McDonald's Big Beefy Bites

Assalammualaikum semua. Baru-baru ini Hans terpandang papan iklan besar di McDonald's cawangan Seri Kembangan tentang burger baru  iaitu Big Beefy Bites dimana ada empat jenis burger yang ditawarkan kepada pelanggan McD iaitu Big Mac, Mega Mac, Triple Cheeseburger dan Double Cheeseburger. 


Jadi, apa pula kelainan dan keistimewaan McDonald's Big Beefy Bites kali ini? Untuk menu kali ini ia menampilkan kepingan daging lembu istimewa yang dihiasi dengan keju, salad, bawang dan timun jeruk segar. Lebih mengasyikkan lagi apaibila burger ini turut didatangkan dengan sos khas menjadikan rasanya yang enak dan menjanjikan pengalaman yang menarik buat si pemakan burger ini. 


Memandangkan Hans sangat lapar pada waktu tersebut, jadi Hans memesan Mega Mac dengan harapan kotak burger yang akan muncul di depan Hans sebesar mangkuk tingkat. Hahaha! Tetapi, kotak yang hadir bersaiz comel sahaja.



Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Inilah rupa bentuk burger Mega Mac yang dipesan oleh Hans. Nampaknya, berdasarkan wajah tiada sebarang kelainan dengan burger biasa. Tidak seperti burger keluaran McD sebelum ini yang mempunyai pelbagai corak pada permukan rotinya, rupa burger kali ini memang tidak memberikan sebarang rasa kagum atau teruja untuk Hans.


Mari Hans bongkarkan kepingan daging lembu yang berjumlah empat keping yang diapit oleh roti yang gebu ini. Memang jumlahnya empat kepingan daging lembu tetapi dagingnya tidaklah terlalu pejal atau besar. Jadi, saiz kepingan daging ini ibarat tiga keping daging yang boleh dijumpai pada burger-burger biasa yang lain sahaja.


Tetapi, melihatkan kepada persembahan makanan dengan warna sos yang menarik, diserikan dengan warna hijau salad yang segar serta kepingan daging lembu yang agak juicy memang berjaya juga membangkitkan selera Hans untuk segera menggigit Mega Mac ini secepat mungkin.

.
Alhamdulillah! Selesai sudah Hans menjamah McDonald's Mega Mac yang merupakan salah satu jenis burger yang ditawarkan di dalam koleksi Big Beefy Bites kali iniPada pandangan Hans, keistimewaan burger Mega Mac ini datang daripada sos istimewanya serta keenakan daging lembu yanng menjadikan kombinasi kali menarik dan kena dengan selara Hans. Tetapi, saiz burger ini bagi Hans masih seperti burger biasa dan ketebalan kepingan daging lembu di dalam burger ini juga tidaklah setebal dan sepejal mana. Namun, syukur rasa dagingnya sangat-sangat membantu membuatkan Hans puas menikmati Mega Mac ini.



Jadi, harga untuk menu McDonald's Mega Mac ini ialah RM16.00 untuk set medium yang didatangkan khas dengan coleslaw serta minuman ringan. Secara peribadi, Hans berasa agak berpuas hati juga dengan rasa menu kali ini.



Jadi, kepada yang belum mencuba, silalah pergi ke cawangan McDonalds berhampiran dan cuba rasai sendiri pengalaman makan Burger Mega Mac atau tiga lagi burger yang tersenarai di dalam Big Beefy Bites ini. Selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 3.7 / 5


P/S : Hans Tak Sabar Menanti Jemputan Makan-Makan Daripada Hotel, Restoran Dan Cafe Selepas Ini! Hehehe!

12 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم