Kepentingan Amalan Membasuh Tangan Dengan Cara Yang Betul

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Hans telah dijemput untuk menghadiri kempen Antabax Always be Clean (ABC) for Health yang diadakan untuk murid-murid pra-sekolah di Ampang. Kempen ini merupakan hasil kerjasama yang terjalin antara KPJ Healthcare Ampang Puteri dan Antabax.



Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran buat kanak-kanak untuk mengetahui berkenaan dengan aspek jangkitan, pencegahan dan kawalan penyakit melalui kepentingan amalan membasuh tangan. Jadi, selain daripada penerangan, penggunaan lukisan dan sesi soal jawab, kanak-kanak ini juga turut ditunjukkan tentang cara membasuh tangan yang betul dan berpeluang untuk membasuh tangan mereka menggunakan pencuci tangan Antabax.


Amalan membasuh tangan ini sangat penting kerana menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Menurut WHO lagi, seramai 30,000 wanita dan bayi maut di seluruh dunia pada setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna. 


Manakala terdapat kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC). Jadi, kempen ini sangat baik di dalam mendidik kanak-kanak mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi yang sangat merbahaya.


Jadi, Hans melihat kerjasama yang terjalin antara Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax yang merupakan jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu ini untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang sangat lah bagus dan tepat pada masanya kerana Hans melihat masih ramai kanak-kanak serta ibu bapa yang tidak peka dan memandang enteng tentang amalan ini.


Sebagai info tambahan, kempen ini yang bertemakan Antabax Always Be Clean (ABC) for Health ini bermula pada bulan Oktober hingga November ini dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah. Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. Dibawah Hans kongsikan dengan anda semua 7 langkah yang betul untuk membasuh dan membersihkan tangan.


Pada kempen tersebut, Antabax turut menyumbang produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru dimana Hans percaya ini akan memberi galakan yang lebih kepada murid-murid tersebut untuk lebih peka mencuci tangan selepas ini.


Menurut Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani pula, mereka percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif pihak KPJ menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan pihak KPJ berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya.


Manakala Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee pula memberitahu bahawa jenama Antabax sangat komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif sebegini. Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif dimana asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Antabax juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul.


Hans sendiri mengharapkan agar kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health ini bukan sekadar dikekalkan serta diteruskan pada masa akan tetapi juga diperluaskan lagi ke seluruh negara agar lebih ramai kanak-kanak mendapat manfaat daripada program ini. Kepada para pembaca sekalian, pastikan anda juga turut sama membasuh tangan mengikut cara yang betul agar dapat memastikan kesihatan anda terpelihara.

4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bagus program macam ni. Sbb kbrsihan tgn memamg paling penting

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu
      zaman dulu-dulu selalu pasal berus gigi jer
      sekarang bagus lah ada program macam nih
      hehe

      حذف
  2. Kempen yang bagus mendidik anak-anak jaga kebersihan sejak kecil

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم