Assalammualaikum
dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan
bulan Ramadan ini bulan yang penuh barakah maka ramai daripada kalangan kita
yang berebut-rebut untuk melakukan amal ibadah bagi mengejar dan merebut
ganjara pahala yang berlipat kali ganda daripada biasa. Hans juga tidak
terkecuali untuk mengambil peluang yang singkat ini dengan berkongsi dan
menyeru anda semua untuk sama-sama melibatkan diri di dalam misi yang cukup
murni daripada MVM Relief iaitu Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang
3.0 ini.
Buat sesiapa
yang masih belum mengetahui tentang MVM
Relief ini, ia sebenarnya merupakan sebuah program bantuan kecemasan yang
mula digerakkan sewaktu kejadian banjir besar yang berlaku di Kuantan, Pahang
pada tahun 2013. Hasil kejayaan program tersebut telah membuatkan pihak MVM
Relief terus mengorak langkah dengan bukannya sekadar menjadi sebuah program
bantuan untuk negeri-negeri di dalam Malaysia sahaja tetapi memberi fokus lebih
besar apabila mula menyumbang bantuan kepada negara-negara antarabangsa yang
memerlukan seperti Kemboja,
Vietnam, Bangladesh, Syria, Jordan dan Lubnan.
Mungkin ada para pembaca
blog hanshanis.com yang tertanya-tanya tentang program ini dan Hans percaya ada
segelintir yang berasa risau kerana takut program bantuan ini tidak sah seperti
mana beberapa program bantuan untuk rakyat Syria yang dilakukan oleh beberapa
pihak lain sebelum ini yang meragukan dan ada yang tidak berdaftar . Lebih
menyedihkan apabila para pemberi sumbangan tidak tahu kemana perginya sumbangan
mereka selepas itu. Tetapi, anda semua
tidak perlu risau kerana tahun 2019 ini merupakan tahun ke-3 program MVM
Relief ini dilaksanakan dan sememangnya ia
merupakan sebuah
program yang diiktiraf apabila pada tahun 2016, satu MOU telah ditandatangani antara pihak MVM dan Malaysia Lifeline for Syria dimana kedua-dua pihak telah
bekerjasama untuk menghantar bantuan
kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara. Antara
penerima bantuan tersebut ialah pelarian Syria yang kebanyakkannya kini berada
di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria serta pelarian Rohingya yang kini di
tempatkan di kem-kem pelarian di Bangladesh.
Pada tahun ini , misi MVM
akan diteruskan lagi dengan menghantar bantuan Ramadan serta keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki
– Syria seperti Pek Iftar dan Sahur
buat pelarian yang mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk, Pek Makanan yang terdiri daripada barangan
asas dapur untuk kelangsungan hidup keluarga pelarian Syria serta Beg Keceriaan yang terdiri daripada
alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya untuk menceriakan anak-anak
kecil Syria. Program MVM untuk kali ketiga ini menyasarkan untuk memberikan
bantuan kepada hampir 20,000 pelarian
Syria. Jadi, demi mencapai objektif serta misi bantuan kali ini maka pihak
MVM memerlukan dana bantuan keseluruhan sebanyak
RM500,000 supaya para pelarian Syria yang berada di beberapa lokasi
terpilih seperti di Kem Pelarian di Idlib dan Luar Bandar Aleppo, Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria dan
Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo akan menerima manfaat daripada
bantuan Ramadan untuk kali ini.
Ramai juga yang selalu
bertanyakan soalan-soalan seperti kenapa perlu kita menghantar lagi bantuan
kepada pelarian-pelarian Syria? Bukankah sudah banyak bantuan yang diberikan
sejak 8 tahun yang lepas? Baik kita berikan bantuan kepada pihak yang lain
pula. Hans bukannya mengatakan kita tidak boleh memberi bantuan kepada pihak
lain tetapi percayalah walaupun bantuan-bantuan ini sememangnya telah
disampaikan sejak dahulu lagi namun ia tetap tidak pernah mencukupi disebabkan pergolakan serta peperangan yang berlaku di
Syria masih berterusan sehingga kini dan tidak menunjukkan sebarang tanda
positif yang ianya akan berakhir untuk mereka kembali meneruskan kehidupan
seperti sebelum ini. Disebabkan peperangan
yang masih tidak berakhir ini menyebabkan apa-apa saja sumber keperluan asas
seperti bekalan makanan, ubat serta keperluan asas hidup yang lain tidak
pernah mencukupi buat 4 juta rakyat
Syria yang menjadi pelarian dan tinggal di kem-kem pelarian di sempadan
Turki dan Syria yang sempit dan serba kekurangan. Jadi, mereka sangat
memerlukan setiap bantuan ini dari masa ke semasa kerana hanya ini sahaja yang
mereka boleh harapkan disebabkan mereka
sukar untuk bekerja, bersekolah atau
mendapatkan rawatan perubatan dari perkhidmatan kerajaan negara lain yang
menjadi tempat mereka berlindung sekarang disebabkan status mereka sebagai
pelarian.
Jadi, Hans mengambil
kesempatan pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk mengajak semua para pembaca
sekali untuk bersama-sama dengan Hans menghulurkan sumbangan bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang
3.0 kali ini. Mari kita membantu dengan menghulurkan sumbangan seikhlas yang boleh agar dapat meringankan
beban mereka. Namun, jika anda ingin memberi sumbangan yang lebih besar, Hans
mencadangkan anda untuk menaja
sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek
Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria. In Sha
Allah, banyak pihak yang akan gembira dengan sumbangan yang anda berikan ini.
Jadi, kepada sesiapa yang
ini memberikan sumbangan untuk menjayakan Misi
Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0 untuk tahun 2019 ini, Hans
kongsikan cara-caranya seperti dibawah untuk memudahkan anda menghulurkan
bantuan buat para pelarian Syria yang sangat memerlukannya. Berita baik buat
anda yang sudi menghulurkan sumbangan sebanyak RM1,000 dan ke atas dimana resit
pelepasan cukai akan disediakan oleh pihak MVM khas untuk anda.
Sumbangan
secara online:
bit.ly/ramadanmvm
ATAU https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kamidatang-3-0/
Sumbangan
ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
•
Maybank (56480 164 7699)
•
CIMB Islamik (8602 5378 07)
•
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
•
Affin Bank (1060 2003 8503)
•
Email: account@mvm.org.my
Telefon:
012
235 6854 (wakil MVM)
Facebook:
Muslim
Volunteer Malaysia
Instagram:
Muslimvolunteermalaysia
Twitter:
@VolunteerMVM
Telegram:
https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Website
rasmi:
Website
donation:
www.donationa.mvm.org.my
P/S : Jom Pakat-Pakat Kita
Bantu Jayakan Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0 Dan Jangan Lupa Kongsikan
Artikel Ini Di Laman Sosial Anda Yer J
Kita rakyat Malaysia yang prihatin dan suka membantu...
ردحذفalhamdulillah
حذفbetul tu
Terbaik. Moga dipermudahkan ye
ردحذفamin
حذفMoga dipermudahkan sumbangan bantuan ke syria
ردحذفsemoga sumbangan kita berjalan lancar
حذفSemoga dipermudahkan usaha ni. Terbaik.
ردحذفamin ya rabbal alamin
حذفTahniah but MVM. Semoga usaha seperti di dapat membuka mata lbh ramai org utk memberi sumbangan.
ردحذفbetul tu
حذفkagum dengan usaha mereka membantu saudara kita di Syria
Terima kasih atas infomasi
ردحذفsama-sama :)
حذفSatu usaha yg mulia dan patut kita sokong sepenuhnya. Semoga diberkati segala usaha.. aamiin.
ردحذفamin
حذفmudah-mudahan semuanya berjalan lancar
Jom sama-sama kongsikan, moga usaha diberkati dan bermanfaat pada mereka yg memerlukan
ردحذفbetul tu
حذفsama-sama kongsi dan sebarkan kebaikan misi ini
Semoga dipermudahkan segala urusan pemgumpulan penyerahan dana sumbangan.
ردحذفamin
حذفmudah-mudahan begitulah
Comel2 je budak2 tu..semiga dipermudahkan segala urusan
ردحذفamin ya rabbal alamin
حذفharap-harap segalanya berjalan lancar
Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah.. Jom kita ramai2 bantu Syria dan semoga apa yang kita lakukan akan dicatat oleh malaikat dan diterima pahala kita oleh Allah..
ردحذفIn Sha Allah
حذفamin
Alhamdulillah... Seronok tengok ada usaha-usaha macam ni. Semoga lebih ramai lagi pihak lebih cakna tentang membantu saudara kita di sana. Amin...
ردحذفalhamdulillah
حذفbetul tu Hasif
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com