Assalammualaikum semua. Pada 10 November 2018 yang lepas, Hans berpeluang menikmati lebih 160 menu panggang dan rebus di Pak John IOI City Mall Putrajaya. Kalau nak diikutkan ini merupakan kali keempat Hans makan di Pak John Steamboat & BBQ ini dan alhamdulillah kali ini Hans berpeluang untuk berkongsi pengalaman makan di sini dengan semua pembaca blog www.hanshanis.com yang sentiasa menyukai artikel berkaitan makanan. Hahaha!
Nampak tak wajah Hans di atas yang sangat berseri-seri menanti makanan yang dipanggang dan direbus siap dimasak dan bersedia untuk dimakan. Jadi, sebelum Hans berkongsi lebih lagi tentang apakah menu-menu menarik yang terdapat di Pak John IOI City Mall Putrajaya ini, apa kata kita lihat dahulu beberapa butiran tentang restoran ini untuk rujukan anda semua.
Nama :
Pak John IOI City Mall Putrajaya
Alamat :
GE-11,
Ground Floor,
IOI City Mall,
Lebuh IRC,
IOI Resort City,
Ground Floor,
IOI City Mall,
Lebuh IRC,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya.
Telefon :
012-251 8289 / 03-8957 1128
Pak John IOI City Mall Putrajaya ini merupakan cawangan kedua Pak John Steamboat & BBQ yang beroperasi di Malaysia. Hans sukakan dekorasi dan susunan tempat makannya yang cantik, kemas dan membuatkan kita selesa untuk menikmati lebih 100 menu yang ditawarkan disini. Kalau ada yang datang ke IOI City Mall Putrajaya dan bercadang untuk makan disini, memang tidak perlu menunggu lama untuk melihat menu-menu dekat sini sebab sebaik sahaja anda masuk sahaja ke dalam memang anda akan terus rambang mata melihat pelbagai jenis menu untuk dipanggang dan direbus yang disusun dengan begitu cantik dan membuatkan anda terus kecur air liur membayangkan kelazatan rasa setiap menu-menu ini.
Bahagian pertama yang wajib untuk dilawat, dilihat dan dicuba setiap menunya ialah bahagian makanan laut yang bersedia untuk direbus dengan pelbagai jenis kuah atau sup pilihan anda. Kali ini Hans memilih kuah tomyam sebagai kuah rebusan makanan-makanan laut yang Hans pilih. Nampaknya kunjungan Hans kali ini sangat berbaloi kerana bukan sahaja makanan laut yang disediakan pada kali ini segar-segar tetapi saiz setiap hidupan lautnya juga besar-besar belaka. Memang puas dapat makan sotong, udang, pelbagai jenis siput dan yang paling disukai ramai iaitu ketam. Selain daripada itu, kepada sesiapa yang meminati menu yong tau foo, di bahagian ini juga disediakan pelbagai jenis menu dan menunggu masa sahaja untuk direbus oleh anda. Serius memang kalau datang sini kena pastikan perut anda sudah dikosongkan sebab macam-macam menu nak kena makan. Hehe!
Jadi, bahagian kedua yang wajib dilawati apabila anda datang dan makan di Pak John IOI City Mall Putrajaya ini ialah bahagian sayur-sayuran. Hans sebagai peminat sayur memang suka sangat apabila sampai dekat bahagian ini sebab masa inilah Hans rambang mata melihat pelbagai jenis cendawan serta sayur hijau yang disediakan. Selain daripada itu, anak jagung, jagung, telur dan pelbagai jenis mee ramen juga terdapat di bahagian ini.
Memandangkan Hans sangat sukakan makanan yang dipanggang, jadi memang Pak John IOI City Mall Putrajaya ini berjaya membuatkan Hans berasa sangat gembira kerana terdapat banyak pilihan daging serta ayam yang diperap dengan pelbagai jenis perapan yang sangat menyelerakan seperti Sweet Soya Chicken, Ginger Chicken, Black Pepper Chicken, Peri Peri Chicken, Honey Chicken, Spicy Chicken, Black Pepper Beef dan banyak lagi pilihan lain. Gambar di bawah merupakan antara ayam dan daging yang telah diperap yang menjadi kegemaran Hans pada kali ini.
Memang ayam dan daging disini diperap sebaik-baiknya kerana rasa perapan itu memang masuk ke dalam isi ayam dan daging. Jadi, memang anda akan rasa puas hati sangat-sangat apabila dapat makan ayam dan daging ini apabila selesai dipanggang dengan sempurna.
Dengan ruang meja yang luas, nampak tak berapa pinggan yang muat untuk di letakkan di atas meja seperti gambar di atas? Jadi, apabila anda datang ke Pak John IOI City Mall Putrajaya ini, jangan risau untuk bersiap sedia ambil segera menu apa yang anda nak makan atau nak cuba makan kerana ruang meja luas dan anda pasti selesa untuk memasak dan makan makanan yang masak dengan hati yang gembira.
Nampak tak wajah Hans dan Bro Agus yang gembira selepas makanan laut yang direbus kami sudah siap sedia untuk dijamah. Sambil-sambil makan tu memang Hans tunjuk sedikit lah kemahiran memanggang lauk pauk yang Hans warisi daripada keluarga turun-temurun. Jadi, ayam dan daging memang masak sekata dan tak hangit. Puas beb dapat makan makanan yang dimasak dengan tangan sendiri. Hahaha!
Nampak tak? Nampak tak? Ini tak tahu lah pusingan keberapa makan sebab memang malas nak kira. Selagi boleh makan maka nikmatilah makanan ini dengan kesyukuran yang tidak terhingga. Wahhhhh! Dah macam Pencetus Ummah pula gaya menulis. Hahaha!
Wajah-wajah kegembiraan Hans, Abam Dboy Yang 'Sado' dan Bro Agus menikmati pelbagai menu yang direbus dan dipanggang oleh kami. Paling kelakar tu apabila masing-masing dah tak ingat makanan siapa yang sedang dimasak tetapi dengan selambanya ambil dan makan dengan nikmatnya. Macam Hans pula selamba saja ambil daging dan ayam yang dipanggang oleh si Dboy. Malas nak tunggu giliran masak jadi ambil jer lah depan-depan tuan empunya daging. Hahaha!
Ramai kawan-kawan Hans yang apabila dapat tahu Hans gembira makan dekat sini terus bertanya ada daging kambing tak dekat Pak John IOI City Mall Putrajaya nih? Bukan setakat daging kambing saja yang ada Cik Jemah tetapi ada lagi menu istimewa dekat sini yang termasuk di dalam kategori Premium Item. Dalam kategori ini ada empat menu istimewa disediakan dan anda wajib cuba makan sebab memang sangat sedap iaitu:
1. Abalone Slice
2. New Zealand Lamb Slices
3. Australia Beef Slices
4. Smoke Duck Breast
Macam Hans memang suka daging itik jadi memang Hans pulun lah panggang set Smoke Duck Breast dengan penuh sabar. Bila dah masak elok dan masuk ke dalam mulut tu, nikmat kelazatannya tu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ya Allah memang sedap sangat weh!
1. Abalone Slice
2. New Zealand Lamb Slices
3. Australia Beef Slices
4. Smoke Duck Breast
Macam Hans memang suka daging itik jadi memang Hans pulun lah panggang set Smoke Duck Breast dengan penuh sabar. Bila dah masak elok dan masuk ke dalam mulut tu, nikmat kelazatannya tu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ya Allah memang sedap sangat weh!
Selain daripada pelbagai jenis menu ayam, daging, makanan laut serta sayur yang disediakan untuk anda masak sendiri sama ada melalui kaedah rebus atau panggang, disini juga turut disediakan pelbagai menu lain yang sudah siap sedia dimasak dan menunggu untuk ditelan oleh mulut anda sahaja seperti gambar di bawah yang Hans kongsikan ini.
NASI GORENG UDANG
MEE GORENG MAMAK
FRIED ENOKI
SWEET & SOUR CHICKEN
SAMBAL SOTONG
MEE GORENG MAMAK
FRIED ENOKI
SWEET & SOUR CHICKEN
SAMBAL SOTONG
Ada banyak lagi menu-menu dekat sini yang Hans tak sempat nak ambil gambar iaitu buah-buahan, kek, cendol, ais kacang, dim sum, waffle dan aiskrim pelbagai perisa serta pelbagai jenis minuman. Jadi, Hans memang rasa sangat berbaloi dengan masa selama dua jam yang diberi kepada Hans untuk makan apa sahaja yang disediakan di Pak John IOI City Mall Putrajaya ini.
Alhamdulillah! Hans suka makan di sini kerana kebersihan premis sememangnya sentiasa dijaga. Selain itu, servis dan layanan oleh setiap pekerja disini sangat pantas dan mesra, Hans siap minta tolong mereka ambilkan gambar lah. Punya lah baik mereka layan kerenah Hans. Hahaha! Apa-apapun, mesti ramai yang tak sabar-sabar nak tahu berapa harga yang dikenakan apabila anda makan dekat sini kan? Jadi, Hans kongsikan gambar di atas sebagai rujukan buat anda yang berminat nak datang dan cuba sendiri menu-menu yang disediakan disini. Pada pandangan peribadi Hans sendiri, harga yang ditawarkan ini memang sangat berpatutan memandangkan anda boleh mencuba hampir 160 menu panggang dan rebus yang disediakan di sini khas untuk pelanggan Pak John IOI City Mall Putrajaya.
Jadi, selesai sudah Hans berkongsi pengalaman menikmati pelbagai jenis menu di Pak John IOI City Mall Putrajaya. Alhamdulillah, harap-harap selepas ini ada lagi rezeki buat kali kelima untuk datang semula ke sini dan menjamu selera bersama dengan insan tersayang. Buat anda semua terutama yang tinggal di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan cepat-cepat datang untuk cuba sendiri dan rasai pengalaman indah makan di sini. Selamat menjamu selera :)
Hmmm...sedap giler mkn kat pak john..mkn sampai kenyang btl tak?
ردحذفmemang kenyang sampai esok pagi
حذفhehehe
berselera sangat tengok
ردحذفmemang selera
حذفkalau tengok video lagi lah nampak mulut mengunyah jer
hahaha
menu dia... perkkkhhhh tak terkata menyelerakan betul, banyak sangat pilihan
ردحذفhehehehe
حذفyups
memang puas hati kalau jenis makan banyak
hehehe
Sedap2 belaka makanan kat sini. Kalau PH ke sana, haiz...makan sampai perut buncit hah..hah...
ردحذفhahahaha
حذفmakan jer sampai buncit
lepas tu esok hari makan balik
hehehe
Tudia sedapnya depa makan. Tak ajak pun...
ردحذفhahaha...zumal kan dok jauh
حذفBest thing about going for such things at such places is the company...and the fun together.
ردحذفyes
حذفAgree :)
Terbaik untuk mereka yang pandai makan boleh makan denga portion yang banyak untung.
ردحذفKalau makan sikit jer... dah kenyang rugi wooo...
hehehehe....kena makan portion banyak baru rasa puas hati makan
حذفwahh bestnya. berselera nampak
ردحذفdah sedap
حذفmana tak berseleranya
hahaha
Gambar makanan tu semua nampak menyelerakan. Saya singgah di sini ya. :)
ردحذفbukan nampak jer menyelerakan tetapi memang sedap pun
حذفhehehe
terima kasih singgah :)
Nak tanya. Lunch dan Dinner apa yang beza ye??
ردحذفbeza dari segi makanan kut
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com