Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Hari ini Hans berasa cukup gembira kerana berpeluang menghadiri majlis pelancaran Soapful yang berlangsung cukup meriah di Sunway Hotels & Resorts pada 5 Disember 2018. Lebih menarik kerana majlis ini turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.
Untuk pengetahuan semua, majlis kali ini adalah untuk menunjukkan kejayaan melalui hasil kerjasama beberapa agensi yang terlibat di dalam program Soap Repurposing Project iaitu Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd, Selangor Youth Community (SAY) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan. Manakala pihak Sunway Hotels & Resorts pula mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen kesedaran tentang kebaikan mengitar semula sabun yang telah digunakan bertujuan untuk manfaat dan kesejahteraan alam sekitar.
Program kali ini secara tidak langsung berjaya membuka mata dan menjawab persoalan Hans yang bermain sebelum ini tentang kemana perginya sabun-sabun yang digunakan selepas kita menginap di hotel. Maklum sahajalah kita semestinya tidak dapat menghabiskan sabun buku hanya melalui beberapa kali penggunaan sahaja. Jadi, Hans berasa kagum dan gembira apabila program sebegini dilancarkan kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh melalui program yang mesra kepada alam sekitar seperti ini.
Menurut Pengurus Kanan Serantau Sunway Hotels & Resorts, Kelly Leong yang menyatakan mereka sangat komited melancarkan kempen ini sebagai satu langkah inisiatif untuk memproses semula sabun-sabun hotel supaya boleh digunakan kembali. Ini disebabkan kebanyakan sabun di hotel sering dibuang ke tempat pelupusan sampah sedangkan ia masih boleh digunakan.
Sejumlah 1000 buku sabun telah berjaya dikumpul sejak bulan Julai yang lepas untuk dikitar semula dan diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) bagi membantu anak-anak yatim yang kurang berkemampuan ini untuk mengasah kemahiran serta mempelajari cara memproses dan membuat sabun seterusnya membantu mereka untuk menjana pendapatan dan mampu membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
Jadi, gambar di atas merupakan cara-cara pembuatan sabun Soapful ini dilakukan supaya para pembaca lebih mengetahui tentang keistimewaan sabun ini. Terdapat tujuh langkah dimana permulaannya ialah membersihkan tangan daripada kuman sebelum proses mengikis, melenyek, memanaskan dan membentuk semula sabun mengikut acuan yang disediakan.
Kemudiannya, Hans berkesempatan pula melihat proses akhir iaitu pembungkusan sabun Soapful ini yang berjaya ditunjukkan kepada Hans dan para media yang lain oleh adik-adik comel daripada PKAYDEM ini dengan begitu kemas sekali.
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan untuk sama-sama mencuba proses pembuatan sabun Soapful ini bersama-sama anak-anak yatim dari PKAYDEM. Hans turut dimaklumkan sabun-sabun kitar semula ini diambil dari lima rangkaian hotel kepunyaan Sunway Hotels & Resorts iaitu Sunway Putra Hotel, Velocity Hotel, Sunway Hotel Georgetown, Sunway Hotel Seberang Jaya dan The Banjaran Hotsprings Retreat. Tahniah kepada pihak Sunway Hotels & Resorts kerana program ini sedikit sebanyak berjaya menyumbang kepada penjagaan alam sekitar. Semoga lebih ramai pihak mengikut jejak langkah pihak Sunway Hotels & Resorts agar lebih banyak pihak yang beroleh manfaat.
P/S : Seronok Tengok Gelagat Anak-Anak Yatim Dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) Pada Majlis Sebentar Tadi.
tak pernah dgr sebelum ni psl kitar semula sabun buku... tp bagus jgk projek gini yek
ردحذفitu lah pasal
حذفbila datang program nih semalam terus rasa bagus sebab ada orang akhirnya gerakkan aktiviti kitar semula sabun hotel
kalau tidak membazir satu hal buang dan lepas tu pencemaran lagi dekat alam sekitar
sebuah program yg sangat baik..
ردحذفbetul tu
حذفbanyak manfaat selain jana pendapatan anak-anak yatim dapat selamatkan alam sekitar dan elakkan pembaziran
bagus juga buat macam tu sabun buku hotel tu mana pernah habis nya..pakai sehari dua je..
ردحذفhahaha itu lah pasal...
حذفkalau yang jenis cecair tu lain lah kan senang habis...
kalau yang buku memang pakai tak habis lah kalau setakat 2-3 malam jer duduk hotel tu...hehehe
Oooo baru tahu..sis JM klau sabun x abis guna kat hotel tu bwk blk umah 😬
ردحذفwahhh serius lah
حذفrajin betul bawa balik
hahaha
Bagusnya progaram dia..
ردحذفbetul tu kak
حذفkadang2 kita sendiri pun tak terfikir
bila tengok program nih memang baru tersedar benda2 kita rasa tak ada apa-apa tapi sebenarnya penting dan beri manfaat bila dikitar semula
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com