Taman Orkid Tasik Kenyir

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam program Ekspresi Media-Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Lokasi seterusnya yang disinggahi oleh Hans serta rakan-rakan media lain yang pasti menjadi syurga buat peminat dan penggemar bunga iaitu Taman Orkid Tasik Kenyir. Kawasan ini merangkumi Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit. Jika anda melawat Taman Orkid ini dari Jeti Pengkalan Gawi, tempoh perjalanan yang diambil cuma sekitar 20 minit sahaja.


Taman Orkid Tasik Kenyir ini ditubuhkan sebagai hub penanaman, pemeliharaan dan penyelidikan orkid. Menariknya disini ialah taman orkid ini masih mengekalkan ekosistem semula jadi untuk membiarkan pokok-pokok orkid ini terus hidup dan membiak secara semula jadi.

 

Terdapat pelbagai jenis spesis orkid liar boleh ditemui di Taman Orkid Tasik Kenyir ini termasuk daripada spesis orkid tempatan dan juga antarabangsa yang dikacuk dan menghasilkan warna bunga yang cukup unik sekali. Hans sendiri berasa kagum melihat bentuk bunga serta warna bunga orkid di taman ini yang sangat cantik dan mempesonakan.


Taman Orkid Tasik Kenyir berjaya mengumpul lebih dari 400 spesis orkid dari seluruh asia dimana pokok-pokok ini ditanam di pohon-pohon kayu sekitar kawasan taman ini. Untuk spesis orkid tempatan pula, lebih kurang 500 spesis orkid berjaya dikumpulkan disini. Hans dimaklumkan bahawa pokok bunga orkid hutan ini kebanyakkannya berbunga selepas hujan. Tetapi, ada juga jenis pokok orkid yang berbunga setahun sekali, dua tahun sekali dan juga empat tahun sekali. Disini juga terdapat ratusan jenis pokok bunga orkid hibrid yang boleh ditemui di sekitar Taman Orkid ini. Cuma perbezaan di antara Orkid Hutan dan Orkid Hibrid ialah daya antibodi pokok bunga ini dimana Orkid Hutan lebih kuat berbanding Orkid Hibrid.


Perjalanan Hans dan rakan-rakan media lain di Taman Orkid Tasik Kenyir diselesaikan dengan majlis penanaman orkid di salah sebuah pohon kayu di sekitar kawasan ini. Semoga pokok orkid yang ditanam kembang mekar selepas ini.


Seterusnya, Hans dibawa ke sebuah kawasan penyelidikan pokok buah strawberry yang berada di dalam kawasan Taman Orkid Tasik Kenyir. Nampaknya gayanya pada masa akan datang, orang-orang Terengganu tak perlu lagi nak pergi Cameron Highland kalau nak petik buah strawberry sebab dekat Tasik Kenyir bakal menjadi tempat pengeluaran buah strawberry pada suatu hari nanti.


Selain pada itu, disini juga terdapat sarang madu kelulut yang boleh dilihat buat sesiapa yang tidak pernah lagi melihat kelulut serta sarangnya. Hans kongsikan video rakaman Hans di atas tentang rupa sarang kelulut untuk para pembaca lihat.


Terdapat sedikit kejadian melucukan dimana Hans tergelincir sewaktu sedang leka mengambil gambar bunga orkid. Tak pasal-pasal luka sedikit dibahagian kaki. Hans rasa kelakar sebab ada rakan-rakan media yang lain terjatuh atau tergelincir sewaktu aktiviti menjejak pokok Melunak, memasuki Gua Bewah atau sewaktu perjalanan menuju ke Santuari Kelah yang sememangnya mencabar. Tetapi, Hans pula terjatuh dekat Taman Orkid. Nak bagitahu jatuh dekat lokasi mana pun malu sebab tak mencabar langsung. Hahaha!


Jadi, kepada penggemar bunga orkid sila letakkan Taman Orkid Tasik Kenyir ini sebagai salah satu lokasi lawatan anda jika berkunjung atau bercuti di kawasan Tasik Kenyir ini. In Sha Allah, anda pasti terpesona dengan keindahan bunga-bunga orkid disini yang sangat cantik dan unik.

P/S : ANTARA LOKASI MENARIK LAIN YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG EKSPRESI MEDIA-KENYIR 2019 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:





















2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dah lama dah takpergi t.kenyir. dulu kecik2 selalu lah pergi

    ردحذف
    الردود
    1. owh
      sekarang banyak penambahbaikan dan tempat-tempat menarik
      kena pergi lagi

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم