Bukit Gambang Waterpark Resort

Assalammualaikum semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah baru-baru ini kawan Hans belanja Hans bercuti di Bukit Gambang Water Park. Seingat Hans kali terakhir Hans pergi ke Bukit Gambang ini pada lima tahun yang lepas. 


Jadi, Hans menuju ke Bukit Gambang dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan, (TBS) pada awal pagi. Selalu Hans naik bas bila nak balik kampung sahaja tetapi kali ini perasan naik bas tu memang lain macam sikit. 



Jadi, Alhamdulillah akhirnya perjalanan lebih kurang 2 jam telah berjaya membawa Hans serta rakan ke Bukit Gambang Waterpark Resort. Secara jujurnya pada kunjungan pertama Hans di tahun 2014, Hans kurang menggemari kawasan taman tema air disini kerana bau klorin pada airnya yang cukup kuat. Jadi, Hans ingin melihat adalah terdapat perbezaan positif pada kualiti air di Taman tema air ini untuk tahun 2019.


Alhamdulillah Hans sangat bersyukur kerana kualiti air untuk Bukit Gambang Waterpark di tahun 2019 ini sangat bagus, bersih dan tidak lagi berbau klorin. Jadi, Hans memang betul-betul puas hati dapat melakukan pelbagai aktiviti permainan air disini dengan rasa gembira dan puas hati. 


1. COCO BEACH WAVE POOL & LAGOON


Jadi, permainan air pertama yang menarik perhatian Hans ialah Coco Beach Wave Pool And Lagoon dimana pada waktu-waktu tertentu bunyi siren akan dihidupkan menandakan gelombang ombak akan hadir membadai para pengunjung yang berada disitu. 


Jadi, Hans memang seronok lah bermandi-manda di Coco Beach nih sambil menanti pukulan ombak hadir. Hans pada mulanya menggunakan pelampung bersama rakan tetapi agak mencabar sebenarnya kerana pelampung asyik dihanyutkan gelombang ombak. 


Jadi, Hans mengambil keputusan untuk tidak menggunakan pelampung dan hasilnya Hans dapat menikmati aku alunan ombak serta pancutan air yang sangat menyeronokkan. 


Boleh tengok video yang dirakamkan Hans di atas untuk melihat suasana di kawasan Coco Beach Wave Pool And Lagoon ini.


2. BOLA TAMPAR PANTAI


Disini juga Hans mengambil peluang bermain bola tampar pantai bersama rakan-rakan lain. Agak menyeronokkan juga apabila melihat pelbagai aksi dan kejadian melucukan berlaku sewaktu Hans bermain permainan ini. Ada yang terpukul bola kepada kepala rakan. Ada kaki rakan yang kejang. Macam-macam lah. Hahaha! 


3. 6 LANE RACER


Permainan seterusnya yang menarik perhatian Hans ialah 6 Lane Racer. Cara bermainnya pun mudah sahaja iaitu korang meniarap di atas pelapik tu dan terus lah menggelongsor ke bawah dengan kelajuan yang maksimum. Memang terbaik! 


Permainan 6 Lane Racer di Bukit Gambang Waterpark Resort ini boleh dikatakan agak berlainan berbanding taman tema air lain di Malaysia dan agak mencabar juga apabila ada bahagian yang akan membuatkan anda terasa seperti terlompat sewaktu menggelongsor di laluan yang disediakan.


Boleh tengok video yang dirakamkan Hans di atas untuk melihat suasana di kawasan 6 Lane Racer ini.


4. FAMILY RAFT RIDE & TREE TOP HILL SLIDES


Ini adalah antara permainan yang sangat menarik dan mencabar di Bukit Gambang Waterpark Resort. Menariknya ialah apabila Hans dapat menikmati pelampung bergelonsor mengikut laluan yang disediakan. Mencabar ya sebab nak kena mendaki tangga menuju atas. Tetapi, kira hebat lah juga Hans sebab enam kali naik semata-mata nak main permainan Family Raft Ride dan Tree Top Hill Slides ini. Boleh tengok video yang dirakamkan Hans di bawah untuk melihat suasana di kawasan Family Raft Ride ini. Sedikit tips daripada Hans jika anda ingin menikmati permainan air ini pastikan muatan pelampung anda berat agar lebih terasa thrill nya saat bermain permainan ini.


5. PENGUIN ISLAND


Kawasan seterusnya ialah Penguin Island yang merupakan kawasan permainan air yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Disini terdapat beberapa permainan yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak bermain sambil bermandi-manda.


Hans mengambil kesempatan dan masa yang ada untuk bergambar kenangan di kawasan ini yang bagi Hans agak cantik dengan permainan warnanya yang menyerlah.


6. AQUA PLAY


Salah satu kawasan menarik yang Hans baru sedar sewaktu ingin pulang ke tempat penginapan ialah Aqua Play. Menariknya disini bukan kerana kedalaman air di kawasan ini kerana ia sebenarnya cetek dan sememangnya dikhaskan untuk kanak-kanak.


Tetapi, apa yang menariknya apabila replika ikan dengan mulut ternganga paling besar memuntahkan air apabila takungan air di mulutnya telah penuh. Memang satu pengalaman yang menarik untuk menikmati sendiri limpahan air yang cukup kuat dari atas seperti yang boleh dilihat pada video di atas.


Hans secara peribadi sangat terhibur berada di Bukit Gambang Waterpark Resort ini. Kualiti air serta kebersihan kawasan permainan yang terdapat di sini wajar dipuji dan hal ini telah membuatkan Hans memberikan satu tanggapan positif kepada prasarana yang disediakan disini. Memang berbaloi dan puas hati jika berkunjung ke sini untuk bermandi-manda bersama ahli keluarga yang lain. 

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم