Konsert Hausboom Music 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 14 Oktober 2019 yang lepas, Hans telah menghadiri sidang media berkaitan dengan penganjuran Konsert Hausboom Music 2019 yang berlangsung dengan meriahnya di Sara Lounge Pavilion.



Untuk pengetahuan anda semua, syarikat minuman tempatan iaitu Housboom pernah menganjurkan Konsert Housboom Music pada tahun 2018 dimana ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peminat muzik serta penggemar minuman Housboom. Susulan kejayaan tersebut, pihak Housboom kembali dengan menganjurkan Konsert Hausboom Music 2019 dengan skala yang lebih besar dimana ia mampu memuatkan sehingga 7 ribu orang peminat.


KONSERT HAUSBOOM MUSIC 2019

Tarikh:
10 November 2019

Waktu:
4 P.M - 10.00 P.M

Lokasi:
Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC)

Barisan Artis Yang Terlibat:
Hujan
Ella
Pop Shuvit
Bunkface
Gerhana Ska Cinta
K-Clique
Budak Nakal Hujung Simpang

Harga Tiket:
RM30 (Early Bird)
RM60 (Pintu Masuk)
RM100 (Rock Zone)

Jualan Tiket:
Dijual Di Aplikasi Mobil 'TicketApps' Sahaja Bermula Pada 18 Oktober 2019

Kemudahan:
- Ruang Solat Disediakan
- Peruntukan Masa Untuk Solat Dan Makan Disediakan Dalam 40 Minit


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi, beliau menyatakan Konsert Hausboom Music 2019 ini menampilkan keistimewaan dan keunikan yang tersendiri apabila buat pertama kalinya menggabungkan genre rock, hip hop, reggae dan ska di atas satu pentas yang gah. 


Beliau turut menyasarkan konsert berskala besar ini bakal menarik seramai mungkin peminat muzik di Malaysia terutama golongan muda untuk datang menonton persembahan barisan artis hebat tanah air yang berlangsung sekitar 7 jam dengan seleksi lagu-lagu pilihan dan popular yang pasti akan memberikan satu pengalaman menarik buat para hadirin yang menyaksikan Konset Hausboom Music 2019 ini. 


Jadi, kepada anda yang meminati Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang maka jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan artis kesukaan anda. Tambahan pula harga tiket yang dijual sememangnya sangat murah dan begitu berbaloi untuk anda menonton persembahan tujuh artis hebat selama tujuh jam.


Selain itu, Hans turut berkesempatan untuk merasai kesemua enam rasa jus buah yang berbeza keluaran Hausboom iaitu mangga, jambu, laici, lemon, anggur dan strawberi. Paling menarik Hans turut berpeluang merasa minuman terbaru keluaran Hausboom yang menampilkan perisa yang sangat unik iaitu Roti Bakar. Jadi, jangan lupa untuk turut mencuba minuman terbaru ini nanti sewaktu anda menyaksikan Konsert Hausboom Music 2019. 

5 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wah., syok ni.,
    barisan artis pun mantap2

    ردحذف
  2. Interesting and amazing how your post is! It Is Useful and helpful for me. Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... The world's best places to travel with Things to do

    ردحذف
  3. Kesemua artis sememangnya mantap. Pada peminat artis tersebut, memang rugi kalau tak pergi tonton ni.

    Wahhhh.... bestnya minuman baru Roti Bakar tu... Nanti nak pergi cari dan try laa

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      harga tiket memang murah dan tak masuk akal untuk line up artis hebat nih
      try lah
      rasa dia macam butter scotch..haha

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم