Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan menghadiri majlis perasmian pembukaan restoran Pizza Hut Malaysia yang ke-400 di Central i-City Shah Alam dan disambut dengan penuh meriah dan gembira oleh kakitangan rangkaian piza nombor 1 di Malaysia ini.
Untuk maklumat anda semua, Pizza Hut Malaysia memiliki hampir dua kali ganda lebih banyak restoran berbanding pesaing terdekatnya dimana rangkaian piza dengan kekuatan 400 restoran merupakan salah satu daripada dua rangkaian restoran terbesar di Malaysia. Lebih penting lagi, Pizza Hut kini turut menjadi peneraju utama industri dari segi inovasi digital dengan menduduki tangga pertama di dalam aplikasi pesanan piza.
Menurut Pengarah Urusan QSR Brands, Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, majlis pada kali ini bukan hanya sekadar mengenai pembukaan restoran baru sahaja tetapi ia menandakan betapa pesatnya pertumbuhan Pizza Hut selama ini sekaligus membuktikan restoran piza yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Pizza Hut juga telah memperlihatkan peningkatan keuntungan menerusi kedua-dua restoran fizikal dan platform digital, terutamanya dalam tempoh dua tahun yang lepas.
Ketua Pegawai Operasi Restoran Pizza Hut, Loi Liang Tok pula turut berkongsi pandangan dengan menyatakan Pizza Hut sentiasa berusaha untuk memastikan para pelanggan mereka mendapat akses kepada piza terbaik dengan lebih mudah. Sejajar dengan matlamat itu, Pizza Hut menyasarkan untuk mencapai 408 restoran menjelang hujung tahun 2019 dan membuka 60 buah lagi restoran baru dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Lebih menarik pembukaan restoran Pizza Hut akan datang turut akan diperluaskan ke beberapa negeri yang belum pernah diterokai seperti di Sabah, Sarawak, Perak dan Pulau Pinang.
Pizza Hut terus berkembang sejajar dengan keperluan dan kesukaan rakyat Malaysia dan pelancaran restoran format yang terbaru iaitu Fast Casual Delco (FCD) mencerminkan kesungguhan pihak mereka untuk mencapai matlamat berkenaan. Restoran FCD dibina untuk memenuhi permintaan tinggi dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan memberi nafas baru kepada pengalaman makan di restoran dengan kemudahan yang telah dipertingkatkan beserta perubahan reka bentuk restoran. Restoran sebegini dilengkapi dengan sistem dapur belakang dan kaunter separa layan diri yang lebih cekap bagi meningkatkan kepantasan perkhidmatan sama ada untuk makan di restoran, bawa pulang atau penghantaran. Konsep dapur terbuka juga telah diperkenalkan untuk mencipta suasana yang ceria dan pengalaman yang lagi menarik. Konsep ini juga membolehkan para pelanggan melihat sendiri penyediaan piza segar.
Sempena pembukaan cawangannya yang ke-400, Pizza Hut berharap untuk mengukir senyuman pada lebih ramai lagi rakyat Malaysia. Berita baik buat anda semua yang menggemari piza dimana Pizza Hut menawarkan piza peribadi pada harga cuma RM4.00 sehingga 30 April 2019. Ia juga akan memberikan 4,000 piza bagi memperingati detik penting ini. Menjelang perayaan berkenaan, ia turut mengambil peluang untuk mengukir lebih senyuman dengan memberikan 400 piza kepada 10 badan kebajikan di Lembah Klang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi www.pizzahut.com.my.
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com