Active Academy Di Bukit Gambang

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans masih lagi bersemangat untuk berkongsi pengalaman menarik sewaktu bercuti di Bukit Gambang Resort tempoh hari. Untuk pengetahuan semua, disini Hans berpeluang melakukan beberapa aktiviti menarik yang terdapat di Active Academy. 


1. MEMANAH @ ARCHERY


Salah satu aktiviti yang Hans cuba di Active Academy ini ialah memanah. Kali terakhir Hans memanah rasanya pada waktu belajar dahulu. Melihat rakan Hans sangat hebat memanah dan asyik kena pada sasaran maka Hans pun rasa tercabar. Jadi, mari lihat siapa antara jejaka-jejaka di bawah yang menang daripada segi gaya memanah. Hahaha! 


Alhamdulillah walaupun banyak anak panah tersasar tetapi banyak juga yang mengena. Tetapi, paling menarik apabila Hans seorang sahaja yang memanah kena pada bukit di belakang tu. Nasib tak ada orang di belakang. Kalau tidak mungkin ada yang terkorban terkena panahan hebat Hans tu. Itu baru anak panah dari busur. Belum lagi panahan mata Hans terus menusuk ke hati. Hahaha! 


2. FLYING FOX


Salah satu aktiviti yang Hans sangat suka iaitu flying fox. Active Academy ini turut menyediakan kawasan flying fox untuk dicuba oleh anda. Namun, berat badan anda harus lah tidak melebihi had berat yang ditetapkan untuk melakukan aktiviti ini. 


Alhamdulillah seperti biasa bab keselamatan memang tidak perlu risau kerana perkara ini amat dititik berat kan oleh pekerja-pekerja di Active Academy ini. 


Ketinggian flying fox di Bukit Gambang ini tidak lah terlalu tinggi bagi Hans. Cukuplah untuk melepaskan gian sebab memang sudah lama Hans tak main flying fox ini. Cuma satu perkara yang menarik tentang flying fox disini ialah permulaannya dimana Hans harus melompat dan ia membuatkan Hans terasa seolah-olah seperti jatuh pada permulaannya. Memang menggembirakan betul. 


Di bawah adalah video yang membuktikan Hans memang melakukan flying fox. Memang puas hati. Hehe! 


3. MENUNGGANG KUDA @ HORSE RIDING


Aktiviti seterusnya ialah menunggang kuda. Kali terakhir Hans menunggang kuda sewaktu Hans masih bersekolah rendah. Itu pun kebetulan sebab ada seorang pakcik ini yang merupakan kenalan keluarga yang memelihara kuda. 


Jadi, menaiki kuda disini sememangnya menimbulkan kembali kenangan masa kecil yang sangat indah. Dekat sini memang ada beberapa jenis kuda dengan pelbagai corak dan warna pada kulitnya. Untuk menaiki kuda disini juga perlu menepati had berat badan yang ditetapkan. Alhamdulillah Hans masih kurus lagi. Yehaaaa! 


4. TARGET SHOOTING & PAINTBALL


Selain itu, Hans juga turut berkesempatan bermain Target Shooting di Active Academy ini. 


Aktiviti ini menarik bila dimainkan bersama rakan-rakan. Maklumlah kita bersaing untuk tengok tembakan siapa yang paling banyak mengena sasaran. 


Hans tak sangka lah bakat terpendam Hans tiba-tiba muncul dalam permainan ini. Banyak juga tembakan Hans yang mengena sasaran. Jadi, untuk permainan ini memang Hans boleh berbangga diri lah dengan pencapaian yang sungguh mengagumkan ini. Hahaha! 


Nampak tak gaya bakal wakil negara untuk acara menembak olimpik? Kacak beraya mutu keunggulan. Hahaha! 


Alhamdulillah satu pengalaman menarik kerana Hans berjaya mencuba semua aktiviti yang ditawarkan di Active Academy Bukit Gambang ini. Jadi, kepada sesiapa yang berhajat untuk datang bercuti disini pastikan anda tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan disini. 

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Banyaknya aktiviti boleh buat. Siap ada aktiviti memanah lagi. Best tu.

    ردحذف
  2. macam best je bercuti kat sini...siap bleh memanah lagi ha...eh..hujung tahun bleh la bercuti kat sini

    ردحذف
  3. Banyak juga aktiviti boleh buat di sini ya! Taklah pishang! 😀

    ردحذف
  4. Wan Muhammad Syahmi9 مايو 2019 في 3:56 م

    Best ah mcm nak pergi !!

    ردحذف
  5. semua best.. kene tunggu anak besar mmg nak pegi juga.. naik kuda..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم