Assalammualaikum semua. Baru-baru ini pihak pengurusan KFC Malaysia telah melancarkan sebuah menu terbaru mereka kepada para penggemar makanan segera KFC iaitu KFC Crispy Tenders Dunk And Dip yang memberi peluang kepada penggemar Crispy Tenders untuk menikmati hidangan tersebut dengan cara yang unik iaitu celup dan cicah sebelum dimakan.
Melihat kepada promosi iklan yang dilakukan oleh pihak KFC telah berjaya membangkitkan selera Hans maka Hans mengambil keputusan untuk mencuba menu KFC Dunk And Dip (Combo B) yang berharga RM17.90 yang didatangkan khas dengan 3 keping crispy tenders, 1 bekas kecil sos masam BBQ, 1 bekas kecil bertih krup-krup, 2 ketul ayam, 1 bekas kecil coleslaw, 1 bekas kecil kentang putar serta secawan minuman teh limau ais. Kepada yang berminat untuk membeli secara ala carte pula, harga menu ini cuma RM6.90 sahaja.
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah rupa sebenar KFC Dunk And Dip yang diperoleh oleh Hans. Nampak macam penuh pula pinggan kali ini. Jadi, mari kita bedah siasat dulu apakah intipati yang terdapat di dalam bekas-bekas plastik kecil itu!
KFC Dunk And Dip kali ini menampilkan sos masam BBQ dan bertih krup-krup rangup yang digunakan untuk mencelup dan mencicah crispy tenders tersebut sebelum dimakan kerana dikatakan gabungan perisa dan tekstur antara kedua-dua bahan ini akan menjadikan KFC Dunk And Dip salah satu menu yang pasti akan diingati oleh para penggemar KFC.
Jadi dah tiba masa untuk menjamu selera. Apa-apapun bekas berisi sos masam BBQ dengan bertih krup krup rangup tu kecil sahaja. Bersesuaian lah dengan kuantiti tiga keping Crispy Tenders yang diberi kepada kita di dalam setiap set yang dijual.
Jadi, sedap atau tidak menu terbaru ini? Pada pandangan dan pengalaman Hans sendiri menikmati menu KFC Dunk And Dip ini, awal-awal sewaktu makan tu memang rasa macam unik sikit dan agak sedap lah. Tetapi, lama kelamaan rasa menu ini seakan-akan semakin pelik pula di lidah. Sos masam BBQ tu tak pula rasa masam tapi rasa masin adalah. Macam rasa sos ikan pun ada. Macam rasa ubat sirap pun ada, Hahaha! Nasib tiga keping jer crispy tenders tu jadi dapat lah Hans habiskan. Bertih krup krup rangup itu pula bagi Hans agak sedap dan layan juga lah.
Nasib lah Combo B yang Hans beli nih ada dua ketul ayam spicy serta coleslaw dan kentang putar ibarat macam Hans makan snack plate KFC. Kalau tidak memang Hans rasa rugi sangat beli set Combo B KFC Dunk And Dip ini. Memang nampak licin sahaja kan apabila tengok gambar di atas. Tetapi, jujur Hans cakap menu KFC Dunk And Dip ini mengecewakan Hans. Harga pun mahal jadi habiskan sahaja lah sampai licin supaya tak adalah rasa ralat sangat walaupun hakikat sebenar memang tidak berbaloi membeli set menu terbaru ini. Tetapo, terpulang juga kepada selera masing-masing sebab ada yang kata sedap. Ada yang kata biasa-biasa sahaja. Dan ada juga yang bersetuju dengan pendapat Hans tentang menu kali ini.
Dengan harga RM17.90, anda boleh menikmati hidangan menu terbaru KFC Dunk And Dip ini di semua cawangan KFC berdekatan rumah dan tempat kerja anda sementara stok masih ada. Jadi, jika anda berani mengambil risiko untuk menikmati, merasa dan menilai sendiri menu terbaru KFC ini, Hans dengan sukacitanya mengucapkan selamat menjamu selera dan selamat mencuba KFC Dunk And Dip!
SKALA SEDAP : 2 / 5
P/S : PANDANGAN SKALA SEDAP ADALAH BERDASARKAN CITARASA LIDAH HANS SENDIRI. JADI, MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYUKAI DAN MUNGKIN ADA YANG SEPENDAPAT DENGAN HANS. DISARANKAN CUBA DAHULU DAN NILAIKAN SENDIRI :)
emm.. pada saya trlampau biasa.. hee~ tetap lah makan yang original recipe..
ردحذفoriginal juga yang sedap kan
حذفhehehe
Owh ada yang baru ya...kak PC biasa kalau nak mencuba tunggu review adik-adik sepupu..mereka rajin dan cepat mencuba..hehe..biasanya kalau mereka kata ok..ha oklah tu untuk kami cuba..kalau tak memang kami tak cuba..bab citarasa majoriti kami hampir sama...
ردحذفdepa kata sedap ka tidak?
حذفhehehe
sedapnyaa! btw saya follow sini #3800
ردحذفhttps://sayesyadiya.blogspot.com
sedap ke?
حذفbolehla saya cuba lepas ni
ردحذفjangan menyesal
حذفhehe
KFC punya menu baru biasanya rasa hampir samaa
ردحذفyups
حذفtapi yang ni rasa tak sama sebab ada sos smokey tu
hahaha
asal kuar iklan ni si aiyan sibuk suh papa nya beli.... tp akak kata nnti dulu... lps baca review hans ni... mungkin akak prefer amik ayam spicy je kot ngn set biasa.... atau amik set ni tanpa mkn sos nya.... si aiyan suka crispy tender sbb senang nk mkn tanpa tulang
ردحذفyups senang makan sebab tak ada tulang
حذفhehehe cuba lah makan
mana tau kena dengan selera
Bg miera, biasa je.. tak sedap pun sos tu. hehe
ردحذفhahaha
حذفtahu tak apa
rabia tak makan lagi menu kfc yg baru ni.
ردحذفtak makan pun tak apa rabia
حذفhahaha
saya memang suka gila chicken tender tu. kalau pegi kfc mmg tak akan order lain dah. tp dunk and dip ni blum pernah cuba
ردحذفsila cuba dan kemungkinan anda menyesal ialah 90%
حذفhahaha
esok nakpi makan KFC tapi rasanya nak amek spicy yang biasa je hahaha..
ردحذفambil spicy biasa jer
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com