Bufet Ramadan 2019 : Restoran D'Tandoor Pastikan Anda Tidak Membazir Makanan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi lagi dengan anda semua berkaitan pilihan tempat makan yang menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan yang akan datang nanti. Jika anda penggemar menu-menu makanan arab seperti Nasi Mandy Kambing dan sebagainya maka Restoran D'Tandoor adalah tempat yang menarik untuk anda cuba. 


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 2019
D'TANDOOR RESTAURANT 

Alamat:
d'Tandoor Putrajaya,
Lot A1-LG-1,
Ayer@8, Percint 8,
Jalan P8G,
Putrajaya.

Harga:
RM42.90 ++(Dewasa)
RM21.50++ (Kanak-Kanak Berumur 5-10 Tahun)

Harga Promosi:
Diskaun 20%

Nombor Telefon:
+603 88931628 
+60127880692 (Whatsapps)

Laman Web:


Sebelum itu, Hans ingin kongsikan satu inisiatif terbaik yang telah dilakukan oleh pihak Restoran D'Tandoor dan semua rangkaian perniagaannya yang kini sedang menjalankan kempen menghentikan pembaziran atau dalam erti kata lain pembuangan lebihan makanan yang kerap kali berlaku terutamanya pada bulan Ramadan. Menurut Pengurus Besar D'Tandoor iaitu Encik Amir Malik,  kempen murni ini dijalankan selepas melihat kepada peningkatan kuantiti makanan yang dibuang di negara Malaysia yang dianggarkan melebihi 15,000 tan hanya dalam masa sehari sahaja.


Hans juga turut kagum dan sangat bersetuju dengan kempen yang diamalkan oleh pihak Restoran D'Tandoor ini sejak tiga tahun yang lalu di dalam membantu golongan kurang berkemampuan seperti rumah kebajikan dan rumah anak-anak yatim untuk mendapatkan bekalan makanan yang berkualiti dan bersih sepanjang bulan Ramadan nanti. Selain itu, Hans turut dimaklumkan bahawa pihak D'Tandoor akan berjumpa dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bekerjasama di dalam usaha menyokong program Food Bank Malaysia selain membincangkan peranan mereka di dalam mengurangkan masalah pembaziran makanan melalui program tersebut.


Jadi, untuk Bufet Ramadan 2019 kali ini, pihak Restoran D'Tandoor akan menyediakan lebih daripada 35 jenis makanan untuk dinikmati oleh pelanggan mereka sepanjang bulan puasa nanti dengan kadar bayaran sebanyak RM42.90 untuk seorang dewasa. Serius Hans sangat sukakan rasa Nasi Mandy Kambing yang disediakan disini kerana rasa daging itu menyerap di dalam nasi dan menjadikan menu ini memang betul-betul sedap untuk dimakan. Selain itu, terdapat hidangan lauk pauk serta salad yang disediakan yang boleh dimakan bersama-sama dengan nasi mandy ini. Wajib cuba apabila anda menempah untuk makan disini nanti.


Seterusnya menu yang anda wajib cuba apabila berbuka disini nanti ialah sup daging kambing yang sangat sedap apabila dimakan dengan roti. Serius rasa rempah sup yang disediakan sangat memikat hati ditambah dengan isi dagingnya yang betul-betul lembut dan tidak berbau hamis. Memang menambah lah jawabnya nanti.


Hans ingin kongsikan satu lagi rahsia keistimewaan yang terdapat di Restoran D'Tandoor ini. Secara jujurnya, Hans bukannya seorang manusia yang meminati hidangan bubur tambah-tambah bubur lambuk. Hans dikhabarkan salah satu menu wajib yang disediakan disini sepanjang Ramadan gara-gara mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia mereka ialah menu bubur lambuk. Kebetulan rakan-rakan media yang Hans kenal turut sama memuji hidangan bubur lambuk ini pada hari kejadian menyebabkan Hans ingin mencuba semangkuk. Apa yang menariknya buat pertama kali Hans bukan sahaja dapat menghabiskan semangkuk bubur lambuk dengan cukup berselera tetapi menambah lagi sebanyak dua mangkuk untuk menikmati keunikan rasa bubur lambuk yang disediakan disini. Serius bubur lambuk dekat sini memang sedap. Hans yang sebelum ini hanya makan sesudu sahaja bubur lambuk boleh jatuh cinta dengan mudahnya apabila menikmati bubur lambuk istimewa yang hanya boleh didapati disini. Jadi, kalau anda datang berbuka nanti pastikan jangan lupa untuk mencuba bubur lambuk disini.


Selain itu, terdapat pelbagai lagi menu lain dimana pada bulan Ramadan nanti pihak Restoran D'Tandoor akan mengubah atau menambah beberapa menu berlainan pada setiap hari untuk memberi kepelbagaian rasa kepada para pelanggan mereka. Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Restoran D'Tandoor sama ada di cawangan Putrajaya atau cawangan di Damansara Utama pada bulan Ramadan nanti, anda bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Paling penting jangan terlepas peluang untuk menikmati hidangan yang menyelerakan seperti Nasi Mandy Kambing, sup beserta roti dan bubur lambuk yang sememangnya begitu lazat dan menyelerakan. Semoga anda gembira berbuka puasa di sini bersama keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang

4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم