Assalammualaikum semua. Pada 8 Januari 2019 yang lepas, telah terjadinya satu sejarah besar buat industri restoran makanan segera apabila KFC Malaysia telah mengeluarkan sebuah menu terbaru buat para peminat KFC iaitu KFC Parmesan Truffle Crunch yang disaluti dengan hirisan keju parmesan, sos keju parmesan dan trufel serta dikatakan bakal memberikan aroma menyengat tersengat dan membuatkan rasa untuk menu KFC kali ini lebih memikat hati.
KFC Parmesan Truffle Crunch ini didatangkan di dalam beberapa jenis set dimana harga untuk set kombo 2 ketul ayam berharga RM17.90 manakala untuk set kombo 3 ketul ayam pula berharga RM24.50. Menu terbaru ini juga turut disertakan bersama kentang putar, coleslaw, hirisan keju parmesan dan minuman ringan Mountain Dew.
Jadi Hans memilih untuk mencuba set kombo 2 ketul ayam KFC Parmesan Truffle Crunch untuk merasai sendiri bagaimana rasa kombinasi hirisan keju parmesan dan truffle yang digabungkan sekali dengam ayam goreng Hot And Apicy KFC. Apa yang Hans tahu, truffle ini merupakan antara ramuan yang sukar untuk diperoleh dan semestinya Hans ingin juga mengetahui bagaimana rasanya yang ditawarkan oleh menu terbaru KFC ini.
Secara peribadi, menu terbaru KFC Parmesan Truffle Crunch ini kena dengan citarasa Hans. Walaupun rupa luaran ayamnya tidak secantik seperti mana yang ditonton di iklan tetapi rasanya mengingatkan Hans kepada menu KFC terdahulu iaitu KFC Golden Egg Crunch tetapi masih belum dapat menandingi kesedapan menu tersebut.
Cuma Hans melihat kuantiti hirisan keju parmesan yang diberikan untuk menu terbaru KFC Parmesan Truffle Crunch ini agak sedikit. Sebagai salah seorang peminat menu yang berkeju, Hans merasakan pihak KFC pada masa akan datang perlu menambah baik hal ini dari segi melebihkan kuantiti keju yang diberikan kepada para pelanggan mereka. Secara keseluruhan, menu terbaru ini tidak menawarkan keunikan dari segi rasa yang terlalu unik tetapi ia masih satu pilihan yang menarik untuk mencubanya di mana-mana cawangan KFC di seluruh Malaysia.
Kepada para pembaca blog www.hanshanis.com sekalian, selamat menikmati, merasa dan menilai sendiri menu terbaru KFC Parmesan Truffle Crunch ini kerana masing-masing ada citarasa tersendiri. Hans dengan sukacitanya mengucapkan selamat mencuba dan kongsikan pandangan anda tentang menu ini di ruangan komen di bawah.
SKALA SEDAP : 3 / 5
P/S : PANDANGAN SKALA SEDAP ADALAH BERDASARKAN CITARASA LIDAH HANS SENDIRI. JADI, MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYUKAI DAN MUNGKIN ADA YANG SEPENDAPAT DENGAN HANS. CUBA DAN NILAIKAN SENDIRI :)
tk try lg menu yg ni...sbb risau kot tk brp kena ngan tekak..harga pn bole tahan juga
ردحذفheheheh
حذفtry lah
so far boleh makan lah
tak macam zinger waffle..itu tak leh terima dek logik akal
hahaha
lama hans tak review makanan, tertunggu2 jgk hans nk cite psl ayam kfc nih...
ردحذفada yg kata tak sedap, tp adik akak kata ok lah sbb ayam dia mcm ada rasa rempah2 je bkn plain... tp kene try jgk la klu nk tau camne kn
hahahaha
حذفbusy kerja
ini nanti nak review 4fingers pula
nampak sedap. tak cuba lagi. sbb takut tak kena dgn selera .
ردحذفIka datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html
sila cuba
حذفIn Sha Allah kena dengan selera tekak
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com