Asssalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Sebelum ini Hans tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman menaiki kapal pelayaran yang besar atau pun bercuti di atas kapal pelayaran yang mewah. Setahu Hans juga apabila bercuti di atas kapal pelayaran memang sangat sukar untuk mendapatkan makanan halal. Ada beberapa orang rakan Hans yang pernah menaiki kapal pelayaran untuk bercuti atau bekerja terpaksa membawa bekalan mee segera dan juga sambal bilis sebagai alternatif untuk makanan halal.
Jadi, apabila Hans dijemput oleh pihak Tourism Selangor serta Dream Cruises untuk menikmati hidangan halal yang disediakan oleh Restoran The Lido yang terdapat di atas kapal pelayaran Genting Dream ini, maka memang Hans tersenyum lebar lah jawabnya dan tidak akan sesekali melepaskan peluang keemasan yang dinanti-nantikan selama ini.
Jadi, pada 29 November 2018 yang lepas, Hans pun bergerak menuju ke Port Klang dimana terletaknya kapal pelayaran Genting Dream yang sedang berlabuh disitu. Secara jujurnya, walaupun jarak perjalanan dari rumah Hans ke Port Klang sejauh 50 kilometer sehala tetapi Hans rasa perjalanan Hans kali ini sangat berbaloi. Boleh dikatakan Hans berasa sangat bertuah kerana berpeluang menikmati pengalaman hebat seperti ini.
Untuk pengetahuan semua, kapal pelayaran Genting Dream ini merupakan satu-satunya kapal pelayaran di Asia yang telah mendapat pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Untuk pengetahuan semua, kapal pelayaran Genting Dream ini merupakan satu-satunya kapal pelayaran di Asia yang telah mendapat pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Diketuai oleh Chef Saifol Iskandar yang merupakan Chef Eksekutif Genting Dream dan bertanggungjawab di dalam menyediakan hidangan bufet halal di Restoran The Lido yang merupakan salah satu restoran popular di atas kapal pelayaran Genting Dream. Sangat menarik kerana restoran ini menawarkan seksyen khas dengan pilihan hidangan bufet yang halal dan memberi pelbagai pilihan makanan untuk para pelanggan.
Antara masakan-masakan bufet halal tempatan yang popular dan enak yang disediakan oleh Restoran The Lido ini ialah Ayam Madu, Pari Asam Pedas, Opor Ayam, Tandoori Kambing, Gulai Daging Kawah, Tempe Goreng Pedas dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai variasi hidangan antarabangsa seperti mi pasta, daging lembu dan kambing panggang, kek serta hidangan pencuci mulut yang lain.
AYAM MADU
OPOR AYAM
PARI ASAM PEDAS
TEMPE GORENG PEDAS
Hans sendiri berpeluang menikmati sendiri hidangan halal yang disediakan oleh Chef Saifol Iskandar serta pasukannya. Serius semua menu yang dihidangkan kepada Hans termasuk nasinya sangat sedap, lembut dan menyelerakan. Antara menu-menu halal yang Hans cukup gemar sekali disini ialah sup kambing, gulai daging kawah, ayam madu dan udang berempah. Hans siap minta lagi lah dekat pekerja Restoran The Lido untuk tambahkan lauk sebab sedap punya pasal. Kalau malu nanti takut rasa tak puas pula makan. Bukan senang nak dapat makan makanan halal yang sedap macam ini di atas kapal pelayaran yang mewah macam Genting Dream ini. Hahaha!
UDANG GORENG BEREMPAH
TANDOORI KAMBING
TIGA JENIS PENCUCI MULUT
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menikmati percutian di atas kapal pelayaran sambil menikmati pilihan masakan halal yang cukup menyelerakan maka Genting Dream merupakan pilihan yang paling tepat untuk anda. Kenapa Hans katakan paling tepat? Ini kerana selepas ini anda sudah tidak perlu risau lagi untuk menikmati sarapan pagi, tengahari dan malam sambil menikmati pemandangan laut yang mempesonakan kerana menu-menu yang disediakan halal, bersih dan disediakan oleh chef-chef yang hebat dan berbakat besar.
Sedikit info untuk rujukan anda semua, kapal pelayaran Genting Dream yang berpengkalan di Singapura ini menyediakan pakej percutian 2 Malam, 3 Malam dan 5 Malam ke destinasi-destinasi menarik seperti Pulau Pinang, Phuket, Langkawi, Kuala Lumpur (Pelabuhan Klang), Surabaya, Bali Utara dan Pulau Macleod dengan harga yang sangat berpatutan.
Selain itu juga, kapal pelayaran Genting Dream turut menawarkan pelbagai kategori bilik yang selesa, serta bilik bersambung yang sesuai untuk bilangan ahli keluarga yang ramai dan juga penginapan mewah dan eksklusif serta kemudahan-kemudahan peribadi seperti kolam air, spa, gim dan restoran-restoran khas. Hans sempat melawat keseluruhan kawasan penginapan dan sememangnya sangat cantik, selesa dan betul-betul ekslusif. Senang cakap anda pasti puas hati sangat-sangat dengan apa yang ditawarkan oleh kapal pelayaran Genting Dream ini.
Selain itu juga, anda boleh menikmati kemudahan rekreasi yang menyeronokkan seperti enam landasan luncur air, termasuk tiga landasan luncur air untuk kanak-kanak, tempat permainan kanak-kanak kecil dan juga pusat jagaan kanak-kanak, aktiviti-aktiviti memanjat tebing batu dan terbang kalawar, bermain bowling untuk sekeluarga, membeli-belah di kedai-kedai mewah bebas cukai, membuat rawatan spa dan banyak lagi. Di bawah adalah info sebagai rujukan anda jika ingin menghubungi pihak Dream Cruises untuk sebarang pertanyaan atau menempah tiket percutian anda. Jadi, selamat menikmati percutian anda di atas kapal pelayaran Genting Dream.
DREAM CRUISES
Telefon:
Telefon:
03 2302 1288
Email:
Email:
kl.sales@dreamcruiseline.com
Laman Web:
dreamcruiseline.com
Facebook:
Dream Cruises
Instagram:
dreamcruiseline
Laman Web:
dreamcruiseline.com
Facebook:
Dream Cruises
Instagram:
dreamcruiseline
P/S : Semoga Selepas Ini Hans Berpeluang Menikmati Percutian Di Atas Kapal Layar Genting Dream Ini Sebab Belum Pernah Ada Pengalaman Menaiki Kapal Pelayaran Yang Besar Dan Mewah Macam Ini. Paling Besar Hans Pernah Naik Setakat Ini Pun Cuma Feri Dekat Pulau Pinang Tu Jer! Hahaha!
Thanks for sharing Hans.. Nak sgt rasa naik cruise tp senang sgt mabuk laut nya ni..
ردحذفwelcome
حذفtak ada mabuk nya lah
kapal nih tak rasa goyang langsung pun
rasa macam duduk dekat shopping mall...hehe
samalah shu pun paling besar feri Pulau Pinang tu ja. hahahahahahaah
ردحذفhehehe
حذفtahu tak apa
Seronok dpt peluang naik cruise besar ni..teringin juga..tq for sharing
ردحذفalhamdulillah
حذفHans pun rezeki pertama kali dapat naik dan masuk ke dalam
hehehe
Wow dapat makan kat atas kapal mewah sedapnya kita tak pernah lagi dapat belayar naik kapal mewah macam ni harap satu hari dapat juga merasainya...
ردحذفamin
حذفsemoga termakbul impian
hehehe
Wah bestnya! Tak pernah jugak naik cruise camni. Berharap sgt one day boleh naik.. Huhu
ردحذفIn Sha Allah
حذفada rezeki pasti boleh punya naik cruise :)
naik dr port klang ada x
ردحذفPort Klang tak silap saya tempat persinggahan sahaja
حذفsaya kurang pasti
boleh hubungi nombor di rujukan yang saya letak tu
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com