Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian terutama yang kaki makan seperti Hans berkenaan sebuah tempat makan yang sangat istimewa. Apa yang istimewa sangat tu? Banyak keistimewaan yang ada pada tempat makan kali ini dimana anda bukan sahaja dapat menikmati makanan di dalam suasana yang mewah bak bersantap di istana tetapi juga dapat menikmati hidangan tempatan terutama masakan Melayu yang mempunyai rasa kemelayuan disebabkan chef yang memasak terdiri daripada anak-anak tempatan sendiri.
Lokasi tempat makan yang Hans maksudkan kali ini ialah Faroz Cafe yang baru sahaja beroperasi di kawasan Taman Tun Dr Ismail. Walaupun nama restoran ini seakan-akan berbunyi Arab tetapi jangan risau kerana ianya menyediakan hidangan tempatan serta barat yang cukup lazat. Paling menarik semestinya dari sudut harga makanan yang terdapat disini dimana ianya begitu murah jika dibandingkan dengan pengalaman yang bakal anda peroleh saat menjamu selera disini nanti.
Faroz Cafe bukan sahaja sesuai dijadikan tempat untuk anda menjamu selera bersama keluarga atau rakan-rakan tetapi juga sesuai untuk diadakan sebarang majlis keramaian, tertutup atau sambutan hari-hari istimewa di dalam kuantiti jemputan tetamu yang kecil iaitu lebih kurang 40 orang hingga ke 80 orang dalam satu-satu majlis.
Hans secara jujur sangat kagum dengan susun atur serta dekorasi bahagian bawah mahu pun di bahagian atas Faroz Cafe ini yang mengingatkan Hans kepada suasana mewah di dalam istana. Selain menampilkan dekorasi yang sungguh elegan, kebersihan serta pilihan warna juga sangat memainkan peranan. Terdapat banyak sudut-sudut menarik yang sesuai buat anda yang suka bergambar untuk mengabadikan kenangan serta pengalaman menjamu selera disini.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak menjadi seperti Hans yang pada awalnya telah membuat andaian sendiri menyatakan harga makanan dan minuman di Faroz Cafe ini pasti mahal disebabkan dekorasi serta suasana yang disediakan sememangnya bertaraf 5 bintang. Tetapi, bila tengok harga serta kuantiti makanan pada setiap hidangan maka Hans boleh katanya harganya terlebih berbaloi disebabkan anda bukan sahaja dapat menikmati rasa makanan yang lazat dan mengenyangkan perut dengan kuantiti yang banyak tetapi juga pengalaman makan di dalam sebuah tempat yang hebat seperti ini yang sukar untuk diperoleh ditempat lain.
FAROZ CAFE
Alamat:
39, Jalan Tun Mohd Fuad 3,
Alamat:
39, Jalan Tun Mohd Fuad 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Hari Operasi:
Hari Operasi:
Isnin - Sabtu
Waktu Operasi:
Waktu Operasi:
10.30 A.M - 10.30 P.M
Telefon:
Telefon:
Jadi, Hans telah mencuba pelbagai hidangan utama yang menjadi kegemaran dan mendapat pujian ramai pelanggan yang telah datang menjamu selera disini. Kebanyakannya juga telah menjadi pelanggan setia disebabkan rasa hidangannya yang memang menakjubkan sehingga menghilangkan rindu anda pada hidangan-hidangan kampung halaman anda.
1) NASI KERABU AYAM PERCIK @ IKAN GORENG
Harga:
RM23
Pandangan Hans:
Nasi kerabu dekat sini memang sedap dimana anda boleh memilih sama ada ayam percik atau ikan goreng sebagai lauk utama pilihan anda. Bertepatan dengan harga jualannya, Hans jamin anda boleh kenyang sepanjang hari kerana hidangan nasi kerabu ini turut didatangkan dengan nasi bunga Telang, daging bakar, ulam, budu, ikan masin dan sambal. Siapa disini peminat tegar nasi kerabu memang wajib cuba nasi kerabu di Faroz Cafe ini.
2. OXTAIL BAKAR
Harga:
RM37
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Ini adalah antara hidangan yang Hans cukup suka di Faroz Cafe. Didatangkan bersama dengan sup sayur yang padu serta sambal penyet yang pedas, Hans sangat mengesyorkan anda untuk mencuba hidangan ini nanti. Sebab pertama kerana rasa ekornya yang bukan sahaja lembut tetapi perapan kicapnya memang sedap dan sebati dengan isi dalaman ekor tersebut. Kedua kerana sambal penyet pedasnya yang memang bakal buat anda terangkat apabila menikmatinya. Pedas disini bukannya pedas yang menyeksa perut anda tetapi ianya adalah kategori pedas yang sedap terutama apabila dimakan dengan nasi putih yang sedang panas. Ketiga kerana sup sayur yang dihidangkan dimana kepekatan sup serta rasa sup yang sangat asli. Bukan sup air seperti yang kerap kali dijumpai ditempat-tempat lain. Ini adalah sup yang sejati dan memang puas menghirup sehingga licin. Hahaha!
3. SUP TULANG MERAH
Harga:
RM38
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Hidangan Sup Tulang Merah ini merupakan antara sajian yang cukup unik dan istimewa di Faroz Cafe yang anda wajib cuba. Tulang sumsum kambing yang dimasak bersama kuah merah istimewa ini boleh dinikmati sama ada dengan Mantou Bun yang dimasak secara stim atau goreng. Ianya juga boleh dimakan bersama dengan roti bakar. Serius rasanya sangat sedap dimana kombinasi manis, masin dan pedas sememangnya menjadi. Sangat menepati citarasa Hans. Rugi kalau anda datang ke Faroz Cafe tetapi tidak mencuba hidangan istimewa ini.
4. PESTO LAKSA
Harga:
RM28
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Hans tidak mahu ulas panjang. Anda kena rasa sendiri dan pasti anda akan sukakan kombinasi makanan laut serta laksa pestonya yang sedap. Memang sangat mengenyangkan.
5. TERIYAKI CHICKEN CHOP
Harga:
RM28
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Perkara pertama yang membuatkan Hans tertarik dengan menu ini ialah persembahan makanannya yang kemas dan cantik. Memandang pula isi serta kulit ayamnya yang berkilat membuatkan rasa teruja untuk menikmati hidangan ini semakin membuak-buak. Selain isi ayamnya yang lembut dan rasa perapannya yang sedap, Hans boleh katakan keistimewaan terbesar hidangan ini terletak pada rasa kentang putarnya yang sangat hebat. Kentang putar ini memberi bonus kepada hidangan ini untuk menjadi lain daripada hidangan chicken chop yang ada dijual di luar sana. Kalau tidak percaya maka silakan cuba apabila anda berkunjung ke Faroz Cafe nanti.
6. URAP SPRING ROLLS
Harga:
RM15
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Apa yang menariknya tentang hidangan ini ialah ia merupakan satu hidangan salad dari Jawa yang mana isi kulit popia tersebut terdiri daripada gabungan sayur yang di stim serta kelapa muda yang membuatkan rasa intinya seolah-olah Hans sedang menjamah kerabu yang sedap. Pada mulanya Hans ingatkan ini merupakan popia Vietnam kerana rupanya seakan-akan sama. Tetapi, apabila dimakan baru Hans tahu rasanya berbeza dan unik. Satu menu yang pada Hans sangat menyihatkan.
7. TIRAMISU
Harga:
RM16
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Selalunya para wanita yang menyukai rasa tiramisu. Hans pula lebih menyukai coklat. Namun, tiramisu yang disediakan ini berjaya menarik perhatian Hans kerana rasanya yang sedap dan tidak terlalu kuat. Jadi, Hans rasa kalau anda benar-benar peminat tiramisu maka anda mesti akan sukakan pencuci mulut yang cukup menarik dari sudut persembahannya ini.
8. CEKODOK PISANG
Harga:
RM12
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Bukan senang nak jumpa cekodok pisang dekat mana-mana restoran atau tempat makan yang bergaya seperti di Faroz Cafe ini. Selalunya hanya goreng pisang yang disediakan tetapi berbeza dimana disini juga anda boleh menikmati cekodok pisang yang sangat sedap. Manisnya sekata. Isinya lembut. Paling penting cekodok pisang dekat sini sama saiz macam yang emak Hans selalu buat dekat kampung. Bukan cekodok bom yang besar gajah menggunakan yis atau soda bikarbonat tu. Memang sedap!
9. CREMA CATALANA
Harga:
RM14
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Ya Allah! Bantuin Nabila Ya Allah! Sumpah sedap gila! Rasanya macam Hans makan Creme Brulee tetapi seperti diimprovisasi dengan rasa oren. Paling kelakar Hans mencipta hidangan baru disini apabila makan cekodok pisang tadi dengan crema catalana ini. Serius memang meletup rasa dia. Lazat berkrim disukai ramai! Sila pesan hidangan pencuci mulut ini nanti apabila anda makan disini yer!
10. WILD BERRY MOJITO & KEDONDONG ASAM BOI
Harga:
RM12.90 (Kedondong Asam Boi)
RM15.00 (Wild Berry Mojito)
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Hans memilih untuk meminum Wild Berry Mojito sebab rasanya yang sedap. Manis dan masamnya adalah sekata dimana ia membuatkan Hans tidak mahu berhenti untuk menikmati minuman ini sehingga ke penamatnya. Begitu juga dengan minuman kedondong asam boi yang disediakan disini dimana rasanya juga sangat menyegarkan. Jadi, jangan lupa untuk mencuba minuman ini nanti.
11. PRINTED COFFE
Harga:
RM12 (Hot Chocolate) + RM3 (Gambar)
Pandangan Hans:
Pandangan Hans:
Ini adalah salah satu daya penarik yang terdapat di Faroz Cafe dimana anda boleh menikmati minuman kopi yang disertakan dengan wajah anda. Cara memesannya pun unik kerana anda perlu mengimbas QR Code yang disediakan dimana anda boleh memilih gambar bersesuaian yang anda ingin lihat pada minuman kopi anda. Jadi, selepas pesanan dibuat maka anda perlu menunggu dalam waktu yang tidak lama untuk melihat hasilnya.
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Minuman menjadi lebih sedap apabila adanya muka kita sendiri pada lapisan permukaan minuman tersebut. Hehehe! Lebih menarik harganya juga murah jika dibandingkan dengan di luar sana. Jadi, apa salahnya sekali sekala anda menikmati minuman kopi bercetakkan wajah sendiri yang unik ini. Bukan sekadar istimewa dari sudut teknologi tetapi rasanya pun sedap.
Hans juga sempat berbual dengan pemilik Faroz Cafe iaitu Yang Berbahagia Puan Sri Faridah Idris yang sangat mesra dan mempunyai matlamat yang jelas di dalam memperkenalkan rasa asli pada setiap sajian yang dihidangkan disini. Hans turut mengetahui bahawa kumpulan chef serta pasukan kulinari yang bekerja disini semuanya terdiri daripada anak tempatan. Jadi, tidak hairan lah apabila setiap hidangan yang Hans makan terutama hidangan tempatan sememangnya berjaya menambat hati Hans dengan rasanya yang jitu dan betul-betul terasa keaslian sajian tersebut. Faroz Cafe sememangnya merupakan sebuah lokasi tempat makan yang bukan sekadar menarik disebabkan dekorasi dan susun atur perabotnya yang tampak mewah bak menjamu selera di ruang istana semata. Tetapi, kepuasan sebenar datang daripada hidangannya yang dipersembahkan dengan cukup baik dari sudut rupa serta rasanya yang akan menggamit anda untuk kembali semula menjamu selera disini.
Hans berani jamin bahawa anda tidak perlu risau untuk membawa ahli keluarga, rakan-rakan mahu pun mengajak rakan sekerja serta bos anda untuk datang menjamu selera di Faroz Cafe kerana semua hidangan yang Hans cuba ini sememangnya sangat sedap. Nak minta bos anda belanja anda pun tak rasa segan sebab harga makanan bukan mahal pun. Hahaha!
Jadi, jika anda tidak tahu atau buntu untuk mencari lokasi makanan terbaru yang sedap untuk dicuba pada hari minggu mahu pun hari-hari biasa, apa kata anda berkunjung ke Faroz Kafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail ini dimana Hans yakin setiap suapan ke mulut anda pasti memberikan satu kenikmatan yang tidak dapat anda bayangkan dengan kata-kata. Selamat menjamu selera di Faroz Cafe!
Nampak best tempat ni ya.nanti i pon nak cuba. Decor cantik
ردحذفsila cuba
حذفpasti tak menyesal punya :)
wahhh ekxclusive dan mewah betul nampak nya cafe tuh, harga makanan dengan makanan yang disediakan rasanya berpadanan lah, tempat dia pun dah cantik gitu sesuai lah dengan harga kira mampu milik lagi walaupun tak dapat pergi selalu hehehhe
ردحذفyes
حذفtempat cantik
makanan portion pun banyak
paling penting rasa makanan dia sedap-sedap
memang puas sangat makan dekat sini
Gila gempak tempat makann dia... Mkanan pun perghh, nampak sedap
ردحذفmakanan dia memang perghhhh sedap
حذفwajib cuba
wahh minum air muka sendiri... best!
ردحذفhehehe
حذف1st time minum air ada muka sendiri
bertambah sedap jadinya
Food semua nampak sedap. Harga macam not bad. Persekitaran nampak welcoming. Kena jengah nanti ni
ردحذفjangan jengah jer
حذفterus datang makan jer
confirm tak menyesal punya
oh my...oh my.... awesome giler dia punya dekorasi....mcm duk dlm istana..ada gayaa mcm ceritaaa arab pun ya, English pun ya ...harga not bad gak... terbaik lah
ردحذفapa lagi fareez
حذفajak lah awek dating dekat sana
memang feel owhhh
Sedapnya kopi ada muka tu hehehe tak sampai hati nak minum muka sendiri wakakaka tapi suka konsep sini menarik dan tertarik...
ردحذفmemang best kan
حذفmakan pun sedap
kopi ada muka sendiri tu unik
hehehe
Perghh. Harga dia boleh tahan. Harga istana jgk haha. Tapi tmpt cantik la. Nak dating best sini
ردحذفharga pertengahan lah
حذفkalau harga istana tak mampu lah nak makan sini
tapi dekorasi, persembahan dan rasa memang saing-saing istana
sedap gila
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com