Penerbangan Percuma Untuk Pengguna Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Sebagai salah seorang ahli AirAsia Bloggers Community (AABC), Hans telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank pada 30 November 2018 yang lepas di Hong Leong Tower, Damansara City Mall, Kuala Lumpur.


Majlis pelancaran kali ini ialah ia merupakan sebahagian daripada pengenalan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank di peringkat serantau dimana kad kredit ini mesti ada dan perlu dimiliki oleh para pengembara kasual dan penumpang yang sentiasa mengambil penerbangan kerap ke pelbagai destinasi laluan AirAsia untuk memudahkan para pelanggan mereka untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas. Apa yang lebih menarik ialah Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank dan Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank ini adalah kad kredit perjalanan terunggul yang membolehkan para pemegang kad mendapat penerbangan percuma dan sebagainya secara mudah. Dengan setiap perbelanjaan yang dibuat, pemegang kad akan mendapat Mata Ganjaran BIG bonus secara automatik. 


Apa yang membuatkan Hans teruja kerana sebagai permulaan kepada penerbangan percuma yang pantas, para pemegang kad akan menikmati bonus alu-aluan serta bonus sukuan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG. Serius 25,000 mata ganjaran merupakan jumlah yang sangat besar dan pastinya memberikan satu berita yang amat menggembirakan buat para pemegang kad yang menggunakan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank secara aktif untuk menebus penerbangan. Dibawah adalah butiran berkenaan keistimewaan pemegang Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank ini:

Pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank 
Belanja minimum RM2,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 5,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan.
Belanja minimum RM5,000 untuk setiap sukuan kalendar = 5,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan. 

Pemegang Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank
Belanja minimum RM1,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 3,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan. 
Belanja minimum RM3,000 untuk setiap sukuan kalendar = 3,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank, Domenic Fuda, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes bersama Pengurus Visa Negara untuk Malaysia (lima dari kanan) dan juga kumpulan pengurusan kanan mereka.

Selain itu juga, para pemegang kad boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG lebih pantas dengan kombinasi perbelanjaan rendah tetapi mendapat kadar tinggi iaitu sebanyak 6 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM1 yang dibelanjakan ke atas penerbangan AirAsia, serta 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM2 yang dibelanjakan di luar negara atau RM3 di dalam negara menerusi Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank atau RM5 di dalam negara bagi Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank. 

Bukan itu sahaja, untuk para pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank pula turut menikmati keistimewaan eksklusif penerbangan seperti pelan WiFi pengenalan percuma dalam penerbangan, daftar masuk dan menaiki pesawat berkeutamaan, bagasi Xpress serta naik taraf segera ke status Keahlian BIG Platinum untuk mempercepatkan pendapatan Mata Ganjaran BIG bagi tempahan penerbangan berkelayakan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank, Domenic Fuda (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes (tiga dari kiri) melancarkan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, pelancaran kad kredit AirAsia Hong Leong ini adalah sebahagian daripada perancangan pihak AirAsia untuk mengubah Kesetiaan BIG daripada sebuah program kesetiaan kepada BIG Life iaitu sebuah perniagaan berasaskan perjalanan dan gaya hidup. Kad-kad ini bukan sahaja membolehkan para ahli BIG mendapat Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka, malah ia juga menjadikan Mata Ganjaran BIG lebih mudah untuk didapati, satu langkah utama dalam meluaskan kegunaan Mata Ganjaran BIG sebagai matawang digital yang bernilai bukan sahaja untuk penerbangan malah untuk kegunaan harian. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank, Domenic Fuda pula yakin bahawa Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank akan menjadi kad kredit perjalanan terunggul di Malaysia kerana ia menepati dua tabiat pengguna paling relevan di Malaysia apabila berpergian: kekerapan dan kesedaran kos. Ini disokong melalui data yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini merupakan salah satu di antara 5 penumpang penerbangan tertinggi di peringkat global dengan jumlah purata 5.5 penerbangan setahun dimana 83 peratus daripada mereka mendaftar masuk penerbangan di atas talian atau menerusi telefon mudah alih untuk lebih kemudahan. Para pengembara Malaysia juga turut dikenali sebagai pengembara dengan kesedaran kos tertinggi di Asia dengan 97 peratus meletakkan harga sebagai faktor paling penting apabila menempah perjalanan. Pihak Hong Leong Bank berasa amat teruja bahawa Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank memberikan para pelanggan mereka nilai yang nyata menerusi setiap penggunaan dan membolehkan mereka menikmati lebih banyak pengalaman pengembaraan yang mengasyikkan dan penuh kenangan kerana setiap perbelanjaan secara automatik akan memberikan mereka Mata Ganjaran untuk penerbangan percuma dengan mudah.

4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم