Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem tempatan yang sangat hebat berjudul Geran di Amerin Cineplex pada 10 Oktober 2019 yang lepas. Sebelum ini, Hans sememangnya sudah menerima jemputan daripada pihak Empire Film Solution untuk menonton filem ini pada malam galanya yang berlangsung meriah di MMCineplex sebelum ini namun Hans tidak berpeluang untuk hadir menonton lebih awal. Secara jujurnya, Hans meletakkan harapan yang agak tinggi untuk filem ini dari sudut aksinya dan ternyata aksi-aksi silatnya berjaya mencapai piawaian yang Hans harapkan. Serius, filem Geran merupakan sebuah filem aksi tempatan terbaik untuk tahun 2019 dan tahun-tahun sebelumnya walaupun ianya dihasilkan di dalam kos kewangan yang sangat minima.
P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem tempatan terbaik ini, anda boleh klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)
hi Hans.. lama dah tak singgah sini.
ردحذفterima kasih singgah lagi
حذفhehehe
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com