Assalammualaikum semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran telefon terbaru keluaran OPPO iaitu OPPO F11 Pro yang berlangsung dengan cukup meriah di One Utama. Lebih menarik apabila duta telefon OPPO F11 Pro ini iaitu Fattah Amin turut sama hadir bagi berkongsi pengalamannya menggunakan telefon terbaru ini kepada para media serta hadirin yang hadir.
Seperti yang semua sedia maklum, majoriti pengguna OPPO menyukai telefon keluaran mereka disebabkan keistimewaan yang terdapat pada kamera telefon ini. Jadi, pasti ramai yang ternanti-nantikan model OPPO F11 Pro ini bagi mengetahui apakah pembaharuan serta teknologi baharu yang boleh didapati pada model terbaru ini.
Untuk pengetahuan semua, OPPO F11 Pro hadir dengan skrin 6.53 inci FDH dan disertai dengan memori 6GB ram dan storan 64GB. Lebih menarik, model ini bukan sahaja dilengkapi dengan dwi-kamera belakang 48 Megapixel tetapi turut disertakan dengan ciri menarik dimana kamera swafoto 16 Megapixel ini boleh dinaik, diturunkan dan disembunyikan
Salah satu pembaharuan yang dapat dilihat pada model Oppo F11 Pro ini ialah kelebihannya di dalam merakam gambar di dalam keadaan cahaya yang rendah namun mampu menghasilkan gambar yang boleh dikategorikan sebagai hebat. Jadi, penggunaan teknologi Tetracell ini secara tidak langsung membantu memudahkan pengguna yang ingin mengambil gambar pada waktu gelap.
Para Pengunjung Mencuba Model Terbaru OPPO Iaitu OPPO F11 Pro
OPPO F11 Pro juga menggunakan teknologi mod Ultra Night dan mod Colour Dazzle dimana teknologi ini memanfaatkan teknologi AI dan teknologi pengurangan hingar berbilangan bingkai bagi mencapai pengurangan bunyi, penstabilan genggaman, cengkaman sorotan dan julat dinamik yang dipertingkatkan. Teknologi tersebut sekaligus membekalkan pengguna untuk menangkap lebih banyak tahap kecerahan dan perincian yang biasanya melebihi had mata manusia.
Fattah Amin Berkongsi Pengalamannya Menggunakan OPPO F11 Pro
Dengan kata lain, apabila pengguna merakam potret pada waktu malam, Oppo F11 Pro secara automatik boleh membezakan antara wajah manusia dengan latar belakang dan memastikan wajah manusia itu menjadi fokus kamera. Oppo F11 Pro bukan sahaja merakamkan potret-potret yang hebat dengan kamera belakangnya, tetapi juga mengekalkan tradisinya sebagai pakar swafoto dalam siri F. Swafoto yang menggunakan Oppo F11 Pro lebih bersifat semulajadi dan hebat.
Suasana Sebelum Majlis Pelancaran OPPO F11 Pro
Lebih menarik model terbaru ini turut dilengkapi dengan bateri 4,000mAH dimana kuasanya bateri ini adalah lebih tinggi daripada model-model sebelum ini yang menggunakan bateri 3,500mAH. Lebih menarik apabila teknologi pengisian kilat VOOC 3.0 yang ini berjaya memendekkan masa pengecasan telefon ini sebanyak 20 minit berbanding model terdahulu. Ini menandakan masa yang diambil oleh model OPPO F11 Pro untuk mengecas bateri sepenuhnya hanya dalam tempoh 80 minit sahaja.
Duta OPPO F11 Pro, Fattah Amin Bersama Para Peminat Untuk Sesi Bergambar
OPPO F11 Pro yang hadir dengan dua jenis pilihan warna iaitu Thunder Black dan Aurora Green kini sudah berada di pasaran dan boleh diperoleh dengan harga jualan RM1399. Jadi, kepada peminat telefon jenama OPPO silalah ke cawangan OPPO berdekatan anda untuk mendapatkan model terbaru ini dengan segera. Selamat menggunakan OPPO F11 Pro!
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com