Festival Terbesar Borneo Di Sunway Velocity Mall


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru Hans berkesempatan hadir ke Largest 2019 Borneo Festival In KL yang berlangsung di Sunway Velocity Mall bermula pada 17 Julai sehingga 21 Julai 2019.


Hans menyarankan para pembaca semua yang berada berdekatan dengan Sunway Velocity Mall untuk mengambil peluang ini dengan pergi melawat dan melihat sendiri tentang keistimewaan yang ada pada festival tersebut yang mempamerkan keajaiban serta keunikan yang dapat di negeri-negeri kepulauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak  tersebut.


Selain melihat, anda boleh menyentuh, merasa, mendengar dan menikmati sendiri segala-gala nilai seni, kualiti makanan, kemerduan seni serta pelbagai lagi tanpa perlu menunggu anda untuk berkesempatan melancong ke Sabah mahu pun Sarawak kerana segala-galanya ada disini.



Hans sendiri pun berasa gembira kerana kedatangan Hans ke festival ini membuka mata Hans kepada lebih banyak perkara yang Hans tidak pernah tahu sebelum ini. 


Selain daripada mengenali dengan lebih dekat tentang adat, budaya, tarian serta kostum tradisional masyarakat Sabah dan Sarawak yang berbilang kaum, Hans juga dapat melihat kehalusan seni serta menikmati sendiri hidangan-hidangan yang dijual disini.


Lebih menarik Hans dapat melihat secara dekat ulat sago atau lebih dikenali sebagai ulat mulong yang turut dipamerkan pada festival kali ini. Lebih menarik buat anda yang ingin mencabar diri, anda boleh menikmatinya disana secara terus jika anda ingin melakukankan. Berani tak? Hahaha!

Sedap Betul Pencuci Mulut Nih! Kalau Pergi Ke Festival Ini Silalah Cari :)
Sedap! Rasa Macam Duduk Dekat Kampung Masa Minum Kopi Sabah Nih!

Hans memang sangat tertarik dengan makanan-makanan yang disediakan disini sama ada meliputi hidangan utama, sayur, pencuci mulut mahu pun minumannya yang boleh dikatakan sedap-sedap belaka dan menepati selera Hans. 


Di Festival Borneo ini juga anda boleh memperoleh kek lapis sarawak pada harga yang sangat murah dan madu organik dari lebah yang sememangnya original yang anda boleh beli tanpa rasa risau. Selain itu, disini juga anda dapat melihat sendiri wain beras tuak yang dihasilkan sendiri oleh masyarakat Sabah dan Sarawak.


Satu perkara yang menarik perhatian Hans sewaktu datag ke Festival Borneo Terbesar ini ialah apabila Hans diberi penerangan tentang buah mangga terbesar di dunia iaitu Bambangan dimana ianya dianggap sebagai sebuah buah yang bernilai dan sangat eksotik pada masyarakat luar negara.


Menyentuh tentang hidangan-hidangan enak dari Sabah dan Sarawak, Hans sendiri berkesempatan mencuba pelbagai menu menarik seperti ayam pansuh, umai, laksa Sarawak, mee kolok, kek lapis, pencuci mulut dan banyak lagi yang cukup menyelerakan.


Jadi, Hans menyeru anda semua untuk datang ke Largest 2019 Borneo Festival In KL yang berlangsung di Sunway Velocity Mall bermula pada 17 Julai sehingga 21 Julai 2019 kerana banyak perkara baru yang anda bakal peroleh terutama tentang budaya masyarakat di Sabah dan Sarawak selain berpeluang membeli-belah cenderamata, makanan dan pakaian mereka yang penuh dengan nilai seni yang berkualiti dan menawan.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم