Domino's Perkenal Puding Roti Mentega Butterscotch

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru Hans menerima jemputan daripada pihak Domino's Pizza untuk menonton filem Aquaman di TGV Cinemas One Utama. Apa yang paling mengejutkan dan sangat menggembirakan sewaktu berada di majlis tersebut ialah selain dihidangkan dengan pelbagai jenis pizza, Hans juga turut dapat merasa hidangan pencuci mulut terkini daripada Domino’s Pizza iaitu Puding Roti Mentega Butterscotch (Butterscotch Bread & Butter Pudding) yang baharu. 


Apa yang istimewanya tentang manisan terbaharu Domino’s yang sangat lazat ini ialah ia dibakar dengan sempurna dan dihasilkan dengan kombinasi roti mentega, sos vanilla, kepingan biskut coklat hancur dan dihiasi kismis manis.


Pencuci mulut klasik masyarakat British yang terkenal ini menjadi puding kegemaran ramai kerana membawakan rasa manis menyelerakan dengan tekstur yang menambat selera Hans dan rakan-rakan media yang lain. Rasa bagaikan di syurga makanan apabila dapat makan sepuas hati pencuci mulut ini sebelum, sewaktu dan selepas tayangan filem Aquaman.


Untuk pengetahuan anda semua, menu Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu ini dibakar segar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di seluruh cawangan Domino’s Pizza di Malaysia Barat dan ianya boleh didapati hanya untuk tempoh terhad pada harga pengenalan RM9.90 sahaja. Lebih menggembirakan apabila Hans dan rakan-rakan media yang lain merupakan kumpulan orang pertama dapat menikmati kelazatan Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu sebelum pelancaran rasminya baru baru ini. Terima kasih Domino's Pizza.


Pada majlis pelancaran manisan terbaharu Domino’s, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Kata orang tak kenal maka tak cinta. Bagi kami, sekali makan pasti nak lagi. Manisan terbaru ini dibuat dengan penuh kasih sayang daripada kami untuk pelanggan kami. Bahan yang berkualiti dan kelazatan rasa terus menjadi keutamaan kami dalam usaha menghasilkan inovasi baharu. Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu memperlihatkan penekanan kami kepada sentuhan klasik kerana seperti yang kita semua ketahui, gaya klasik tidak pernah ditelan zaman. Ini dapat kami lihat dalam kecenderungan dan cita rasa pelanggan kami yang menjadi inspirasi untuk kami mencipta produk baharu."


Jadi, kepada semua pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu baharu Puding Roti Mentega Butterscotch daripada Domino’s Pizza Malaysia ini, anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333. Selamat menikmati Puding Roti Mentega Butterscotch yang sungguh menyelerakan bersama keluarga dan rakan-rakan.

8 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم