Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans ingin berkongsi pengalaman sewaktu menaiki ATV dan Tram di Safari Park Bukit Gambang.
Seperti biasa pada mulanya mestilah kena beli tiket dulu sebelum masuk ke dalam.
Sebelum masuk tu apa kata ambil sedikit masa untuk membaca peraturan masuk Safari Park ini terlebih dahulu.
Jadi, Hans diberi pilihan sama ada untuk memandu ATV atau menaiki Tram terlebih dahulu. Fikir punya fikir akhirnya Hans ambil keputusan untuk naik ATV dahulu sebab rasa teruja lebih kepada ATV disebabkan Hans tak pernah bawa ATV lagi. Hahaha.
Jadi, Hans diberi peluang untuk berlatih terlebih dahulu membawa ATV di sekitar kawasan berdekatan. Agak risau juga pada mulanya kerana ada beberapa perkara yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan membawa kereta atau menunggang motosikal.
Alhamdulillah Hans berjaya menghabiskan dua pusingan walaupun pemanduan Hans ala-ala siput baru belajar nak ambil lesen L. Hahaha!
Jadi, waktu tengah berlatih bawa ATV tu sempat lah pusing keliling kawasan yang menempatkan beberapa haiwan yang menarik seperti unta dan ilama.
Hans agak tertarik dengan haiwan Ilama di sini kerana bulunya mempunyai beberapa tona warna yang sangat cantik. Lebih menghiburkan kerana kedua-dua ekor ilama ini datang kepada Hans dengan wajah seperti tersenyum. Macam tahu-tahu pula Hans nak ambil gambar dia.
Memandangkan Hans masih kurang yakin untuk memandu ATV ini jadi Hans serahkan tugas tersebut kepada rakan Hans. Alhamdulillah Hans dapat menikmati keindahan suasana Safari Park di Bukit Gambang ini tanpa gangguan. Haha!
Ada beberapa haiwan liar yang hidup di Safari Park dapat ditemui di dalam kawasan ini. Antaranya ialah Gajah dan Hans dapat menyaksikan aktiviti Gajah makan buah disini.
Untuk haiwan-haiwan liar yang bersifat karnivor pula, mereka di Tempatan di kawasan kurungan. Jadi, menaiki ATV masih selamat dan tidak perlu risau kerana Keselamatan disini sangat dititikberatkan oleh pekerja-pekerja Safari Park Bukit Gambang.
Antara salah satu pengalaman yang menarik juga ialah Hans dapat berada berdekatan dengan kuda helang atau zebra ini. Selalu ya dapat tengok daripada jauh sahaja sebelum ini di zoo. Kali ini memang rasa seronok sebab berada dekat dan kuda belang ini pun tidak lah liar.
Ada beberapa lagi haiwan liar yang menarik dapat di lihat disini. Hans tak mahu lah kongsi semua sebab nanti tak ada kejutan lah untuk sesiapa yang baru pertama kali nak pergi kan.
Jadi, aktiviti menaiki ATV memang merupakan satu pengalaman yang cukup menarik kerana berjaya membuatkan Hans terasa dekat dengan alam semula jadi yang berkonsepkan safari ini. Jadi, selepas ini Hans menaiki tram pula tetapi masih menuju kawasan yang sama iaitu Safari Park.
Apa bezanya menaiki ATV dan Tram kalau kedua-duanya masuk ke kawasan yang sama? Memang banyak bezanya. Kalau ATV memang Hans boleh berada berdekatan dengan haiwan-haiwan ini tetapi tidak dapat masuk ke kawasan kurungan singa, harimau dan dubuk. Tetapi, jika menaiki tram Hans berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat tempat tinggal haiwan-haiwan pemangsa ini melalui dalam tram dan keselamatan juga sangat terjamin.
Banyak haiwan menarik yang boleh di lihat melalui jendela tram dan lebih menarik apabila terdapat pemandu pelancong di dalam tram yang akan berkongsi pelbagai info dan ilmu berkaitan haiwan terbabit sepanjang perjalanan Hans menaiki tram di Safari Park ini.
Secara tidak langsung Hans berpendapat aktiviti sebegini sememangnya bagus di dalam mendidik pengunjung untuk lebih menghargai khazanah alam dan menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang dijalankan di seluruh dunia bagi mengelakkan haiwan-haiwan ini dari terus di ancam keputusan.
Jadi, kepada sesiapa yang pergi ke Bukit Gambang ini jangan terlepas peluang untuk turut serta di dalam aktiviti menaiki ATV Dan Tram menuju kawasan Safari Park. Memang tidak lengkap kalau tak berkunjung ke kawasan yang menarik dan memberikan pengalaman penggembaraan yang cukup mengujakan ini.
Wah, bestnya. Naik dalam safari baru rasa mencabar sikit...
ردحذفBest lah pulak tgk Safari Park ni. Syafi mesti suka. Nak bawa lah dia nanti.
ردحذفwiw..ada safari park lagi..bestnya..sesuai untuk anak-anak..mereka sure suka..well nanti share cost bercuti kat sini ye
ردحذفMenarik ni! Nak bercuti di Gambang la nanti!
ردحذفLagi adventure la masuk safari ni naik ATV
ردحذفAdventure gila ah tempat ni , mcm nak try pergi!
ردحذفMengembara melihat haiwan sendiri.. menarik lah..
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com