Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 15 November 2018 yang lepas, Hans telah dijemput oleh pihak Hotel Royale Chulan Bukit Bintang untuk merasa keenakan Christmas Eve And New Year's Eve Buffet di Sunflowers Brasserie yang terletak di tingkat 1 hotel ini. Untuk sesiapa yang mungkin kurang arif tentang kawasan dimana terletaknya Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ini, hotel ini berada betul-betul bersebelahan dengan Plaza Low Yat.
Christmas Eve And New Year's Eve Buffet
Alamat:
Royale Ballroom,
Level 2 Royale Chulan Bukit Bintang,
Jalan Bukit Bintang,
50100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tarikh:
Level 2 Royale Chulan Bukit Bintang,
Jalan Bukit Bintang,
50100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tarikh:
24 Disember 2018 - Christmas Eve Buffet Dinner
31 Disember 2018 - New Year Eve Buffet Dinner
Waktu:
31 Disember 2018 - New Year Eve Buffet Dinner
Waktu:
7.00 P.M - 10.30 P.M
Harga:
Harga:
RM128++ (Dewasa)
RM70++ (Kanak-Kanak / Warga Emas)
Nombor Telefon:
RM70++ (Kanak-Kanak / Warga Emas)
Nombor Telefon:
+603 2143 9898
Laman Web:
Laman Web:
Laman Facebook:
Jadi, di atas merupakan barisan chef-chef yang sangat pakar dan terlibat di dalam penyediaan segala jenis menu pada sambutan Christmas Eve And New Year's Eve Buffet ini nanti. Untuk makluman semua, menu-menu yang mereka sediakan untuk Hans serta para media lain yang terlibat pada kali ini semestinya 100 peratus halal dan hanya merangkumi jumlah 20 peratus sahaja daripada keseluruhan menu. Jadi, boleh bayangkan tak betapa meriahnya nanti pada sambutan sebenar dimana ada tambahan 80 peratus lagi jumlah menu. Setakat menu yang ada ini pun bagi Hans memang dah kenyang gila dah. Hahaha!
Jadi, memandangkan rasa lapar sedang membuak-buak di dalam perut maka mari Hans kongsikan segera menu-menu hidangan utama @ Hot Dishes dengan anda semua yang sememangnya sangat menyelerakan dan sedap-sedap belaka. Dihidangkan bersama Nasi Mentega @ Butter Rice, sememangnya kombinasi lauk pauk seperti di bawah sesuai dimakan bersama nasi ini. Antara menu yang Hans sangat suka ialah Baked Lasagna, Teriyaki Beef dan Gratinated Seafood Thermidor. Kepada peminat ketam pasti akan menyukai menu Baked Stuffed Crab yang memang menggunakan isi ketam yang sangat segar.
TERIYAKI BEEF ON GRILLED PINEAPPLES
BAKED STUFFED CRAB WITH CITRUS SABAYON
POTATO CROQUETTES, BRUSSELS SPROUTS, TOMATO PROVENCAL & BABY CARROTS
BAKED LASAGNA WITH SEAFOOD TOMATO SAUCE
GRATINATED SEAFOOD THERMIDOR
OAT PRAWNS
ROASTED WHOLE LAMB
ITALIAN HERBS WITH MARINATED LAMB WITH GRILLED VEGETABLES
SMOKED SALMON WITH CITRUS MAYONNAISE
GREEN MANGO KERABU
MARINATED OCTOPUS SALAD
MIXED BEAN SALAD
MIXED MARINATED GRILLED MUSHROOMS
BREAD PUDDINGS
BAKED STUFFED CRAB WITH CITRUS SABAYON
POTATO CROQUETTES, BRUSSELS SPROUTS, TOMATO PROVENCAL & BABY CARROTS
BAKED LASAGNA WITH SEAFOOD TOMATO SAUCE
GRATINATED SEAFOOD THERMIDOR
OAT PRAWNS
Seperti biasa kalau datang ke mana-mana buffet hotel, Hans jamin 99 peratus pelanggan yang hadir pasti mencari dua menu wajib ini iaitu kambing panggang dan ayam panggang. Jadi, untuk Christmas Eve And New Year's Eve Buffet ini pula, semestinya menu wajib ini turut dihidangkan buat anda yang memilih untuk makan disini yang diberi nama Roasted Turkey dan Roasted Whole Lamb. Keistimewaan kali ini ialah setiap menu ini turut dihidangkan bersama hidangan sayuran yang dipanggang serta sos istimewa iaitu sos madu anggur, sos hot BBQ dan sos pudina.
ROASTED TURKEY WITH GRAPE HONEY SAUCEROASTED WHOLE LAMB
ITALIAN HERBS WITH MARINATED LAMB WITH GRILLED VEGETABLES
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjamu selera dengan menikmati pembuka selera @ Appetizer terlebih dahulu, Christmas Eve And New Year's Eve Buffet menawarkan anda beberapa pilihan menu hebat yang sangat mewah. Antara yang menjadi tumpuan ramai ialah hidangan Poached Tiger Prawns And Mussels On Ice yang sungguh menarik perhatian dengan susunan serta warnanya yang menarik. Hans pula tertarik untuk mencuba Smoked Salmon yang di datangkan dengan Citrus Mayonis yang betul-betul sedap dan berbaloi untuk diambil berulang kali. Haha!
