Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa dikalangan para pembaca sekalian yang pernah melancong ke Taiwan? Jika anda pernah kesana pasti anda bersetuju dengan bahawa negara Taiwan menawarkan satu pengalaman melancong yang menarik disebabkan kesegaran alam semula jadi serta kebersihan yang terjaga di keseluruhan negara tersebut. Hans sendiri berpeluang ke negara Taiwan pada tahun 2015 dan Hans akui Taiwan sememangnya sebuah negara yang sangat-sangat berbaloi untuk anda lawati.
Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran promosi "New Taipei City, New Adventure!" yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dan Pelancongan New Taipei City yang berlangsung dengan cukup meriah di JW Marriott, Kuala Lumpur. Hans sendiri baru mengetahui bahawa Malaysia merupakan penyumbang utama kepada bilangan pelawat atau pelancong di Taiwan dimana kedatangan rakyat Malaysia ke sana meningkat secara positif dari tahun ke tahun.
Mengikut statistik yang dikongsikan oleh Biro Pelancongan, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Republik China (Taiwan) (MOTC), bilangan pelawat Malaysia yang datang melancong ke negara Taiwan melebihi 520,000 orang pada tahun 2018 yang menjadikan Malaysia berada pada nombor satu dalam kalangan negara-negara ASEAN. Lebih menakjubkan, 70% daripada jumlah tersebut merupakan pelancong yang kembali semula ke Taiwan untuk bercuti atau melakukan sebarang aktiviti setiap tahun.
Bermula daripada 20 September sehingga 22 September 2019 ini, Jabatan Penerangan dan Pelancongan New Taipei City telah mengadakan program New Taipei City Travel Fair yang berlangsung di Nu Sentral Shopping Mall dimana program ini menampilkan Shou Shin Bou, HiWalk, Shen’ao Rail Bike dan Jiufen CHIPAO untuk memperkenalkan tarikan-tarikan pelancongan yang terbaharu dan paling popular di sepanjang New Taipei City’s Mountain-Ocean Line ini buat para pengunjung yang hadir serta berminat dan merancang untuk melancong ke sana. Selain itu, program ini juga menawarkan cenderahati yang lazat serta mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk menjemput rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman yang menyeronokkan dan keindahan yang terdadpat di New Taipei City.
Hans sendiri teruja mendengar dan melihat tarikan terbaru yang ada di New Taipei City ini memandangkan sebelum ini Hans dan kebanyakan rakyat Malaysia yang bercuti disana berasa begitu seronok melawat ke beberapa buah bandar di Taiwan yang menawarkan lokasi serta destinasi menarik yang wajib untuk dilawati seperti di Jiufen, Tamsui, Shifen dan Yeliu. Jadi, apabila pihak kerajaan New Taipei City menubuhkan jenama pelancongan “Route 2 Taiwan” pada tahun 2019 ini dimana Hans melihat jadual perjalanannya yang memaparkan 8 tarikan rahsia utama yang memaparkan landskap serta sudut pemandangan New Taipei City yang berbeza. Antara tarikan tersembunyi yang terbaru ini perlu anda terokai untuk merasai sendiri pengalaman baru berada di New Taipei City dimana lokasi yang Hans maksudkan adalah Tamsui-Kavalan Trails, Shen’ao Rail Bike, Shen’ao Fishing Village dan Laomei Green Reef.
Untuk pengetahuan anda semua, pihak kerajaan New Taipei City telah bekerjasama dengan syarikat penerbangan EVA Air sejak tahun 2009 lagi untuk memperkenalkan Taiwan ke seluruh dunia. Istimewanya tentang syarikat penerbangan EVA Air ini ialah pihak mereka telah disenaraikan sebagai Penerbangan 5 Bintang oleh SKYTRAX selama 4 tahun berturut-turut.
Lebih membuatkan Hans sendiri berasa gembira ialah sebagai penumpang Muslim, kita tidak perlu risau untuk menikmati makanan sepanjang penerbangan bersama EVA Air kerana mereka menawarkan makanan yang disahkan Halal sepenuhnya di atas kapal. Penumpang yang memerlukan makanan Halal boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan sebelum penerbangan mereka. Kini pihak EVA Air telah mengendalikan 7 penerbangan mingguan bagi laluan Taipei dan Kuala Lumpur. Jadi, berita baik buat anda yang berhajat untuk melancong ke Taiwan kerana pihak EVA Air telah membuat promosi yang cukup hebat dengan melancarkan dua produk diskaun iaitu:
PROMOSI EVA AIR
Pakej Pelancongan Individu 4-Hari/3-Malam :
Bermula dari RM1,329 sebelum cukai
Pakej Pelancongan Kumpulan 7-Hari/6-Malam :
Bermula dari RM2,599.
Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk melawat dan bercuti ke New Taipei City, pihak kerajaan mereka juga telah melancarkan pek hadiah bernilai lebih RM2500 yang menggabungkan telekomunikasi, pengangkutan, cenderamata, tapak-tapak terkenal, muzium-muzium dan kilang-kilang pelancongan. Selai itu, tedapat lagi pemberian ikhlas berupa 5 pek kek nenas Shou Shin Bou yang sangat popular dalam kalangan pelancong, baucar rangkaian telefon bimbit Chunghwa Telecom serta kupon perkhidmatan sewa dari Taiwan Taxi Tour untuk memudahkan anda sewaktu berada di New Taipei City dan melawat setiap lokasi menarik dengan lebih mudah. Selain itu, platform pelancongan e-dagang yang terkemuka di Taiwan iaitu KKday juga turut menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk pelbagai perjalanan sehari di New Taipei City. New Taipei City juga telah bekerjasama dengan beberapa jenama pengguna terkenal untuk menyediakan pelbagai kupon dan diskaun buat para pelancong yang datang berbelanja disana termasuk eggrolls HiWalk yang menerima “ITQI Superior Taste Award – 2 Stars” pada 2019 serta Carrefour dan Cosmed.
Kepada anda yang sudah meletakkan Taiwan sebagai negara yang akan anda lawati pada tahun ini, pastikan anda hadir ke program New Taipei City Travel Fair yang berlangsung di Nu Sentral Shopping Mall pada 20 September sehingga 22 September 2019 ini dimana sempena kempen promosi “I Want to Visit New Taipei City” yang dijalankan, anda boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi tiket pergi dan balik Kuala Lumpur-Taipei melalui penerbangan EVA Air. Caranya sangat mudah dimana anda hanya perlu menangkap gambar di hadapan 'photo wall' pada acara tersebut dan memuat naik gambar anda ke laman sosial Instagram bersama hashtag #newtaipeitour #evaair. Mana tahu rezeki dan tuah berpihak kepada anda kali ini.
Selain itu, jika anda membeli pakej pelancongan daripada EVA Air sempena kempen promosi ini, anda akan menerima New Taipei City Tour Guide Wallet secara percuma dan set alat tulis EVA Air. Lebih menarik, anda juga peluang memenangi kupon RSL Hotel Taipei Zhonghe Sweetheart Afternoon Tea serta baucar penginapan percuma di F Hotel selama satu malam untuk dua orang, tiket peringatan Taoyuan Airport MRT, sebuah kad iPass yang direka khas, dan banyak lagi.
Serius memang tak rugi kalau anda berkunjung ke ke program New Taipei City Travel Fair ini. Untuk maklumat lanjut tentang program, pakej serta tawaran menarik berkaitan New Taipei City ini, anda boleh layari laman sesawang serta laman sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah:
New Taipei City Travel :
New Taipei City Tour FB Fanpage :
New Taipei City Tour IG :
EVA Air Website :
EVA Air FB Fanpage :
EVA Air IG :
tak pernah sampai lagi
ردحذفIn Sha Allah...ada rezeki tu nanti :)
حذفWow, ada hadiah menarik. Boleh la pergi melancong 🤗
ردحذفalhamdulillah
حذفkalau rezeki kan :)
Wow best ni! Kami pun tak sampai lagi Taiwan sebagai satu keluarga. Insya-Allah soon. Thanks for the info!
ردحذفowh seronok bercuti di taiwan
حذفsemoga ada rezeki anda sekeluarga :)
Saya boleh rekomen kawan Muslim untuk pergi Taiwan cuti.
ردحذفterbaik
حذف:)
thank you for this article..
ردحذفi love it❤��❤
welcome :)
حذفtrimakasih utk artikel yg penuh informasi dan sgt membantu..
ردحذف❤❤❤👍🏻
sama-sama
حذفselamat melancong ke New Taipei City
Lama tak pergi Taipei, boleh plan now
ردحذفyeah
حذفini baru pula...New Taipei City
kena plan cepat-cepat pergi sana :)
Macam best je hans.
ردحذفSonok nya klu dapat pergi. Dpt g free n ada sponsor lg sonok.
Salam taiwan iklan mira filzah.
Selamat bercuti hans yer.
hehehehe
حذفsalam taiwan
Wahhh kebetulan plak saya nk ke Taiwan soon! Thank u!
ردحذفterima kasih
حذفselamat bercuti di taiwan
Sangat menarik! Belum pernah lg melancong ke sana.. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman! 😊 😊
ردحذفpergi lah
حذفmesti seronok dan puas hati
Sangat menarik! Belum pernah lg melancong ke sana.. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman! �� ��
ردحذفsama-sama
حذفkena pergi sana
best
Menarikkkk. Thank you for sharing Hans!
ردحذفwelcome :)
حذفBestnyee...
ردحذفhehehe
حذفmemang best
Bestnye👍
ردحذفsilalah melancong ke New Taipei City
حذفconfirm seronok
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com