Pakej MAEPS Food Hunt : Lawatan Ke Laman Herba

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Hans mengikuti program lawatan MAEPS Agrotourism Park dimana pakej yang Hans ikuti ialah MAEPS Food Hunt yang menawarkan empat lokasi lawatan di dalam masa sehari. 


Jadi, destinasi pertama Hans untuk pakej MAEPS Food Hunt kali ini melawat Laman Herba untuk menyelesaikan misi pemburuan makanan yang pertama iaitu Pembuka Selera @ Appetizer. Hans sendiri sebenarnya berasa sangat teruja kerana sebagai peminat ulam-ulaman, Hans sendiri tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan ulam sebagai hidangan pembuka selera memandangkan Hans selalunya menikmati sayuran berkhasiat ini bersama nasi putih. Jadi, mari Hans bongkarkan keunikan MAEPS Food Hunt ini buat anda semua.


MAEPS FOOD HUNT PACKAGES 

Pakej Harga:
RM65.00 (Dewasa)
RM50.00 (Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Dan Kebawah)

Waktu Program:
 Pilihan 1 :11.00 A.M - 2.00 P.M
Pilihan 2 : 4.00 P.M - 7.00 P.M

Aktiviti Yang Disediakan:

Pembuka Selera (Appetizer) :
Laman Herba

Sup & Makanan Ringan :
House Of Kambing (HOK)

Makanan Utama (Main Course) :
Anda Boleh Memilih Untuk Makan Di Goat2Go @Teknocafe atau Nasi Kandar Apollo

Pencuci Mulut (Dessert) :
Laman Nanas

*Pengangkutan Tram disediakan

Telefon (Pertanyaan & Tempahan):
0162073481 / 0162073452

Facebook:


Kepada anda yang bakal mengikuti dan menyertai pakej MAEPS Food Hunt ini, anda akan menerima penerangan terlebih dahulu daripada para pegawai serta pekerja yang terlibat di Laman Tiba 1 sebelum bertolak ke lokasi pertama iaitu Laman Herba dengan menaiki Tram yang comel seperti gambar di atas. Jarak daripada tempat taklimat dengan Laman Herba tidak lah terlalu jauh dan Hans berasa sangat seronok dan selesa menaiki tram ini.


Laman Herba dan Laman Sayur ini berada bersebelahan sahaja. Jadi, pihak MAEPS telah membawa Hans dan rakan-rakan media yang lain memasuki laman sayur terlebih dahulu dimana satu tugasan menarik menanti kami disana. Hans sendiri pun pada asalnya tidak tahu apakah tugasan tersebut dan tertarik dengan sebuah pokok yang ditanam berdekatan dengan papan tanda Laman Sayur dan Laman Herba ini.


Inilah pokok yang Hans maksudkan dimana nama pokok ini ialah Pokok Ajaib atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Miracle Fruit. Nama saintifiknya ialah Synsepalum dulcificum dimana ia tergolong di dalam kategori keluarga Sapotaceae. Pokok Ajaib ini sebenarnya berasal dari negara Afrika dimana ianya mempunyai satu keistimewaan yang sangat menarik. Jika anda makan buahnya yang sudah masak dan berwarna merah pekat, segala apa yang anda minum atau makan dalam tempoh 3 atau 4 jam akan terasa manis sahaja walaupun makanan atau minuman anda itu sebenarnya mempunyai rasa masin, pahit atau masam. Mengikut apa yang diceritakan kepada Hans, pokok Ajaib ini dimanfaatkan oleh penduduk Afrika yang miskin sewaktu mereka ingin menikmati makanan yang sudah lama atau rosak. Jadi, dengan makan buah ini, makanan yang tidak sedap pun akan menjadi sedap kerana rasa makanan bertukar menjadi manis di lidah. Jadi, insaf lah kepada sesiapa yang suka membazir makanan. Dari sudut perubatan pula, pokok ajaib ini dikatakan bermanfaat di dalam membantu individu yang mengalami demam, masalah kencing manis serta malaria.


Jadi, inilah aktiviti pertama Hans dan rakan-rakan media dimana kami diminta memetik ulam pegaga gajah yang ditanam disini. Anda boleh petik seberapa banyak pun yang anda mahu tetapi pastikan anda mampu menghabiskannya kerana ulam pegaga gajah yang anda petik ini bakal anda nikmati sebentar lagi. Ulam Pegaga sememangnya merupakan salah satu ulam kesukaan Hans apabila berpeluang melihat sendiri bagaimana ulam Pegaga Gajah ini hidup subur dan mempunyai saiz yang besar sememangnya membuatkan Hans lebih teruja. 


Ulam-ulaman seterusnya yang Hans perlu petik ialah daun kaduk. Pertama kali tengok pokok kaduk. Macam ini rupanya pokok kaduk ini. Selain itu, Hans dan rakan media lain juga turut diperkenalkan denhan pokok herba Mas Cotek dimana tumbuhan ini pun ada spesis jantan dan betina juga kalau anda nak tahu. Ianya dibezakan melalui jumlah bintik yang terdapat di belakang daunnya. Kalau nak tahu yang mana satu jantan dan yang mana satu betina, kena lah cuba pakej MAEPS Food Hunt ini nanti.


Akhirnya tiba lah masa untuk Hans melengkapkan misi pertama iaitu Pembuka Selera @ Appetizer dimana ulam pegaga gajah serta daun kaduk yang Hans cabut serta petik tadi akan dimakan bersama pilihan sos, sambal serta kuah rojak yang disediakan disini. Serius Hans sebenarnya tidak pernah terfikir selama ini untuk makan ulam-ulaman dengan bahan-bahan ini. Selalunya, kalau makan di hotel pun memang mereka lebih kepada penyediaan salad sahaja. Jadi, Hans memang tak sabar-sabar lagi nak cuba makan ulam dengan pilihan sos yang Hans suka ini.


Hans memilih kuah rojak dan thousand island sebagai bahan pencicah untuk dimakan bersama ulam-ulaman ini. Jangan risau tentang kebersihan kerana pihak MAEPS telah menyediakan mangkuk besar berisi air, limau nipis dan daun pudina untuk digunakan oleh anda bagi membersihkan ulam-ulaman yang anda petik sebentar tadi. Hans secara jujurnya sangat menyukai kombinasi ulam-ulaman ini apabila dimakan dengan kuah rojak. Anda wajib cuba kerana rasanya sangat sedap, rangup dan segar! 


Selesai menjamah ulam-ulaman untuk misi Pembuka Selera @ Appetizer, Hans agak tertarik dengan sebuah tumbuhan herba yang bernama Sambung Nyawa Hijau atau di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Leaves of the gods. Nama saintifiknya ialah Gynura procumbens dimana ia tergolong di dalam keluarga tumbuhan Compositae. Fungsi tumbuhan ini ialah mengurangkan kolesterol, tekanan darah tinggi, merawat sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang. Tetapi, berdasarkan penerangan yang Hans terima ialah tumbuhan herba Sambung Nyawa Hijau ini sesuai dimakan oleh mereka yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan tersebut. Jika anda seorang yang sihat, anda tidak digalakkan untuk makan tumbuhan herba ini kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah anda yang normal menjadi rendah dan membahayakan anda. Jadi, kepada yang sihat tubuh badan tu jangan gatal-gatal nak makan pula. Cari nahas namanya!


Selain itu, anda juga turut berpeluang melihat dan mengenali lebih dekat tentang kelulut kerana di dalam Laman Herba dan Laman Sayur ini terdapat sebuah Ladang Mini Kelulut. Memandangkan Hans sebelum ini sudah beberapa kali melihat Kelulut dan sarangnya, maka apa yang Hans boleh katakan spesis kelulut yang terdapat disini berbeza dengan apa yang Hans pernah temui kerana saiznya yang besar dan bentuk pintu sarangnya juga berlainan. Banyak info menarik tentang kelulut yang anda bakal peroleh seandainya menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan melalui pakej MAEPS Food Hunt ini nanti.


Bagi Hans, memilih pakej MAEPS Food Hunt ini pada Hans sangat berbaloi kerana dengan hanya bayaran sebanyak RM65 sahaja, Hans mampu melawat dan menikmati makanan di setiap lokasi yang berada di dalam pakej ini dimana setiap makanan yang disediakan bukannya makanan biasa-biasa tetapi makanan luar biasa yang jika dibeli diluar sangat mahal tetapi disini anda dapat menikmatinya dengan harga yang sangat murah dan semestinya rasanya sangat lazat dan menggiurkan anda nanti. Jom ramai-ramai ambil peluang ini untuk mencuba Pakej Food Hunt yang disediakan di dalam program MAEPS Agrotourism Park ini. Serius sangat menguntungkan!




8 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Berbaloi-baloi sertai pakej maeps food hunt ni sebagai pengalaman mengenal pokok-pokok herba dan dapat rasa juga.. Sis suka tempat2 camtu..

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      Hans pun minat juga pokok-pokok apa semua nih sebab ayah memang suka menanam macam-macam dekat rumah
      so memang enjoy lah
      hahaha

      حذف
  2. Memang sangat berbaloi pakej yg ditawarkan. Dengan keluasan MAEPS tu, LeYa pun tak explore semua lagi.. Boleh dicuba ni nanti

    ردحذف
  3. Ulam tu memang boleh petik ea?

    ردحذف
    الردود
    1. memang dia suruh kita petik pun sebab lepas tu nak makan. Dua ulam jer lah iaitu ulam pegaga gajah dan daun kaduk.
      Yang lain itu untuk pembelajaran :)

      حذف
  4. Bestnya...geram betul tengok ulam pegaga gajah tu..best nyaaaa....akak suka tu buat snack atau ulam masa makan nasi

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      yes
      makan dengan nasi cicah sambal belacan memang sedap

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم