Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.
Jadi, aktiviti seterusnya selepas selesai melakukan aktiviti Water Rafting di Sungai Selama, Perak ialah melawat RTC Seputeh yang menjadi tempat buat para pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) kawasan Selama untuk mempamerkan hasil-hasil produk keluaran mereka yang bermutu. Hans sebenarnya sangat kagum dengan para pengusaha di Selama ini kerana mereka tampil dengan produk yang bukan sahaja berkualiti dari sudut rasa tetapi juga dari segi pembungkusan produk yang kelihatan sangat menarik dan ekslusif. Antara produk-produk yang Hans dapat lihat dan cuba sendiri di RT Seputeh ialah seperti:
1) PEKASAM DAGING
Telefon:
0137252706
Komen Hans:
Selalunya kita dengar ikan pekasam sahaja bukan? Jadi, apabila Hans dapat tahu tentang produk pekasam daging ini maka Hans memang teruja nak mencuba. Serius sangat sedap dimakan panas-panas bersama dengan nasi putih. Kalau anda peminat pekasam memang Hans cadangkan untuk anda cuba produk Pekasam Daging yang sangat menyelerakan ini.
2) MEE SANGGUL
Telefon:
0195949446
Komen Hans:
Jarang untuk memperoleh mee sanggul yang kualitinya sempurna. Jadi, Hans agak terkejut apabila menikmati mee sanggul hasil pembuatan orang Selama ini sebab struktur mee sanggul yang dibuat sangat baik. Bukannya jenis hancur. Kira memang seronok makan mee sanggul ini. Sebab itu ramai yang borong sakan hari itu sebab mee sanggul ini sedap dan harganya pun murah.
3) KUAH ROJAK TIP TOP
Telefon:
0165073139
Komen Hans:
Sebagai seorang peminat kuah rojak maka pasti ramai yang lebih mengenali kuah rojak jenama Mak Bee terutama yang tinggal di negeri-negeri utara. Jadi, Hans berjaya mencuba kuah rojak Tip Top ini dan sememangnya rasa yang hadir daripada kuah rojak ini sangat tip top. Lebih menarik ianya tidak sama dengan kuah rojak Mak Bee tetapi masih sedap untuk dimakan. Sebab itu Hans makan rojak buah dekat sini tak henti-henti masa datang hari itu. Hahaha!
4) RISNO MADU KELULUT
Telefon:
0195167674
Komen Hans:
Siapa yang tak pernah makan madu kelulut itu boleh cuba beli sebotol. Rasanya menarik dan berbeza-beza bergantung kepada jenis manu yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Tetapi, harga yang ditawarkan dengan saiz bekas yang besar sememangnya pada Hans berbaloi untuk dibeli.
5) ANEKA SOS SUNNAH
Komen Hans:
Sos Sunnah ini menawarkan dua rasa iaitu Green Sauce dan Red Sauce. Kedua-duanya pada Hans sedap cuma kalau ikut selera tekak Hans nih memang Hans lebih memilih Green Sauce. Sedap dimakan dengan makanan seperti kentang goreng atau segala jenis bergoreng. Harga pun murah!
6) SRI DELIMA SOS & KICAP
Telefon:
0158391924 / 0194705319
Komen Hans:
Sri Delima Sos ini menawarkan pelbagai jenis sos untuk anda beli dan bawa pulang ke rumah. Bukan sahaja dijual di dalam saiz biasa tetapi juga di dalam saiz kecil. Contohnya seperti anda pergi ke majlis kenduri kahwin dan tiba-tiba dapat hadiah kicap yang botolnya bersaiz kecil itu. Begitulah saiz kecil yang turut dijual oleh Sri Delima Sos ini. Harga pun serius sangat murah dan memandangkan rasanya pun sedap maka itulah puncanya ramai juga yang memborong sakan produk Sri Delima Sos ini sewaktu kedatangan Hans ke sini.
Selain itu, terdapat juga pengusaha-pengusaha IKS lain yang menawarkan produk bukan makanan seperti dibawah:
7) BUNGA DAUN GETAH
Telefon (Teh Zawiyah Kraftangan Daun Bunga Getah):
01136640528
Telefon (Bunga Daun Getah Robitah):
01165427943
Komen Hans:
Hans sangat kagum dengan hasil pembuatan bunga daun getah ini. Memang satu proses yang unik dan mencabar di dalam menghasilkan bunga daun getah yang cukup menawan. Sayangnya semuanya sudah habis ditempah sewaktu Hans datang. Kalau tidak teringin juga nak beli bawa balik rumah.
8) SULAMAN ROZI KUBU GAJAH
Telefon:
0135947540
Perkhidmatan Yang Disediakan:
1) Sulaman / Kraftangan
2) Sulam Tuala
3) Nametag Sekolah
4) Telekung
5) Sarung Bantal
6) Lapik Meja
7) Jahitan Pakaian
8) Jahitan Pukal
9) Jahitan Beg
10) Pasu Bunga
11) Gubahan Bunga
12) Tupperware
Komen Hans:
Hans melihat hasil sulaman pada setiap produk yang dijual atau disiapkan oleh Sulaman Rozi Kubu Gajah ini sangat menarik dan berkualiti. Memang jahitannya kemas dan teliti. Jadi, kepada sesiapa yang ingin menempah sulaman atau nametag sekolah tu memang bagus lah kalau dapatkan perkhidmatan Sulaman Rozi Kubu Gajah ini. Serius cantik dan kemas!
Secara jujurnya, produk-produk yang dihasilkan oleh para pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) kawasan Selama, Perak memang tidak dinafikan lagi mempunyai kualiti serta rasa yang cukup membanggakan. Kira memang tak malulah kalau kita nak ketengahkan dan bawa produk ini ke seluruh Malaysia mahu pun luar negara.
Cuma Hans ingin memberi cadangan agar ada inisiatif sama ada daripada pihak pengusaha mahu pun kerajaan untuk membantu para pengusaha IKS ini untuk meningkatkan lagi tahap pengeluaran produk mereka serta lebih kreatif dalam melakukan promosi secara kerap mahu pun berkala di pelbagai medium pemasaran agar lebih ramai masyarakat tempatan di luar sana yang tahu tentang kewujudan produk-produk yang berkualiti seperti ini.
Sayang sebab produk sudah mempunyai kualiti yang bagus serta pembungkusan pun sangat cantik tetapi jika dua perkara ini iaitu kuantiti dan promosi tidak dipertingkatkan dan dibaik pulih maka sampai bila-bila ia hanya akan berada di dalam pasaran Selama atau di sekitar negeri Perak sahaja.
Selain itu, Hans turut mengharapkan agar pengusaha IKS dimana-mana negeri sekali pun agar lebih peka dari sudut komunikasi serta pengiklanan dan lebih bersedia apabila menerima kehadiran tetamu-tetamu di dalam kumpulan yang ramai atau besar. Perkara asas seperti menyediakan kad perniagaan yang cukup untuk diberikan kepada mereka yang berminat dan berpotensi untuk menjadi pembeli adalah sangat penting. Selain itu, keyakinan di dalam berkomunikasi juga harus ditambah baik agar bakal pembeli yakin dengan produk yang kita hasilkan dan jualkan kepada mereka.
Jadi, kepada sesiapa yang berkunjung ke Selama, Perak selepas ini maka jangan lupa untuk singgah di RTC Seputeh atau di premis perniagaan pengusaha IKS di sekitar Selama,Perak ini untuk membeli produk-produk mereka. Hans jamin anda akan menyukai setiap produk yang dihasilkan oleh para pengusaha disini yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga dijual dengan harga yang sangat murah. Selamat membeli-belah produk IKS di Selama, Perak.
P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com