Hans Di Jakarta Indonesia

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah baru-baru ini Hans berpeluang melawat bandaraya Jakarta atas urusan kerja. Terima kasih kepada pihak Horizon Film Entertainment kerana memberi Hans peluang keemasan ini untuk turut serta bersama mereka menyaksikan malam Gala Premiere Filem Sacred Riana : Beginning yang berlangsung disana. 


Memandangkan Hans sudah lama tidak menjejakkan kaki ke luar negara maka perjalanan kali ini membuatkan Hans sangat teruja terutama apabila dapat pergi ke sana bersama rakan-rakan baru yang turut mempunyai minat yang sama dengan Hans iaitu berkaitan seni dan filem.


Jadi, Hans bertemu dengan youtuber terkenal di dalam kritikan filem iaitu Zhafvlog serta orang kuat Horizon Film Entertainment iaitu Hasib pada awal pagi lagi. Memang banyak perkara yang Kami bualkan semata-mata untuk menahan kelopak mata dari tertutup. Hahaha!


Akhirnya, masa yang dinanti-nantikan telah tiba dimana pesawat Lion Air yang bakal membawa Hans menuju Jakarta telah pun tiba. Segala urusan dan pemeriksaan berjalan dengan lancar.


Alhamdulillah! Nak dijadikan cerita Hans memang sangat susah nak dapat tempat duduk bersebelahan tingkap. Kali ini rezeki Hans apabila tempat duduk Hans berada di kedudukan yang sangat strategik untuk mengambil gambar dan video.


Hasilnya Alhamdulillah dapat lah Hans merakam pemandangan indah sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang dua jam. Apabila sampai disana, kami menghadapi sedikit cabaran untuk memuat naik aplikasi GoJek di dalam telefon kerana tidak membeli data. Haha!


Nasib salah seorang daripada kami bertiga telah siap sedia sejak di Kuala Lumpur lagi dimana terdapat aplikasi GoJek di dalam telefonnya. Jadi, kami berjaya mendapatkan seorang pemandu tempatan dan apa yang mengejutkan bayaran perkhidmatan mereka sangat murah berbanding kadar bayaran Grabcar di Malaysia.


Hans turut mengambil peluang berbual dengan pemandu tempatan tentang Jakarta, penduduknya serta makanannya. Jadi, Alhamdulillah Hans dapat banyak info terutama tentang makanan yang sedap dan wajib dicuba di Jakarta.


Akhirnya Hans tiba di tempat bermalam iaitu di Artotel Jakarta. Serius hotel ini sangat cantik, bersih dan wangi. Hans sangat suka kan dekorasi dan hiasannya yang berkonsepkan hipster dan seaman-akan butik hotel di Malaysia.


Lokasi Artotel Hotel ini agak strategik dimana ia sangat berdekatan dengan kawasan food street Jakarta dan berdekatan dengan kawasan bandar. Jadi, ini sangat menjimatkan masa serta wang apabila menggunakan perkhidmatan GoJek untuk ke bandar Jakarta.


Kejutan bukan sahaja di bahagian luar hotel serta lobi hotel tetapi Hans turut diberi kejutan yang Hebat saat memasuki bilik Hans. Serius sangat cantik, selesa dan penuh warna-warni. Terus Hans rasa teruja nak bergambar sakan dekat dalam bilik. Hahaha!


Kelihatan kacak dan seperti budak lepas an SPM kan? Doakan kekacakan ini kekal selama-laman ya. Hahaha! Jadi, memandangkan perut dah berbunyi menandakan masuknya waktu makan bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengan ya maka Hans pun bersiap-siap sebelum keluar mencari rezeki.


Seperti biasa lah sebelum makan kenalah bergambar dahulu di tepi jalan raya bandar Jakarta. Baru nampak macam acah-acah pelancong luar sikit. Hahaha!


Jadi, sajian pertama yang Hans makan di Jakarta ialah bakso. Ya Allah! Sedap gila bak hang! Kedai bakso ini tepi jalan sahaja tetapi rasa baksonya memang tahap langit ketujuh. Sup bakso ini memang sedap. Rasa pedasnya memang padu. Keseluruhannya bakso dekat sini mempunyai rasa yang Hans tak pernah jumpa di Malaysia.


Hans tinggalkan sebuah video seperti di atas untuk di tonton oleh anda semua bertujuan untuk melahirkan sifat cemburu serta sakit hati yang wujud di dalam diri kalian. Selamat menonton! Hahaha!


Hans menerima kejutan daripada pihak Horizon Film Entertainment apabila dibawa ke pejabat Nimpuna yang merupakan antara pihak yang aktif di dalam industri perfileman Indonesia.


Lebih menarik Hans menjadi antara orang Malaysia yang terawal dapat menonton filem seram Dreadout yang bakal ditayangkan di Malaysia pada bulan April nanti. Ulasan filem Dreadout boleh dibaca di Portal Filem Rollo De Pelicula dalam waktu terdekat.


Kapak yang Hans pegang di dalam gambar di atas merupakan props asal yang digunakan di dalam filem Dreadout. Ada ciri-ciri psikopat yang mengerikan tak bila Hans pegang kapak tu?


Sesiapa yang ada rasa geram atau tak puas hati dengan si Zhafvlog nih jangan risau sebab Hans dah ugut dia dengan kapak misteri nih. Hahaha!


Memandangkan makanan ruji rakyat Malaysia ialah nasi dan bukannya bakso maka perut Hans kembali berdansa melakukan ritual memohon suapan nasi di mulut. Jadi, Hans teringin mencuba makanan yang dijual di dalam pusat membeli-belah disana dan terdapat sebuah premis yang berjaya menarik perhatian Hans iaitu Warung Buntut.


Satu perkara yang Hans puji tentang premis serta restoran makanan yang terletak di dalam kawasan membeli-belah di Jakarta ini ialah gambar makanan serta minuman yang kelihatan sangat profesional, cantik dan begitu menyelerakan. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan tanah air sendiri berkaitan sudut pandang ini.


Tetapi, bagaimana pula dari segi rasa? Jika di Malaysia, Hans kurang gemar makan di premis makanan di pasaraya kerana kualiti rasanya yang kurang memikat hati. Tetapi, Jakarta memberi kejutan tentang hal ini apabila rasa makanan yang dijual disini setaraf dengan paparan gambar menunya yang lazat.


Hans mengambil peluang mencuba Nasi Goreng Buntut yang disertakan dengan sambal matah. Satu perkara yang Hans perasan ialah hidangan makanan di Jakarta boleh dikatakan sangat banyak menggunakan cili tetapi menarik disini ialah rasanya tidak lah pedas seperti rupanya. Untuk hidangan yang Hans cuba ini iaitu Nasi Goreng Buntut, apa Hans boleh katakan ialah rasanya sangat sedap dan unik. Serius Hans sangat berpuas hati sehingga licin pinggan dikerjakan Hans. Haha!


Akhirnya acara yang di nanti-nanti oleh Hans telah tiba iaitu menghadiri Malam Gala Premiere Filem The Sacred Riana : Beginning dimana Hans ingin merasai sendiri suasana di Jakarta dan bagaimana sambutan serta penerimaan masyarakat Indonesia terhadap karya filem mereka sendiri.


Banyak perkara yang menarik dan berbeza yang Hans dapat di lihat di sini. Jika di Malaysia, para media diberi tiket untuk menonton secara percuma namun disini media harus membeli tiket sendiri. Namun, ia tidak menghalang mereka untuk memeriahkan suasana dan memberi sokongan kepada hasil karya mereka.


Selain itu, orang awam turut berpeluang untuk menonton bersama pihak media dan konsepnya sama dimana mereka harus membeli tiket sendiri. Cuba lihat perkongsian video Hans di atas untuk melihat memeriahkan suasana dan sambutan orang Indonesia terhadap filem seram ini.


Apa yang kelakarnya tentang strategi pemasaran filem ini ialah mereka meletakkan lebih daripada 20 orang gadis comel yang mempunyai penampilan serta perwatakan seiras seperti Riana. Hans ada lah juga saja usik-usik kutuk-kutuk mereka tetapi muka mereka tetap kekal seperti di dalam gambar. Hahaha!



Antara kenangan menonton filem ini semestinya tiket wayangnya. Hans yang tak pernah simpan tiket wayang pun terpaksa simpan untuk dijadikan sebagai memori kenangan yang terindah. Hahaha!


Antara perkara menarik juga yang Hans suka tentang tayangan malam Gala filem ini ialah pihak Produksi tidak berucap panjang sebelum tayangan bermula. Satu perkara menarik yang boleh dicontohi oleh Produksi Filem Malaysia selepas ini. Hahaha!


Tamat sahaja menonton Filem The Sacred Riana : Beginning dan Hans ambil keputusan untuk menonton Filem Dilan 1991 yang menjadi fenomena di Indonesia. Sempat juga Hans merasa popcorn yang dijual disini tetapi harus diakui popcorn yang dijual di pawagam Malaysia lebih sedap. Ulasan filem Dilan 1991 ini juga akan Hans kongsikan di Portal Filem Rollo De Pelicula dalam waktu terdekat.


Selepas selesai menonton Filem Dilan 1991 maka Hans mengambil keputusan untuk meneruskan pemburuan makanan-makanan jalanan yang menarik di sekitar Jakarta. Antara menu terkenal dan sangat menyelerakan yang telah Hans cuba mempunyai panggilan nama yang agak unik iaitu Nasi Goreng Gila. Hans pun tidak pasti apa kegilaan sebenar yang ada pada nasi goreng ini. Mungkin disebabkan tahap kepedasannya tetapi Hans yang merupakan peminat makanan pedas tidak lah merasa kan menu ini terlampau pedas. Tetapi, rasa sedap Nasgor Gila ini memang diakui. Puas hati makan dengan kuantiti nasi dan lauknya yang banyak.


Kemudian Hans turut mengambil peluang untuk merasa sendiri Satay Ayam dan Satay Kambing yang turut menjadi antara menu kegemaran disini. Kedua-dua jenis satay ini memang sedap tetapi Hans Lebih menggemari Satay Kambing disini bukan sahaja kerana rasa dagingnya yang sedap serta isinya yang lembut tetapi juga rasa kuahnya yang sangat menyelerakan.


HARI KEDUA


Pada hari kedua, Hans memulakan aktiviti dengan pergi ke pawagam atau disebut orang Indonesia dengan nama bioskop untuk merasai pula suasana pawagam CGV ini.


Hans sebenarnya sangat kagum dengan suasana, dekorasi dan kemudahan yang ditawarkan oleh pawagam di Indonesia dimana ia bukan sekadar cantik seperti di lobi hotel tetapi ia melebihi sendiri kehebatan pawagam yang ada di Malaysia.


Hans ambil keputusan untuk jadi ahli CGV semata-mata sebab ada kad ahli ekslusif Dilan 1991. Cantik weh! Hahaha!


Antara perkara yang membanggakan bagi Hans apabila melihat filem Misteri Dilaila ditayangkan di pawagam CGV ini. Maklum sahaja lah bukan mudah untuk filem kita menembusi pasaran Indonesia.


Untuk pengetahuan semua, pawagam di Indonesia menawarkan pengalaman menonton filem terpilih di dalam panggung Screen X. Panggung berkonsepkan sebegini masih belum ada di Malaysia Jadi Hans mengambil peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menonton Filem Captain Marvel di dalam versi Screen X.


Harga tiketnya pun murah dan pengalaman menonton di dalam Screen X memberi kan satu pengalaman baru yang sangat menggunakan dan menggembirakan. Ia membuatkan Hans seolah-olah turut berada di dalam filem tersebut bersama-sama Captain Marvel. Hehehe!


Kali ini, Hans sekali lagi mencuba nasib menikmati makanan tengahari di dalam pusat membeli-belah juga tetapi kali ini memilih premis makanan yang lain. Namun, satu lagi kejutan berlaku dimana rasa menunya juga sangat sedap bertepatan dengan paparan gambar menunya yang lazat. Memang berseleralah makan!


Hans turut sempat mencuri masa berjalan-jalan di dalam Thamrin Mall dimana kawasan ini merupakan syurga membeli-belah buat kaum wanita kerana banyak barang-barang serta pakaian wanita dijual disini dengan harga yang agak murah jika anda pandai tawar menawar. Hans sekadar jalan-jalan cuci mata sahaja lah tengok.


Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman Hans sepanjang berada di Jakarta selama dua hari di sana. Satu pengalaman yang cukup indah dan menarik kerana kali ini Hans pergi kesana bukan atas dasar bercuti atau mengembara tetapi kerana ingin melihat dan merasai sendiri suasana serta industri perfileman serta pawagam mereka. Mudah-mudahan Hans berpeluang untuk datang ke bandaraya Jakarta pada masa akan datang. Sekian!

10 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wahhh bestnya hans, sampai ke sana dpt tgk movie yek...
    yg scared riana tuh akak ingat pertunjukkan je, tak tau lah yg dibuat filem yek...

    geram lak nengok segala makanan yg hans try tuh... aduhai

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      yups, sacred riana dah ada movie
      hahaha makanan dekat sini yang Hans makan memang kebanyakannya sedap-sedap di anak tekak hans

      حذف
  2. Makanan Indonesia memang best, pedas cukup rasa dan presentation pun terbaik..

    Seronok Han dapat peluang macam ni

    ردحذف
  3. Wah LRT di Jakarta pun dah beroperasi kan Hans... Makan buntut tak... kah3

    ردحذف
    الردود
    1. LRT dia dah beroperasi tapi tak sempat nak cuba
      buntut makan
      sedap
      haha

      حذف
  4. sacred riana ni saya tau lepas tengok asia's got talent tu. tak sangka dah jadi cerita kat wayang pulak

    ردحذف
  5. Asalam Hansm, tabik spring kat awak lah..bestnya. ala bagi lah oleh2 ya bila balik hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. salam
      wah kenapa tabik spring tu?
      haha
      tak beli ole-ole pun dekat sana.
      bawa duit sikit jer dan kebanyakkan guna untuk makan.
      hahaha

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم