Pengunjung Bertuah Menara Kuala Lumpur

Assalammualaikum semua. Pada 16 November 2018 bersamaan hari Jumaat yang lepas, Hans telah dijemput oleh Menara Kuala Lumpur untuk menghadiri KL Tower Media Nite 2018 - Malam Pesta Muda Mudi dimana mereka ingin meraikan pihak media sama ada tradisi mahu pun online yang telah banyak membantu pihak Menara Kuala Lumpur di dalam mempromosikan tempat ini sebagai tempat pelancongan menarik dan terbaik negara.


Majlis berlangsung selepas selesai solat Maghrib dan kedatangan Hans dengan rakan-rakan media lain disambut oleh pihak Menara Kuala Lumpur dengan begitu mesra. Jadi, sebelum masuk ke dalam Hans dan rakan-rakan mengambil kesempatan dahulu bergambar di kawasan yang disediakan dan hasil gambar begitu cantik seperti di bawah ini.


Jadi, sambil menanti waktu untuk menjamu selera, pihak media telah dihiburkan dengan celoteh daripada dua selebriti hebat dan berwibawa iaitu Fauziah Binti Dato' Ahmad Daud @ Kak Ogy dan AG Azmeer yang bertindak sebagai pengacara majlis pada malam tersebut.


Alhamdulillah sememangnya Malam Pesta Muda Mudi sangat menghiburkan dengan hidangan jamuan yang lazat serta persembahan nyanyian yang cukup mantap. Dimeriahkan lagi dengan gelagat para media yang masing-masing memang selamba habis menjadikan majlis kali ini berjalan dalam suasana yang sungguh ceria.


Alhamdulillah! Ini adalah antara rakan-rakan media dan blogger yang memang Hans kenal dan kebetulan satu meja. Lebih menarik kerana meja kami ini menjadi tumpuan disebabkan kebanyakan hadiah cabutan bertuah, penerima sijil penghargaan serta anugerah pakaian terbaik untuk Malam Pesta Muda Mudi datangnya daripada ahli-ahli meja ini. Macam Hans sendiri pula memang sejak daripada awal lagi yakin untuk menang cabutan bertuah kerana melihatkan susunan nombor yang cantik iaitu 070. Tak sangka pula nombor Hans disebut dan menang. Lagi kelakar masa ambil hadiah itu sebab Kak Ogy dan AG masih kenal muka Hans walaupun sekarang tengah botak. Maklumlah memang pernah bekerjasama dengan mereka di dalam program Pencetus Ummah 3 dan SL1M MAEPS Serdang.


Alhamdulillah rezeki bermula tahun ini selalu juga menang cabutan bertuah. Badi dah hilang agaknya. Hahaha! Rezeki dapat menang dan menjadikan Malam Pesta Muda Mudi anjuran Menara Kuala Lumpur terasa bertambah-tambah menggembirakan lagi. Tetapi, ada satu berita baik untuk anda semua yang membaca artikel kali ini.


Pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur telah menyediakan pelbagai hadiah menarik istimewa untuk pengunjung Menara Kuala Lumpur yang ke sejuta. Dijangka bilangan pelawat yang mengunjungi tempat tumpuan pelancong ini akan mencecah sejuta pada bulan Disember ini. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk pergi melawat Menara Kuala Lumpur sepanjang cuti persekolah nanti. Mana tahu rezeki anda dapat jadi pelancong yang ke sejuta melawat Menara Kuala Lumpur ini. Hans memang cabutan bertuah pun hadiah memang dah terbaik. Bayangkan kalau anda pula yag menang hadiah istimewa apabila menjadi pengunjung ke sejuta Menara Kuala Lumpur ini? Mesti mewah punya lah hadiahnya. Jadi, selamat melawat Menara Kuala Lumpur dan semoga anda lah pengunjung istimewa tersebut. Hehehe!

P/S : Terima Kasih Kepada Pihak Menara Kuala Lumpur Atas Layanan Yang Baik Sepanjang Bekerjasama. Semoga Kerjasama Di Masa Akan Datang Lebih Erat Dan Kukuh!

4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Menarik, Qiss nak jadi pengunjung yang ke sejuta lah 😅

    ردحذف
  2. Tahniah... di kawasan sekeliling Menara KL tu pun banyak tempat menarik yang boleh di kunjungi...🤗

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu
      menara KL macam-macam ada
      kira berbaloi lah datang ramai-ramai dengan keluarga

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم