Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan oleh Shopee bersempena dengan 9.9 Super Shopping Day yang bakal berlangsung pada bulan September 2019 nanti.
Apa yang menariknya, Shopee yang merupakan platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam usaha untuk mencari cara bagaimana mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee ialah berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia untuk mengurangkan sekatan terhadap penglibatan umum dalam ekonomi digital. Tambahan lagi, kos mengendalikan perniagaan di dalam talian jauh lebih rendah.
Dengan ini, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berkongsi penjimatan kos dengan pembeli, lantas menjadikan beli-belah dalam talian lebih termampu bagi pengguna. Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20% untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa, dengan potensi penjimatan sehingga 90% semasa kempen membeli-belah utama seperti 9.9 Super Shopping Day.
Akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September 2019, kempen ini membawakan tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan Nestle. Untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9.
Mengalu-alukan inisiatif itu, Song Hock Koon, Pengarah E-Dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, berkata, "Salah satu objektif MDEC adalah untuk menggalakkan penglibtatan rakyat Malaysia dalam ekosistem digital kerana inisiatif sedemikian akan membantu mempercepatkan penggunaan e-dagang dalam keadaan yang mampan dan kos efektif. Kami sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dan menyokong pergerakan industri dan mempercayai bahawa inisiatif terbaru ini akan memberi inspirasi kepada usaha keusahawanan digital."
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Misi Shopee sememangnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat tempatan dengan cara yang bermakna dan mampan menerusi inisiatif seperti kempen jualan kami yang akan membolehkan rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu mengeringkan kocek. Pada masa yang sama, saya sukacita untuk mengumumkan kerjasama Shopee dengan duta jenama terbaru kami, Cristiano Ronaldo. Penyertaan beliau dalam Shopee menandakan mercu jaya penting bagi kami. Ini menjadikan kami lebih daripada sekadar sebuah platform membeli-belah kerana kami terus memberi inspirasi kepada pengguna dan mendekatkan mereka dengan bintang-bintang dan selebriti yang terbesar di dunia.”
Pada hari pelancaran 9.9 Super Shopping Day di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Shopee mengumumkan duta terbarunya, Cristiano Ronaldo. Sebagai salah seorang atlet yang paling hebat, beliau adalah inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak bergema dengan komitmen Shopee terhadap penggunanya. Beliau akan bekerjasama dengan Shopee di tujuh pasarannya dalam pelbagai aktiviti untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada orang ramai di rantau ini.
Cristiano Ronaldo berkata, “Saya bangga menjadi duta jenama Shopee kerana kami berkongsi cita-cita yang sama, iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kepakaran kami. Saya sentiasa memperbaiki permainan saya untuk peminat dan pasukan saya, sama seperti Shopee sentiasa berusaha untuk membawa inovasi demi manfaat pengguna di rantau ini. Saya teruja dengan kerjasama ini dan berharap untuk mencipta lebih banyak detik istimewa untuk peminat saya bersama dengan Shopee.”
Cristiano Ronaldo akan menyertai pelbagai inisiatif Shopee untuk mendekatkan lagi pengguna dan peminat di seluruh rantau ini dengan ikon bola sepak global pujaan mereka:
● Cristiano Ronaldo bintangi iklan TV 9.9 terbaru Shopee: Cristiano Ronaldo akan menjadi bintang utama iklan televisyen baru Shopee yang bakal disiarkan pada 16 Ogos di kesemua tujuh pasaran Shopee di rantau ini.
● Saksikan Cristiano Ronaldo secara langsung di Shopee: Buat kali pertama di Asia Tenggara dan Taiwan, peminat dapat mengenali Cristiano Ronaldo dengan lebih dekat menerusi pelbagai kandungan eksklusif yang hanya terdapat di Shopee Live. Maklumat lanjut akan diumumkan di aplikasi Shopee dan platform media sosial pada masa akan datang.
Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka:
● Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1.
● Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan.
● “One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh.
● Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.
● Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup)
● Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama.
● Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.
● Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.
● The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.
● Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19.
● Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September.
● BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untu saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.
Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di:
Dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di:
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com