Masakan Cina Halal Di Golden Valley Melawati Mall

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada minggu lepas, Hans telah berkesempatan untuk menjamu selera di sebuah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan masakan cina dimana ianya bukan sekadar menyelerakan tetapi juga ditawarkan di dalam kuantiti yang agak banyak dengan persembahan hidangan yang cukup menarik. Lokasi tempat makan yang Hans maksudkan kali ini terletak betul-betul di dalam Melawati Mall.


Lokasi tempat makan yang Hans maksudkan kali ini ialah Golden Valley dimana ia menyediakan pelbagai jenis masakan cina yang halal serta menawarkan konsep mesra keluarga. Satu tempat makan yang sangat ideal buat anda yang ingin meraikan hari minggu atau hari-hari istimewa bersama ahli keluarga anda yang ramai. Lebih menarik masakan cina yang disediakan ini sememangnya lengkap daripada pembuka selera sehingga kepada pencuci mulut yang mampu buat anda rambang mata saat melihat senarai menu makanan yang terdapat di Golden Valley ini.

GOLDEN VALLEY

Alamat:
Melawatin Mall,
Lot 18&19, Level 03,
Jalan Bandar Melawati,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 A.M - 10.00 P.M   

Telefon:
0341613328

Facebook:
Golden Valley

Instagram:
Golden Valley KL


Kod Promosi:

1) Kepada yang berminat untuk mencuba hidangan di Golden Valley, anda boleh klik kod promosi yang Hans kongsikan di atas dan muat turun aplikasi percuma UDS.

2) Anda boleh mendaftar dan tekan pautan sekali lagi untuk mendapatkan keahlian.

3) Anda boleh nikmati 6% pulangan wang anda setiap kali anda makan di restoran yang diuruskan oleh Globalfoods dan RM5 percuma pada bil pertama anda.

4) Cadangkan aplikasi ini kepada rakan-rakan anda dan nikmati kembali wang tunai 3% daripada bil mereka.

5) Anda boleh menikmati wang tunai semula di cawangan-cawangan restoran kepunyaan Globalfoods seperti di bawah:

Golden Valley : 
Restoran Seafood Halal di Melawati Mall

Harley's : 
Kafe yang menyediakan pelbagai hidangan burger dan ayam goreng di DC Mall, Damansara Heights and Third Avenue, a Cyberjaya

IHanare : 
Restoran makanan Jepun di Intermark KL (pork free) 

Royal Canton : 
Restoran Cina yang menyediakan Dim Sum dan HK style roasts di DC Mall Damansara Heights 


Jika anda berkunjung ke Golden Valley yang baru beroperasi pada bulan September 2019 yang lepas, Hans pasti anda akan menyukai suasana yang ditawarkan disini disamping dapat melihat pelbagai jenis koleksi pasu dan tembikar yang cantik serta unik disekeliling anda. Hans sebenarnya sangat teruja untuk menjamu juadah masakan cina yang halal disini jadi Hans memutuskan untuk mencuba beberapa hidangan wajib Golden Valley yang menjadi pilihan utama para pelanggannya. Cuba lihat pada gambar di atas. Anda rasa berapa orang yang terlibat di dalam operasi menghabiskan semua hidangan yang Hans pesan tersebut? Jawapannya hanya Hans dan seorang rakan sahaja. Hahaha! Jadi, mari kita lihat apakah menu-menu istimewa yang telah Hans cuba disini.


Menu:
Signature Chili Crab With Mantou

Harga:
RM16 (100gm)
*Harga Bergantung Pada Harga Pasaran

Pandangan Hans:
Hidangan Chili Crab adalah hidangan utama dan wajib anda cuba disini. Memandangkan Hans mempunyai alahan kepada ketam maka Hans tidak berkesempatan mencuba isi ketam pada hidangan ini. Tetapi, jangan risau dimana rakan Hans sememangnya sangat menyukai ketam dan berjaya menghabiskan hidangan ini dengan mudah. Mengikut ulasan yang diberikan oleh rakan Hans, isi ketamnya sangat segar, lembut dan memang sedap dimakan. Hans pula tidak melepaskan peluang untuk menikmati Mantou yang dicicah dengan sos cili ketam yang terdapat di sekeliling ketam. Hans makan 5 biji mantou yang ada dalam gambar tu dan hanya tinggalkan satu untuk kawan Hans yang makan semua ketam. Kira adil lah kan? Hahaha! Tetapi, serius mantou dia sangat lembut dan sedap serta kuah cili ketam itu pun rasa manis yang sedap. Patutlah hidangan ini jadi pilihan utama para pelanggan Golden Valley. Anda wajib cuba!  


Menu:
Siakap Tiga Rasa

Harga:

RM9 (100gm)
*Harga Bergantung Pada Harga Pasaran

Pandangan Hans:
Terdapat tiga jenis ikan yang ditawarkan iaitu siakap, kerapu dan patin. Hans memilih untuk mencuba hidangan Siakap Tiga Rasa yang ditawarkan di Golden Valley. Hans sememangnya tidak terlalu kerap menjamah hidangan ikan di luar namun lain pula di Golden Valley kerana Hans sangat menyukai rasa masam manis yang terdapat pada hidangan ini. Rasanya yang ringan sangat kena dengan kerangupan ikan siakap yang pada akhirnya membuatkan 3/4 bahagian ikan tersebut telah berjaya dihabiskan oleh Hans tanpa rasa bersalah kepada rakan yang Hans bawa. Memang betul-betul Hao Liao!


Menu:
Kung Po Chicken Yam Basket

Harga:
RM32

Pandangan Hans:
Apa yang menariknya tentang hidangan Kung Po Chicken Yam Basket ini ialah sarang keladi berbentuk bakul tersebut dimana keladi yang mereka gunakan ialah keladi segar dan bukannya keladi yang telah diproses. Jadi, hasilnya memang keladi yang Hans makan tersebut lembut, segar dan lazat. Tetapi, paling penting isi ayam di bahagian tengah tersebut yang sememangnya mempunyai rasa masakan Cina yang begitu menyelerakan. Hans berebut-rebut juga lah isi ayam tu dengan kawan Hans walaupun kuantiti dia banyak. Benda sedap memang ramai berebut. Hahaha!


Menu:
Salted Egg Yolk Tiger Prawn

Harga:
RM28 (Saiz Kecil)


Pandangan Hans:
Hidangan udang yang bersalutkan telur masin ini semestinya sudah dikenali ramai memandangkan tular masa kini pelbagai hidangan yang bersalutkan telur masin. Seperti biasa jika anda peminat telur masin seperti Hans maka anda pastinya akan menyukai hidangan ini. Sangat sedap dimakan dengan nasi goreng kampung yang Hans pesan sekali. Makan saja-saja pun sedap! Hahaha!


Menu:
Lotus Roots With Mixed Nuts

Harga:
RM20 (Saiz Kecil)


Pandangan Hans:
Sesiapa yang tak pernah makan teratai maka anda boleh cuba hidangan campuran sayur dan teratai ini. Keunikan rasa teratai ini yang digabungan dengan aneka sayuran serta kekacang memang cukup memuaskan hati saat dimakan bersulamkan nasi.


Menu:
Szechuan Hot & Sour Soup

Harga:
RM12 (Saiz Kecil)

Pandangan Hans:
Kepada peminat sup Szechuan, anda perlu mencuba hidangan sup ini yang menampilkan rasa masam manis. Kepekatan sup pun sangat menarik dan sesuai untuk dinikmati oleh peminat sup sejati.


Menu:
Nasi Goreng Kampung


Harga:
RM16

Pandangan Hans:
Selain nasi putih, Golden Valley juga menawarkan anda pelbagai jenis nasi goreng. Hans memilih untuk mencuba nasi goreng kampung manakala rakan Hans pula memilih nasi goreng Thai. Hans menyukai rasa nasi goreng kampung disini kerana rasanya memang betul-betul mengingatkan Hans pada nasi goreng kampung di kampung. Hahaha! Rasa nasi ini memang menggamit memori dan buatkan Hans langsung tak rasa menyesal untuk mencuba nasi goreng kampung Golden Valley ini. Turut disertakan adalah aneka sambal buat anda yang suka makan nasi bersama sambal.


Menu:
Soya Cincau & Jus Epal

Harga:
RM6 & RM12

Pandangan Hans:
Kenapa Hans memilih soya sebagai minuman pertama di Golden Valley? Soya disini dihasilkan sendiri dan rasa soyanya mengingatkan Hans kepada soya buatan jiran yang berjaya membuatkan Hans menyukai minuman soya sehingga kini. Sememangnya rasanya sangat sedap dan jauh berbeza jika dibandingkan dengan soya-soya yang dijual di dalam kotak atau botol. Kepekatan, kemanisan dan kesegaran soya yang digabungkan dengan cincau sangat membangkitkan rasa minuman ini. Jadi, kalau anda datang ke Golden Valley pastikan anda mencuba minuman soya disini. Pasti nak lagi! Minuman kedua yang Hans cuba ialah jus epal dimana rasanya sedap dan minumannya pekat. Ini menandakan isi buah melebihi air yang digunakan dan Hans sangat sukakan jus epal disini.


Alhamdulillah! Hans sangat seronok dan begitu berpuas hati dengan keseluruhan menu yang Hans telah cuba di Golden Valley yang terletak di Melawati Mall ini. Jadi, Hans sangat mengesyorkan untuk para pembaca sekalian yang kaki makan, sukakan masakan Cina atau ingin mencuba sesuatu yang baru untuk datang sendiri ke sini dan rasai sendiri setiap hidangan yang Hans telah cuba.


Pada Hans, Golden Valley sememangnya merupakan lokasi tempat makan yang sangat sesuai untuk ahli keluarga menjamu selera kerana rasa hidangan, suasana, layanan serta harga dan kuantiti makanannya yang menarik dan berpatutan. Jadi, jika anda tidak tahu atau buntu untuk mencari lokasi makanan terbaru yang sedap dan dihidangkan di dalam kuantiti yang berbaloi dengan harga yang anda bayar, maka silalah berkunjung ke Golden Valley dimana Hans yakin setiap suapan anda akan memberikan kegembiraan yang berganda-ganda. Selamat menjamu selera di Golden Valley!

10 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Alahai Hans..sedapnya tengok makanan tu semua especially ketam tu..akak dah la pencinta ketam...bestnyaaaaaa

    ردحذف
    الردود
    1. hah
      kalau suka ketam sila lah cuba
      install code yang hans share dekat article tu

      حذف
  2. menyesal bukak blog hans time tgh lapa..bertambah lapaaa tp siyes ahh semua sedap sedap wehh

    ردحذف
  3. Terliur dengan menu-menunya tu. Habis ke tu Hans?

    ردحذف
  4. kalau dah sah2 Halal senang nak makan dah kan Hans :) sedap2 nampak :)

    ردحذف
  5. menggiurkan, akak paling teringin nk rasa yang yam basket dengan akar teratai, selalu tengok je kat rancangan masakan cina, ni dah jumpa yg halal teringin nk cuba

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم