tenaga yang menjayakan kesemua tujuh kisah ini memang sangat bagus, berkualiti dan berbakat. Tahniah kepada semua tenaga kerja yang berjaya menghiburkan kami selama 1 jam 10 minit. 
Seperti biasa sebelum pulang ke hotel, semua peserta bergambar bersama tenaga kerja dan penghibur yang terlibat di dalam pementasan Encore Melaka sebentar tadi. Asal posisi Hans kelihatan aneh pula ini. Aduhai! Hahaha!
Malam masih muda katanya. Jadi, Hans mengambil keputusan untuk menyertai blogger Dboy, Hakmal Rabah, Wendy Pua dan Mama Ble @ Acik untuk bersantai-santai sambil menikmati juadah makanan lewat malam di kawasan berhampiran hotel. Jadi, berakhir sudah aktiviti di hari kedua program Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 ini. Nantikan bahagian terakhir pada kisah yang seterusnya.


P/S : Semakin Panjang Pula Hans Menaip Nih! Kalau Hangpa Semua Tak Larat Baca Tu Hans Maafkan Lah Buat Sementara Waktu! Hahaha!

18 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Adeh! memang panjang betul la tak habis baca lagi nanti datang semula...

    Dah lama tak pergi muzium ni, last pergi pun berbelas tahun yang lalu kot time tu kerja temporary kat Parkson Grand Mahkota Parade sementara tunggu results SPM huhuhuhu..

    Baguslah tips bergambar beramai-ramai tu nanti boleh praktikkan hahahaha...

    ردحذف
    الردود
    1. tak ada panjang pun sebenarnya tetapi padat...hehehe
      Nanti sambung baca semula

      حذف
  2. salam..hi hans..
    wahh pnjang ceritanya ni..hhe

    anyway yaya bw sini.. =)

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      itulah panjang kan
      sebab menaip gaya bercerita
      tu jadi panjang tu
      hehehe

      حذف
  3. teruja tengok makanan tu hans...

    ردحذف
    الردود
    1. makanan yang mana satu?
      hari kedua banyak betul makanan
      hahaha

      حذف
  4. Haa...enjoy baca sampai hbs..mmg seronok joint trip mcam ni byk pengalaman yg kita dpt,blh dpt kwn baru,dpt kenal dgn top2 blogger yg friendly and Firstly dpt mkn sedap2😊

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe betul-betul
      itulah kalau ada rezeki dapat join lagi program macam nih waktu dapat cuti memang best lah

      حذف
  5. الردود
    1. hehehe alhamdulillah memang meriah
      banyak penglipur lara di kala tengah kebosanan
      hehehe

      حذف
  6. Meriah juga tgk tmpat2 yg Saudara lawati. Semoga lepas ni ada kesemptan. Btw kalau tak nak kulit breakout boleh baca ni http://diarianggun.blogspot.com/2018/07/3-tips-pilih-serum-wajah-yang-sesuai_25.html?m=1

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah memang semua tempat meriah dan menarik
      kena pergi ramai-ramai baru rasa seronok

      حذف
  7. Kali terakhir ke Melaka hujung tahun 2016 tak sempat ke Muzium tu dah tutup.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم