Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans ingin berkongsikan satu berita baik buat para pembaca yang tinggal di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor dimana Kementerian Kewangan Malaysia telah mengambil satu langkah yang cukup menarik dimana pihak mereka akan menganjurkan Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019.
Untuk pengetahuan semua, Festival Putrajaya LIFT yang bakal berlangsung pada 28 hingga 29 Disember 2019 ini akan diadakan di tiga buah lokasi strategik iaitu Menara Perkeso@Putrajaya, Bangunan Suasana PjH dan Kompleks Kementerian di Putrajaya. Ia merupakan sebuah festival yang bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membina masyarakat digital. Anda berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan dan merupakan kerjasama bersama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Malaysia.
Menurut Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, beliau menyatakan bahawa Festival Putrajaya LIFT ini bukan sekadar untuk meningkatkan celik kewangan tetapi juga bertujuan untuk memperkasakan orang ramai dengan menyediakan maklumat terkini kewangan dan pembangunan teknologi baharu dalam ekonomi digital.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang menarik tentang Festival Putrajaya LIFT ini bukan? Untuk makluman anda, ianya bakal dipersembahkan dalam konsep yang cukup menyeronokkan dan interaktif dengan persembahan seni dan teknologi yang turut memberi gambaran kewangan pada masa hadapan. Selain itu, festival ini juga tidak ketinggalan untuk turut memberikan inspirasi serta maklumat relevan dan praktikal terhadap pemerkasaan kewangan dalam dunia teknologi dan digital yang dinamik pada masa kini.
Kepada para pembaca yang teruja dan tidak sabar untuk hadir ke Festival Putrajaya LIFT ini, anda disarankan untuk melawat ke Pavilion Kewangan Digital (pameran utama) yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia di bangunan Menara Perkeso@Putrajaya terlebih dahulu dimana ruangan ini menyediakan seminar, bengkel, ceramah dan pameran menarik daripada institusi kewangan dan syarikat fintech.
Selain itu, anda juga berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan yang ditawarkan sepanjang Festival Putrajaya LIFT ini berlangsung termasuk kaunseling kewangan, penyelesaian pertikaian, aktiviti untuk kanak-kanak, pembiayaan kewangan untuk PKS dan perumahan, semakkan CCRIS serta informasi mengenai penipuan kewangan yang semakin berleluasa pada masa kini. Hans melihat program ini sememangnya menarik dan sangat membantu para pengunjung untuk lebih celik tentang isu-isu tersebut. Lebih menarik ialah anda juga berpeluang melawati ‘Future Pods’ yang merupakan pameran awam mengenai aspek kehidupan masa hadapan.
Semestinya Festival Putrajaya LIFT ini mesra pengunjung tanpa mengira lapisan umur kerana ia juga bakal menjadi sebuah pusat setempat rakyat selama dua hari tersebut yang menghimpunkan pelbagai acara menarik dan hiburan menerusi ‘The Showcase, The Market and The Fringe’.
‘The Market’ ditempatkan di dalam dan di luar bangunan Suasana A PjH merupakan tempat membeli belah khas untuk para pengunjung. Bercirikan Pasar Glam, ruangan ini menampilkan jenama kreatif terkemuka Malaysia tentang gaya hidup, fesyen dan kecantikan di tingkat 1 dan tingkat 2.
Turut berlangsung di Festival Putrajaya LIFT kali ini ialah perkampungan di luar bangunan seperti Pasar Seni, Pasar Botani dan Pasar Tradisi. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang akan melengkapkan keunikan festival ini di Medan Makan.
Apa yang bakal membuatkan anda lebih teruja saat berkunjung ke Festival Putrajaya LIFT kali ini ialah ianya turut menawarkan satu bentuk hiburan yang menarik iaitu ‘The Fringe’. Ianya merupakan ruang hiburan yang menampilkan persembahan kesenian teknologi tinggi, aksi-aksi jalanan dan persembahan kumpulan tempatan sepanjang malam. Selain itu, terdapat juga sesi tertutup bersama wakil industri yang membicarakan tren digital terkini dan pelbagai perkongsian inovatif melalui segmen ‘The Conference’.
Hans mengucapkan tahniah di atas usaha Bank Negara Malaysia, Perkeso, Joe Sidek Productions Sdn Bhd, Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. dan MRCB atas kerjasama yang terjalin di dalam menganjur serta menjayakan Festival Putrajaya LIFT 2019 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Ini adalah satu langkah yang sangat baik dan diharapkan pada pembaca sekalian meluangkan masa anda untuk hadir ke program yang hebat dan infomatif seperti ini. Untuk maklumat lanjut tentang Festival Putrajaya LIFT, anda boleh layari www.putrajayalift.com.
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com