Keputusan Pemenang Guardian 'The Face Of Healthy Beauty'

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan untuk menyaksikan 16 peserta yang merupakan finalis akhir Guardian ‘The Face of Healthy Beauty’ berentap di Central i-City Shah Alam dimana empat orang daripada mereka akan dinobatkan sebagai pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia.


Majlis yang diserikan dengan keletah pengacara yang menghiburkan iaitu Nadia Heng dan Naz Rahman sememangnya membuatkan suasana pertandingan pada petang tersebut menjadi begitu meriah. 


Kalau namanya pun pertandingan maka pastilah ada barisan jurinya. Jadi, antara panel juri yang menjadi tumpuan ramai pada hari tersebut ialah pelakon Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid.


Selepas pencarian selama dua bulan di seluruh negara yang menyaksikan lebih daripada 1100 penyertaan dari empat wilayah berbeza di Malaysia maka pertandingan akhir Guardian ‘The Face of Healthy Beauty’ ini telah memilih 16 orang dan setiap finalis ini perlu melakukan tiga tugasan iaitu:

1) Menerangkan kepada para juri dan hadirin tentang pakaian yang digayakan mereka pada hari tersebut.

2) Memilih satu produk yang mereka gemari di Guardian dan menerangkan kepada juri dan hadirin kenapa produk tersebut menjadi pilihan mereka.

3) Membuat terrarium dimana mereka perlu menggunakan bahan makanan berkhasiat yang boleh diperoleh di Guardian Malaysia. Kemudian mereka perlu bersoal jawab dan memberi penerangan ringkas kepada juri tentang terrarium yang telah dihasilkan. Markah tambahan akan diberikan jika juri merasa terrarium yang dihasilkan mereka.


Akhirnya, selepas tiga pusingan berlangsung maka empat finalis telah dipilih sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai bernilai RM10,000 dan baucar Guardian bernilai RM10,000, serta RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi amal pilihan mereka. 


Keempat-empat pemenang ini juga bakal menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral lain dan akan menerima produk-produk sumbangan penaja. Tahniah Hans ucapkan kepada keempat-empat pemenang iaitu:

1. Karyll Chee Kar Yee (23 Tahun)
2. Nur Aimi Binti Abdul Ghani (31 Tahun)
3. Nurul Ezzaty Binti Hasbullah (23 Tahun)
4. Yasmin Binti Khalid (23 Tahun)


Selain daripada empat pemenang utama ini, terdapat lapan lagi pemenang untuk kategori lain dimana setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500. Senarai pemenang adalah seperti dibawah :

1. Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex

2. Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh

3. Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani

4. Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee

5. Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah

6. Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal

7. Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon

8. Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan, anda boleh melihatnya melalui pautan ini THEFACE GUARDIAN.

1 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم