10 Lokasi Menarik Di Selama Perak Yang Wajib Anda Pergi

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk artikel kali ini, Hans ingin rangkumkan serta kongsikan dengan para pembaca berkenaan 10 Lokasi Menarik Di Selama Perak Yang Wajib Anda Pergi. Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti dibawah:




1) LATA PUTEH
Lata Puteh menawarkan satu pengalaman yang sangat istimewa buat anda di sepanjang laluan menuju ke kawasan puncak air terjun. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - PENGALAMAN MENARIK DI LATA PUTEH


2) MANDI-MANDA DI LATA TEBING TINGGI
Lata Tebing Tinggi pastinya akan membuatkan anda terasa dekat dengan keindahan alam semula jadi saat bermandi-manda di kawasan yang bersih dan jauh dari hiruk-pikuk bandaraya yang menyesakkan jiwa. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - LATA TEBING TINGGI SELAMA PERAK


3) WATER RAFTING DI LATA RAMBUNG
Anda sukakan aktiviti lasak seperti Water Rafting? Jangan risau kerana di Selama, anda boleh melakukannya di Lata Rambung melalui pakej yang disediakan oleh Nature Eco Venture. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - SUNGAI SELAMA RIVER CRUISE RAFTING


4) MENJALA UDANG DI LATA BULUH
Selalu makan udang galah. Jadi, apa kata rasai sendiri pengalaman menjala udang di Kolam Udang Galah yang berdekatan dengan Lata Buluh ini. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - MENJALA UDANG GALAH DI KOLAM UDANG LATA BULUH


5) GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO
Anda peminat sejarah Melayu? Ingin tahu lebih lanjut tentang kehebatan senjata tradisional masyarakat Melayu iaitu keris. Galeri Keris Pak Din Komando adalah jawapan kepada persoalan tersebut. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO


6) APS ARCHERY EXCELLENT CENTRE
APS Archery Excellent Centre menawarkan anda pengalaman memanah yang cukup menyeronokkan. Lebih menarik kerana anda juga berpeluang bermainan permainan membaling kapak yang sangat unik. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - APS ARCHERY EXCELLENT CENTRE


7) TELAGA GERGASI
Telaga Gergasi merupakan salah satu peninggalan penjajah British yang masih lagi berfungsi sehingga kini. Keunikan telaga gergasi ini sememangnya amat dirasai apabila anda melihatnya sendiri dihadapan mata. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - TELAGA GERGASI DI SELAMA PERAK


8) SUNGAI ATAS SUNGAI
Sungai Atas Sungai memang kena dengan namanya dimana ianya juga boleh dikatakan sangat unik dan menarik untuk dilawati. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - SUNGAI ATAS SUNGAI HANYA DI SELAMA PERAK


9) KOTA PERSEMBUNYIAN RAJA BERSIONG
Buat anda yang meminati kisah sejarah, Kota Persembunyian Raja Bersiong mampu memuaskan kehendak anda dimana disini anda dapat melihat sendiri peninggalan Raja Bersiong yang masih wujud di kawasan Selama ini. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - KOTA PERSEMBUNYIAN RAJA BERSIONG DI SELAMA PERAK


10) SELAMA INN @ RUMAH REHAT SELAMA
Tidak lengkap kedatangan anda ke Selama, Perak jika tidak menginap atau bermalam di Selama Inn @ Rumah Rehat Selama. Selain servis serta kemudahan yang disediakan sangat baik, hidangan sarapan pagi, tengahari serta makan malam disini sememangnya sangat lazat dan bakal membuatkan anda menambah nasi berkali-kali. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - SELAMA INN @ RUMAH REHAT SELAMA

7 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tak pernah lagi jalan-jalan ke perak, teringin betul nk lawat lokasi yang hans cerita kan semua tu...

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      silalah melawat Selama, Perak jika berkesempatan

      حذف
  2. Assalamualaikum..bole kongsikan dimana tempat penginapan yang boleh saya diami bersama keluarga untuk bermalam disana..saya ingin merancang percutian disana tapi tidak tahu mana mana tempat untuk bermalam yang dekat untuk pergi tempat tempat menarik

    ردحذف
    الردود
    1. waalaikumsalam.
      yang nombor 10 tu kan tempat penginapan. haha.
      saya bermalam dekat Selama Inn tu

      حذف
  3. kalau nak bercamping dbenarkan ke di lata2 tersebut ? Trima Ksih

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم