Burger King Ayam Tandoori Burger

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi ulasan Hans tentang menu terbaru Burger King iaitu Ayam Tandoori Burger yang berharga RM13.80 dan didatangkan khas dengan set kentang goreng serta minuman ringan. Melihat kepada iklan memang nampak menyelerakan dengan warna ayam tandoori yang kemerah-merahan tersebut.



Hans sebenarnya membayangkan set Ayam Tandoori Burger ini datang dengan kotak burger yang cantik seperti mana yang dapat dilihat kepada pesaing-pesaing Burger King yang lain seperti McDonalds dan Marrybrown namun sayangnya hanya menerima burger yang dibalut biasa sahaja. Tetapi, tidak ada masalah kerana makanan yang hendak dimakan ialah burger dan bukan kotaknya. Hahaha!


Jadi, inilah set Ayam Tandoori Burger yang telah diterima dengan Hans sewaktu menikmati menu baru ini di cawangan Burger King di Amerin Mall yang terletak di Seri Kembangan.



Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Inilah rupa bentuk roti Ayam Tandoori Burger yang dipesan oleh Hans di Burger King. Nampaknya seperti biasa sahaja kan? Hehehe! Jadi, mari kita lihat rupa bentuk burger ini daripada pandangan sisi.


Setakat ini nampak tidak ada apa yang istimewa sangat pada wajah dan isi dalaman Ayam Tandoori Burger ini. Jadi, mari kita selongkor pula apa yang terkandung dibahagian tengah roti burger ini.


Ayam Tandoori Burger daripada Burger King ini mempunyai daging ayam tandoori, sehiris tomati, salad serta mayonis. Memang tidak ada apa-apa yang membuatkan Hans berasa teruja. Jadi, tiba masanya untuk melantak bagi mengisi perut yang kelaparan. Hehehe!



Alhamdulillah Hans sudah selesai makan. Seperti namanya maka rasanya pun sama seperti mana rasa ayam tandoori yang boleh dimakan di kedai mamak. Jadi, bagi Hans  harga untuk menu Ayam Tandoori Burger yang berharga RM14.00 ini sebenarnya seperti tidak berbaloi sangat. Boleh dimakan dan rasa sedapnya sama seperti ayam tandoori tetapi jika anda mencari kelainan di dalam menu terbaru Burger King ini, rasa-rasanya boleh lupakan kerana tiada kelainan yang mampu membuatkan anda rasa teruja saat menggigit Ayam Tandoori Burger ini.



Jadi, kepada yang belum mencuba dan ingin mencuba, silalah pergi ke cawangan Burger King berhampiran dan cuba rasai sendiri pengalaman makan Ayam Tandoori Burger ini sementara stok masih ada. Selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 2 / 5



P/S : Ulasan Makanan Akan Datang Ialah Berkenaan Makan Steamboat Dan Grill Di Pak John Steamboat & BBQ Di IOI City Mall Putrajaya :)

6 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bila tengok iklan nampak sedap je rupanya. Kalau kinah la kan Hans nak makan tandoori better pergi mamak la. Lagi puas hati kan.

    ردحذف
  2. Walaupun nampak iklan nie kat Berger King, tak teruja sangat nak cuba sebab setia pada mushroom swiss.. kikiki..

    ردحذف
  3. I wouldn't mind trying the rice, not so much the burger - not into fusion, macam sesat tu...and my...my...the price.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم