Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.
Jadi, aktiviti terakhir Hans pada hari ketiga sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah makan tengahari di Lata Tebing Tinggi yang terletak di Selama, Perak. Lokasi ini menjadi pilihan pengunjung sama ada penduduk tempatan mahu pun pelancong luar untuk dijadikan sebagai tempat perkelahan disebabkan keindahan alam semulajadi serta kebersihan dan kejernihan air yang terdapat di kawasan lata ini.
Serius lauk pauk yang disediakan di Lata Tebing Tinggi ini memang sedap betul. Awalnya Hans nak makan sepinggan sahaja sebab Hans rancang nak mandi lama sikit dekat Lata Tebing Tinggi ini. Sekali sedap pula lauk-lauk yang dimasak maka terpaksa lah menambah sepinggan lagi. Hahahaha!
Hans menjadi manusia pertama yang mandi di Lata Tebing Tinggi ini. Kepada sesiapa yang suka mengambil gambar, sebenarnya anda boleh naik ke atas lagi untuk mengambil gambar sekitar Lata Tebing Tinggi dimana ianya tersangat cantik dan menampakkan keseluruhan kawasan perkelahan yang Hans mandi ini. Tetapi, seperti yang Hans selalu bagitahu yang Hans nih memang pantang jumpa air-air jernih yang bersih macam ini. Jadi, memang Hans terus terjun mandi sahaja tanpa fikir apa-apa lagi dah. Hahaha!
Untuk kawasan yang Hans mandi ini, tahap kedalamannya sangat sesuai untuk orang dewasa dimana ianya lebih kurang tinggi paras lutut sahaja. Jadi, memang seronok lah mandi-manda di Lata Tebing Tinggi ini sambil ditemani pasir dan air yang sejuk, jernih dan semestinya bersih ini. Nak rasa lebih seronok, sila pergi duduk dan baring di kawasan air terjun kecil itu. Memang rasa badan seperti diurut oleh kerusi urut kalau anda menahan badan anda pada arus air terjun yang laju itu. Serius Hans memang seronok sangat mandi-manda disini. Sedar tak sedar dekat sejam juga lah Hans berendam dengan gembiranya. Hahaha!
Selain itu, Hans juga melihat Lata Tebing Tinggi juga mulai dibangunkan secara perlahan-lahan dimana semakin banyak chalet yang dibina untuk memenuhi keperluan para pengunjung yang ingin bermalam disini. Kemudahan yang disediakan seperti tandas, bilik persalinan, gerai makanan, tempat berehat serta makan, surau dan tempat letak kenderaan yang luas juga sangat memudahkan para pengunjung yang ingin bermandi-manda disini dalam tempoh yang lama. Semoga kebersihan kawasan ini sentiasa kekal sama dan terpelihara seperti mana sewaktu Hans datang kesini pada masa-masa akan datang.
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Lata Tebing Tinggi atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:
Telefon:
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)
Pejabat:
05-8394201/2021 ext 119/120/121
Faks:
05-8394377
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk datang bermandi-manda serta makan tengahari sambil menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapa di Lata Tebing Tinggi di Selama, Perak ini maka jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini nanti bersama rakan-rakan mahu pun keluarga tersayang anda. Jom ke Selama,Perak!
P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI
sedap menu . tambah pula makan di tepi lata ...sambil mendengar deruan air ...asyikkkk
ردحذفfuh
حذفmemang asyik
makanan dia sedap
tempat bersih
air jernih segar
memang wajib pergi
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com