Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang sebuah lagi lokasi tempat makan menarik yang boleh cuba selepas ini iaitu Wing Wing Malaysia yang merupakan sebuah jenama ayam goreng dari London.
WING WING MALAYSIA
Alamat:
Tingkat 6,
Pavilion KL (Bertentang Dengan Starbucks)
168, Jalan Bukit Bintang,
Bukit Bintang,
Pavilion KL (Bertentang Dengan Starbucks)
168, Jalan Bukit Bintang,
Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
10.00 A.M - 10.00 P.M
Untuk pengetahuan anda, Wing Wing ialah sebuah jenama yang dikenali di luar negara dimana ia bertujuan untuk menyajikan hidangan ayam goreng yang paling segar di muka bumi ini yang pernah anda rasai. Jadi, apabila Hans berpeluang untuk mencuba hidangan-hidangan yang terdapat di Wing Wing maka Hans memang sangat bersyukur dan tidak melepaskan langsung peluang keemasan ini.
Jadi, hidangan pertama yang Hans cuba ialah menu utama yang ditawarkan oleh Wing Wing iaitu Wing Wing Signature Chicken yang menampilkan tiga perasa berbeza yang disediakan untuk sayap ayam dan peha iaitu Soy Garlic, Spicy dan Liquorice. Kebanyakan daripada kita pasti sudah tahu tentang sos Soy Garlic dan Spicy tetapi Hans yakin pasti ramai yang baru pertama kali mendengar tentang sos Liquorice. Untuk pengetahuan anda, Liquorice merupakan herba Mediterranean kuno yang telah digunakan dalam makanan dan ubat-ubatan selama ribuan tahun. Dan perasa ini juga turut menjadi antara salah satu perisa Wing Wing yang paling disukai oleh para pelanggan disini disebabkan rasanya yang unik, manis dan berempah. Namun, Hans pula mempunyai citarasa berbeza berbanding majoriti dimana Hans lebih menyukai perasa spicy untuk hidangan ini. Dijual secara combo dan ala carte di dalam bentuk set 3 ketul, 6 ketul, 9 ketul, 12 ketul dan 18 ketul.
2) CHICKEN WRAP
Menu seterusnya ini merupakan anda hidangan kegemaran Hans selepas selesai menikmati hidangan Chicken Wrap ini. Didatangkan dengan ayam krispy serta gabungan salad, lobak merah, timun dan bawang sememangnya satu kombinasi yang segar dan tepat. Kesemua bahan ini kemudian akan disatukan pula dengan sos sriracha menjadikan rasanya bukan sekadar sedap tetapi pasti sukar untuk anda lupakan menu ini selepas ini. Kuantiti yang banyak, saiz yang besar serta rasanya sedap sememangnya membuatkan Hans rasa sangat berbaloi menjamah hidangan Chicken Wrap ini. Anda boleh membelinya secara A la carte dengan harga RM16.90 atau membelinya secara kombo dengan harga sebanyak RM21.90.
3) KRISPY CHICKEN SALAD
Buat sesiapa yang mementingkan kesihatan serta menjaga pemakanan, anda jangan risau jika teringin untuk menjamah hidangan di Wing Wing kerana disini juga terdapat menu yang menyihatkan iaitu Krispy Chicken Salad dimana kepingan ayam rangum ini akan dimakan bersama campuran pelbagai jenis sayur-sayuran seperti timun, celerium, tomato ceri, dan bawang. Agak terkejut buat Hans sendiri sebenarnya kerana Hans tidak menyangka menu Krispy Chicken Salad ini sebenarnya sangat lazat. Dengan kuantiti yang banyak, anda pasti akan puas menjamah hidangan ini yang dijual dengan harga RM16.90 untuk A la carte dan RM21.90 untuk set kombo.
4) CHICKEN KATSU BAO
Wing Wing tidak terkecuali untuk menawarkan pelbagai pilihan makanan buat anda. Antara makanan yang dijual disini yang mendapat markah penuh dari Hans ialah Chicken Katsu Bao yang disajikan dengan mantou bao, ayam goreng, coleslaw, kimchi dan beberapa bahan lain yang menjadikan hidangan ini begitu indah sewaktu dikunyah dan ditelan. Serius ini adalah menu kesukaan Hans di Wing Wing. Anda wajib cuba andai datang makan disini nanti. Dengan harga untuk A la carte ialah RM15.90 dan set kombo ialah RM20.90 maka Hans jamin anda pasti puas saat menikmati hidangan ini.
5) HOT BAO NUTS
Wing Wing turut menawarkan hidangan pencuci mulut yang menarik untuk anda cuba. Sewaktu kedatangan Hans disini, Hans berkesempatan merasa dua pencuci mulut disini iaitu Pineapple Orange dan Banana Caramel. Rasanya sedap tetapi agak manis pada citarasa Hans. Masih boleh dimakan oleh Hans sehingga habis. Rasanya sedap cuma ia agak manis. Anda boleh menikmatinya dengan membayar cuma RM7.30 sahaja.
Secara keseluruhannya, Hans melihat hidangan yang ditawarkan oleh Wing Wing ini sebenarnya tidak mengecewakan dimana rasa setiap makanannya sentiasa berjaya membuatkan Hans menghayati rasa dan aroma lazat hidangan tersebut. Hans akui Wing Wing boleh pergi jauh selepas ini kerana Hans sendiri akan datang lagi untuk menikmati semula hidangan-hidangan yang menyelarakan seperti Chicken Wrap dan Chicken Katsu Bao.
Kepada sesiapa yang tidak tahu atau buntu untuk mencari lokasi makanan terbaru yang sedap, apa kata anda datang ke Wing Wing dan rasai sendiri semua menu yang ditawarkan. Hans jamin setiap suapan akan memberikan kegembiraan buat anda apabila menikmati hidangan yang dibawa oleh Wing Wing ini. Selamat menjamu selera di Wing Wing!
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com