POACHED TIGER PRAWNS AND MUSSELS ON ICESMOKED SALMON WITH CITRUS MAYONNAISE
Seterusnya, kita beralih pula kepada hidangan salad yang disediakan. Sememangnya terdapat dua belas jenis salad yang disediakan pada kali ini dan kelihatan sungguh serta kelihatan cukup menarik dengan persembahan hidangannya yang penuh dengan pelbagai warna. Ada juga beberapa hidangan salad ini yang pertama kali Hans lihat dan rasa. Antara menu salad yang menjadi kesukaan Hans ialah Marinated Octopus Salad. Memang sedap sangat. Dibawah adalah beberapa gambar hidangan salad yang dapat Hans kongsikan untuk menimbulkan lebih rasa cembura anda pada Hans. Hahaha!
ROASTED CHICKEN SALADGREEN MANGO KERABU
MARINATED OCTOPUS SALAD
MIXED BEAN SALAD
MIXED MARINATED GRILLED MUSHROOMS
Kepada yang berbakat atau lebih selesa untuk menghasilkan sendiri salad kegemaran anda, disini juga disediakan bahan-bahannya untuk anda menghasilkan Caesar Salad seperti campuran salad, daun pasli cincang, bacon daging lembu, jus limau, keju parmesan, ikan bilis, telur, minyak zaitun dengan bawang putihyang dicincang dan bawang merah. Selain itu terdapat pilihan sos menarik yang disediakan untuk hidangan salad anda. Selain daripada itu, Christmas Eve And New Year's Eve Buffet juga ada menyediakan pelbagai jenis hidangan pasta Itali yang didatangkan dengan pelbagai jenis kuah sosnya seperti Napoleon Sauce, Bolognaise Sauce dan Carbonara Sauce.
TROPICAL MIX FRUITSBREAD PUDDINGS
Inilah masa yang dinanti-nantikan apabila telah kenyang dengan hidangan-hidangan berat dan separa berat. Masa untuk menikmati pencuci mulut @ Dessert yang sangat banyak, berwarna-warni dan nampak begitu menyelerakan seperti gambar di bawah.
Christmas Eve And New Year's Eve Buffet kali ini menyediakan pelbagai jenis menu pencuci mulut seperti aneka kek, biskut serta puding yang sangat berbaloi untuk dicuba. Sangat jarang sebenarnya untuk menemui pencucui mulut yang sesedap persembahannya apabila makan di hotel namun ternyata hidangan pencuci mulut disini sedap seperti mana rupanya.
Antara menu-menu pencuci mulut yang disediakan sempena Christmas Eve And New Year's Eve Buffet ialah:
- Christmas Fruit Cake
- Vanilla Yule Log
- Chocolate Yule Log
- Almond Stollen
- Tiramisu in Shooter
- Orange Cinnamon Savarin
- Christmas Cookies
- Panettone and Pandoro
- Bitter Dark Chocolate Mousse in Chocolate Cup
- Praline Cheese Cake
- Mince Pies
- Christmas French Pastry
- Christmas Pudding with Vanilla Anglaise
- Gingerbread Men
- English Trifle
- Christmas Cinnamon Brulee
- Assorted Puddings
- Christmas Fruit Cake
- Vanilla Yule Log
- Chocolate Yule Log
- Almond Stollen
- Tiramisu in Shooter
- Orange Cinnamon Savarin
- Christmas Cookies
- Panettone and Pandoro
- Bitter Dark Chocolate Mousse in Chocolate Cup
- Praline Cheese Cake
- Mince Pies
- Christmas French Pastry
- Christmas Pudding with Vanilla Anglaise
- Gingerbread Men
- English Trifle
- Christmas Cinnamon Brulee
- Assorted Puddings
Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang berminat untuk merasai dan menikmati hidangan yang ada di dalam Christmas Eve And New Year's Eve Buffet ini, boleh lah bersiap sedia mulai sekarang untuk membuat tempahan melalui info-info rujukan yang Hans kongsikan pada permulaan artikel di atas. Selamat menjamu selera :)
P/S : Kalau Tahun Lepas Hanya Dalam 15 Ekor Turkey Tetapi Dengar Cerita Tahun Ini Sampai 20 Ekor Ayam Turkey. Meriah Betul Christmas Eve And New Year's Eve Buffet Di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Kali Ini :)
Wah..meriahkan menu juadah Christmas dinner Royalew Chulan B.B. sampai xlarat nk mkn
ردحذفitu baru 20 peratus.
حذفHari kejadian nanti ada lagi 80 peratus tambahan menu
memang puas hati lah siapa yang pergi makan dekat sini nanti
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com