Tony Roma's Memperkenalkan Aplikasi Bite & Bites Sempena Ulang Tahun Ke-13

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Tony Roma's Malaysia untuk hadir ke majlis Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 yang berlangsung dengan cukup meriah di cawangan Tony Roma's Pavilion.


Memandangkan ini adalah kali pertama Hans berpeluang hadir ke majlis sambutan ulang tahun Tony Roma's Malaysia maka Hans sememangnya gembira kerana majlis ini dipenuhi dengan pelbagai permainan menarik yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa kepada semua tetamu yang hadir.


Apa yang lebih istimewa bersempena dengan ulang tahun Tony Roma's yang ke-13 ini, pihak mereka telah memperkenalkan sebuah aplikasi telefon yang menawarkan pelbagai ganjaran yang cukup menarik iaitu Bite & Bites. Aplikasi pintar ini telah direka khas untuk memberikan  satu pengalaman pembelian yang cukup menarik buat para pelanggan Tony Roma's dimana anda akan menerima pelbagai faedah serta ganjaran istimewa setiap kali anda membeli menu kegemaran di mana-mana restoran Tony Roma's di Malaysia menggunakan aplikasi Bite & Bites ini. Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan di semua cawangan NY Steak Shack dan The Manhattan FISH MARKET di seluruh Malaysia. 


Seperti Hans nyatakan sebelum ini, anda bakal memperoleh pelbagai faedah serta ganjaran melalui aplikasi Bite & Bites ini melalui mata ganjaran setiap kali anda membeli makanan kegemaran anda menggunakan aplikasi ini. Anda kemudian boleh menebus mata ganjaran anda selepas memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Apa yang lebih menarik disini ialah pendaftaran keahlian adalah percuma apabila anda memuat turun aplikasi Bite & Bites ini pada telefon pintar anda dan secara automatik anda akan menerima One (1) Bite Mark sebagai hadiah permulaan. 


Untuk maklumat anda, aplikasi Bite & Bites ini memberikan setiap ahlinya SATU (1) Bite Mark dengan perbelanjaan minima RM80 atau lebih di Tony Roma's, atau perbelanjaan minima RM40 atau lebih di mana-mana The Manhattan FISH MARKET atau NY Steak Shack (termasuk caj perkhidmatan dan SST). Setiap ahli hanya boleh mengutip DUA (2) Bite Marks setiap hari dan hanya boleh diperoleh melalui transaksi makan di restoran atau bawa pulang ke rumah.


Setiap ganjaran adalah berbeza mengikut rantaian restoran dimana ianya akan diberikan kepada ahli melalui tiga tahap berbeza. Eksklusif buat para pelanggan dan penggemar menu-menu menarik di Tony Roma's, apabila anda mencapai Mark Bite ke-3 maka anda boleh menebus hidangan pembuka selera iaitu Onion Loaf yang lazat sebagai ganjaran pertama anda sewaktu pada kunjungan anda yang keempat.


Jika anda telah mencapai tahap Mark Bite 6 maka anda boleh menebus ganjaran anda pada kunjungan kali ketujuh anda di cawangan Tony Roma's iaitu Pasta Ayam Pedas atau Spicy Chicken Pasta yang merupakan "Pasta Paling Laris Dijual" di Tony Roma's. Hidangan pasta ini merupakan hasil gabungan ayam, bawang putih, daun basil, pes tomato dan sedikit chipotle, serta pasta linguine yang dihiasi dengan keju Asiago. 


Paling menarik apabila anda mencapai tahap Mark Bite 9 maka anda boleh menebus ganjaran terakhir anda pada kunjungan kali kesepuluh di cawangan Tony Roma's. Anda bakal menikmati sajian Bountiful Beef Ribs yang merupakan hidangan terkenal serta kegemaran ramai yang merupakan tulang rusuk daging lembu yang sangat segar dan lembut serta dipenuhi dengan sos asli BBQ Tony Romas.


Selain itu, anda juga dapat menikmati kupon atau baucar percuma serta menjadi antara individu terawal yang mengetahui info serta aktiviti terkini setiap rantaian restoran apabila anda menjadi ahli aplikasi Bite & Bites ini yang sangat mudah digunakan. Jadi, Hans kongsikan dibawah berkenaan langkah-langkah untuk anda mendaftar sebagai ahli Bite & Bites ini.


● Muat turun aplikasi Bite & Bites dari Play Store untuk peranti Android atau App Store untuk peranti iOS.

● Setelah aplikasi mudah alih berjaya dimuat turun ke dalam telefon, anda perlu membuka aplikasi dan membenarkan Permintaan untuk Akses Kamera dan Lokasi.

● Anda kemudiannya perlu mendaftar dengan mengisi butiran yang diperlukan pada Borang Pendaftaran dan mengesahkan pendaftaran menggunakan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang akan dihantar melalui SMS.

● Apabila OTP berjaya dimasuki, anda akan dibawa ke halaman Cipta Pin di mana Pin yang dikehendaki (4 hingga 6 nombor) mesti dimasukkan untuk fungsi Wallet.

● Setelah melengkapkan proses pendaftaran, anda akan segera ke laman web Ahli di mana Satu (1) Bite Mark untuk setiap jenama akan diberikan sebagai hadiah menjadi ahli!

● Anda kini sudah boleh mula mengumpul Bite Marks dengan membelanjakan jumlah minimum yang diperlukan di mana-mana cawangan Tony Roma's, NY Steak Shack, The Manhattan FISH MARKET di seluruh Malaysia.


Sempena majlis Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 yang berlangsung pada 4 Oktober 2019 yang lepas, Hans turut dijamu oleh pihak Tony Roma's Malaysia dengan pelbagai sajian yang sangat lazat seperti Rib Steak, Mini Burger, Chicken Spicy, Mix Salad, Dessert dan aneka minuman yang cukup memuaskan hati.


Jadi, kepada para peminat dan pelanggan setia Tony Roma's, Hans sangat mengesyorkan untuk anda semua muat turun aplikasi Bite & Bites ke dalam telefon pintar anda kerana banyak ganjaran yang bakal anda peroleh selepas ini yang pastinya akan memberikan keuntungan buat andaUntuk maklumat lanjut berkaitan dengan aplikasi Bite & Bites ini, anda boleh layari laman web Tony Roma's Malaysia.

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Tak pernah makan di Tony Romas. Next birthday boleh request makan di sini..

    ردحذف
    الردود
    1. terbaik
      makan waktu birthday jangan lupa bagitahu dekat staff dia
      nanti dapat aiskrim kek coklat percuma

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم