Bufet Ramadan 2019 : Citarasa Tradisi Melayu Asli Menara Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan akan datang nanti iaitu di Menara Kuala Lumpur sempena Bufet Ramadan 2019 dengan temanya Citarasa Tradisi Melayu Aslyang menawarkan lebih daripada 200 jenis sajian tradisi dan moden yang lazat dan menyelerakan.


BUFET RAMADAN CITARASA TRADISI MELAYU ASLI
MENARA KUALA LUMPUR 

Alamat:
Menara Kuala Lumpur,
No.2, Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
8 Mei 2019 - 2 Jun 2019

Harga:
RM120 (Dewasa)
RM73 (Kanak-Kanak Berumur 5-12 Tahun)

Harga Promosi (1 April - 5 Mei 2019):
RM96 (Dewasa)
RM58 (Kanak-Kanak Berumur 5-12 Tahun)

Nombor Telefon:
+603 2020544 (untuk tempahan)

Laman Web:


Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1440 Hijrah yang bakal menjelma tak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur yang akan bermula pada Ramadan ketiga iaitu 8 Mei hingga 2 Jun 2019, dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Dewan Banquet Megaview, Menara Kuala Lumpur. Bufet Ramadan ni diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim tetamu Menara Kuala Lumpur serta sanak saudara dan sahabat handai ketika berbuka puasa.

Ayam Goreng Berempah
 Sambal Udang Petai
 Daging Rendang Pedas
 Gulai Kari Ikan Dan Bendi
 Gulai Lemak Nenas Ikan Masin
 Ikan Bakar
 Sayur Goreng Campur
 Aneka Ikan Kering, Telur Masin Dan Kerabu

Selain itu, Menara Kuala Lumpur juga menyediakan 7 jenis sambal belacan yang pastinya dapat menepati citarasa setiap pengunjung yang berbuka di Menara KL. Sajian istimewa ini disediakan khas oleh rakan kerjasama Menara KL iaitu Kumpulan Segi Seri.dara dan sahabat handai ketika berbuka puasa.

 Aneka Sambal
Aneka Ulam-Ulaman
Kambing Panggang

Menu kambing panggang yang disediakan sempena Bufet Ramadan 2019 Menara Kuala Lumpur juga sangat menyelerakan. Rasanya yang segar, lembut dan tidak kering menjadikan ia sedap dimakan dengan nasi arab yang disediakan disini.

Steamboat Seafood
Sup Ekor, Ayam Dan Daging Bersama Mee Dan Bihun

Hans turut mencuba bihun sup yang disediakan sempena Bufet Ramadan 2019 Menara Kuala Lumpur ini dan apa yang Hans boleh katakan rasa sup disini menepati selera Hans. Memang rasanya terbaik! Anda juga  boleh memilih untuk makan sup sahaja dimana disediakan isi ayam, daging serta ekor untuk anda cuba.

Nasi Impit
 Pasembor
 Satay Ayam Dan Daging

Serius kalau anda berbuka di Bufet Ramadan 2019 Menara Kuala Lumpur ini jangan sesekali lepaskan peluang untuk menjamah satay ayam atau satay daging disini. Perapan satay yang disediakan disini menjadikan satay ini sangat sedap kerana rempah ratus memang sebati dengan isi daging. Tetapi yang menjadikan satay disini lebih istimewa kerana kuah kacangnya yang pekat dan lazat. Menu yang anda wajib cuba jika anda tidak mahu berasa menyesal di kemudian hari.

 Rojak Buah

Kuah rojak yang disediakan pada Bufet Ramadan 2019 Menara Kuala Lumpur ini juga memang kena dengan selera Hans. Rasanya lebih kurang kuah rojak Mak Bee yang popular di kawasan utara. Cuma rasanya sedikit pedas cuma untuk Hans yang suka makan pedas memang masih boleh tahan. Menu yang anda wajib cuba dan lebih menarik sebab boleh buat sendiri jer dengan masukkan bahan-bahan dalam mangkuk besar seperti di dalam gambar di atas dan kemudian gaulkan hingga sebati sebelum siap sedia untuk dijamah.

Pulut Kukus
Serawa Durian

Menu pencuci mulut Serawa Durian ini memang wajib anda cuba jika berbuka puasa disini. Bukan sedar sedap tetapi Hans dapat merasakan kepekatan isi durian di dalah kuah serawa durian ini. Lebih menarik Hans dapat menikmati serawa durian ini dengan roti putih yang disediakan. Untuk pengetahuan semua, Hans berjaya makan tiga mangkuk serawa durian pada hari kejadian. Hahaha! Nak buat macam mana kan sebab sedap sangat! Jadi, termakan tanpa sengaja lah jawabnya.

Aneka Kuih Muih Tempatan
Aneka Buah

Sambil menikmati juadah berbuka puasa, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan dari 'The Sky Band'. Mereka akan mendendangkan lagu-lagu melayu asli untuk memeriahkan suasana berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan nanti. Selain itu, kemudahan seperti ruang solat yang selesa juga turut disediakan buat anda untuk bersolat maghrib dan isyak nanti. Jadi, tidak perlu risau memikirkan tempat untuk solat kerana semuanya telah disediakan oleh pihak Menara Kuala Lumpur.

 Gerai ABC
Aneka Minuman

Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur sempena Citarasa Tradisi Melayu Asli pada bulan Ramadan nanti, anda bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa serta tiket percuma ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) Menara Kuala Lumpur untuk tempahan awal. Paling penting jangan terlepas untuk menikmati hidangan yang menyelerakan seperti kambing panggang, satay dan serawa durian yang sememangnya lazat. Semoga anda gembira berbuka puasa di sini bersama keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم